Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, June 9, 2011

Mee Lidi Goreng Hijau

Assalamualaikum & selamat petang...

Agak terlewat masuk entry hari ni tapi alhamdulillah.. dapat jugak bersua hari ni.. Hari pertama memulakan kerja dalam minggu ni setelah 5 hari bercuti di kampung MIL.  Alhamdulillah.. projek cik abang pun dah hampir2 siap lebih kurang 80%.  Rasanya.. balik sekali lagi haruslah selesai semuanya.  Tapi itu tak bermakna boleh goyang kaki... kami masih perlu lebih kerap pulang ke kampong untuk sentiasa memantau perkembangan projek tersebut.  Semoga dipermudahkan segala urusan kami.. Amin..

Oklah.. hari ni tak boleh nak mengomel panjang.  Tapi sebelum tu.. aku nak ucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian teman2 sekalian yang masih juga sudi menjenguk rumah maya ku ini walaupun tuan rumah tiada di rumah.. Masih sudi jugak meninggalkan komen walaupun tuan rumah tak dapat  nak membuat kunjungan balas.  Apa2pun... bila kerja2 di ofis sedikit reda... bolehlah ku blog walking ke rumah teman2 sekalian yer... sekarang ni.. masih agak sibuk dengan segala dokumen yang penuh di atas meja.. hehe... Oklah.. jom tengok apa resepi untuk dikongsi hari ni?
Satu lagi resepi milik Kak Ummi Zaihadi yang keluar di majalah Jelita Mac 2011.  Resepi mee yang agak lain dari biasa.  Walaupun agak lain.. tapi sangat membuka selera.  Terima kasih Kak Ummi berkongsi resepi.. Minta izin ye kongsi resepi kat sini pula... macam biasa.. C&P dari rumah Kak Ummi.. (malas nak taip dari majalah.. huhu) Halal ye kak...


Mee Lidi Goreng Hijau
Resepi: Kak Ummi Zaihadi (keluaran Jelita Mac 2011)

Bahan:-

    * 1 1/2 paket mee lidi
    * 1 labu bawang besar - didadu
    * 3 ulas bawang putih - dicincang
    * 10 ekor udang basah
    * 2 sudu besar kicap cair/masin
    * 1 kiub pati ayam maggie
    * 1/2 biji kobis (MaDiHaA tambah sedikit sawi)
    * 1 sudu kecil serbuk lada sulah
    * minyak untuk menumis

Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-

    * 2 biji cili hijau
    * 6 biji cili padi hijau
    * 4 tangkai daun sup
    * 2 pokok daun bawang

Cara Memasak:-

   1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan mee lidi dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
   2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
   3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
   4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
   5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
   6. Akhir sekali, masukkan mee lidi yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.



Selamat mencuba!

16 comments:

CT NoArIzAh ArIs said...

Tumpang tanya tuan rumah mee lidi tu spagheti ke? :)

Zaliedana said...

Assalam kak erm nmpak sedap mee akak tuh,nak order sepinggan kak,hihi..Dok sepah2 dapur akak jbgi sy kemas blk ya kak,amik resepi kasui..Pstt kak,projek ape tuh,hihi..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

CT Noarizah Aris : mee lidi tak sama dengan spagetti dik... mee lidi memang tertulis mee lidi pada paketnya.. rasanya pun berlainan dengan spagetti

Zaliedana: memang sedap CT mee ni.. walaupun bahan2nya sangat lain.. tapi sedap ditekak akak. Anak2 pun pulun sakan.. ohh.. pasal projek tu.. hish.. malu lak nak bagitau.. hehe.. ala.. projek kecil2an aje.. projek menanam getah.. kehkehkeh... projek utk hari tua lah CT.. lagi 6 tahun kalau ada rezeki.. bolehlah tambah2 pendapatan..

ijayuji said...

Salam kak madiha!!! mee lidi yg buat laksa tu ke? hihihi.. mak kita panggil mee laksa yg kuning2 tu mee lidi :D nmpk sedap pulak dibuat mcm niii mana nak carik mee lidi ni? orgnyer pun tak mcm lidi kikiki

zarin said...

jarang jumpa mee lidi kat kl ni kan...saya kalau balik kemaman je mesti beli buat stok sebab suami n anak suka mkn mee lidi ni

Ayu said...

ratna,
sampai sekarang akak masih tertanya2 mee lidi tu adakah macam spaghetti gitu?..sebab kat sini memang tak jumpa ..dia keras then kena rebus dulu ya..

Ummi said...

Assalam Ratna...waaaaaaaaaaaaa...ku lihat ijoooo..hehehe...thanks sebab sudi try resepi sempoi ni...tp ok jgk la kan...ada kelainan, kan..kan..hehhee

Nieza said...

assalam kak, mee lidi kak Ummi ni memang sedap nieza pun dah try memang suka dgn kepedasan cili padi tu lagi ler mebeles...hehe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
mee nie mmg nmpk sedap....kena cari dulu mee lidi nie... harap dpt jumpa nnt..

Wanieyra said...

salam..

tak pernah lah pulak tgk mee lidi ni. Rupa dia lain ke dengan mee yg biasa kita beli kat pasar tu?

izahdaut said...

dah lama duk simpan resepi ni.. sedap je nampak tu

Amalblogbiz said...

Lebih kurang macam mee sanggul ye madiha..

cikmanggis said...

me yang lain dari yang lain?hmm nnt nak cuba..tahniah juga buat Ummi..followers dah ramai tu...Apa projek tu Madiha?(bizi body sikit ni)

myza said...

salam ziarah
first time singgah ni
lama x mkn mee lidi ni :)

Amie said...

assalam,
amie tak pernah masak dan belum pernah tgk mee lidi... satu hari nanti nak rasa juga mee lidi tu.. he ehe

laila tony said...

febret suami saya nih..wajib ada kat umah..tapi selalu goreng version lain..hehehe...br nak upload kat blog gak..kang jemput singgah http://lailatonie.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com