Friday, February 26, 2016

Ayam Percik

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lamanya tinggalkan blog.  Rindu pula rasanya nak update.  Bahan update ada.. tapi masa pula tidak mengizinkan. Hari2 sibuk.  Pada yang datang berkunjung ke sini.. mohon maaf sebab tiada hidangan baru untuk kalian. 

Hari ni ringankan tangan update sikit buat tatapan semua.. Resepi dari buku resepi Chef Hanieliza atau lebih mesra di sapa Kak Liza.. inilah dia hidangan Ayam Percik. Resepi lebih kurang sama je dengan resepi yang biasa MaDiHaA buat, bezanya.. ayam tu biasanya MaDiHaA bakar je tak masak sekali dalam kuah.  Cara Kak Liza ni... masakkan sekali dalam kuah pastu baru bakar sekejap.  Mudah juga cara begini sebab tak perlu bakar lama2 kerana ayam dah masak.  MaDiHaA bakar dalam pemanggang ajaib & memang cepat je siap.

Jom kita tengok resepinya.. Terima kasih Kak Liza..



Ayam Percik
Resepi : Chef Hanieliza


Bahan:

2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa (MaDiHaA ganti dgn 1 keping asam gelugur)
1 s/t gula
1 s/b halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 cm halia
5 batang serai (3 dimesin, 2 diketuk)

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun. (MaDiHaA curahkan kuah percik atas ayam yang dibakar)


Selamat mencuba!

2 comments:

Qhaifa Nur said...

Salam...
Lamanya x kunjung sini..
Sekali buka ada menu ayam percik..sedapnyaa

norhidana said...

mmg feveret dana ayam percik versi kelantan mcm ni kak... layan btl... ratah camtu je tak payah mkn ngn nais pun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...