Tuesday, September 27, 2016

Jeruk Mangga Asamboi

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua..


Puan MaDiHaA kembali lagi... hihi.. Mujur tak hilang lama kali ni. Rajin2kan diri sapu2 habuk di blog yang dah suam2 kuku ni. Hari ni terasa nak kemas kini blog biarlah hanya dengan hidangan biasa2 je.

Mangga asamboi ni dah lama viral kan? MaDiHaA pun dah banyak kali buat. Cuma bab ambik gambar tu je yang malas. Itu yang takde masuk blog. Setakat ni rasanya pernah update kedondong asamboi je kot. Banyak yang boleh kita asamboikan selain mangga muda, MaDiHaA selalu buat guna buah jambu batu, epal hijau, kedondong dan juga nenas. Ada nampak yang terbaru orang dok buat guna buah rambutan... wahh.. sangat rare... tapi belum tergamak nak mencuba lagi.. hehe... 

Kalau u all nak tengok jeruk betik asamboi boleh juga tengok kat SINI ye. Yang ni dah lama MaDiHaA buat, cuma tak viral je. hihi.. tapi resepinya ada kelainan sikit sebab perlu tambah cuka. Yelah kan sebab buah betik takde unsur2 rasa masam, sebab tu kena tambah cuka. Hasilnya memang sedap, lebih sedap dari jeruk betik dulu2 yang biasa terjual dikedai2 runcit. Ada juga ternampak orang dok update resepi jeruk betik ni kat facebook, tapi tak sebut pun resepi ambik dari blog MaDiHaA.... biasalahkan manusia.. tak pandai nak hargai milik orang lain. Padahal.. resepi copy & paste sebiji2 dari blog ni.  Asalnya MaDiHaA pernah update resepi jeruk betik tu kat Fotopages dalam tahun 2009.. lamakan? Malaslah nak cerita pasal orang2 yang tak reti nak hargai orang lain ni.. buat sakit hati je. Takpelah yang penting ilmu yang MaDiHaA kongsi ni memang ikhlas.. tinggal lagi.. terpulanglah pada u all semua samada pandai nak berterima kasih atau tidak. Kalau nak mengaku sendiri punya resepi pun terpulangla.. MaDiHaA tak rugi apa2 pun...



Oklah tepek jugalah gambar mangga asamboi ni walaupun dah habis musim viralnya.. haha.. Minggu lepas adalah member baik kitorang kat opis ni bawak 2 plastik besar buah mangga muda untuk kami. Dia bukan staff syarikat pun, tapi dia supplier syarikat tempat kitorang kerja ni. Dia Chinese tau.. tapi memang tak kedekut... tiap2 tahun akan bawak mangga kat kitorang sebab katanya kat kilangnya ada beberapa pokok mangga yang berbuah lebat tiap2 tahun.



Lepas dah berbahagi2 buah mangga yang diberi kami tinggalkan dalam belasan biji mangga kat opis & esoknya kitorang buat mangga asamboi kat opis. Dapatlah 2 bekas kat atas tu.  Pagi2 sampai opis dalam pukul 7.45, MaDiHaA sensorang kopek siap2 buahnya & bila member2 lain sampai kitorang sama2 hiris & siapkan projek kitorang ni sampai termakan waktu opis setengah jam, tapi bos ok je... sebab bos pun sama naik suka makan asam.. hahaha..  



Senang je nak buat ni.  Biarlah walaupun semua orang dah pandai buat.. tepek la jugak resepinya.  Sukatan main agak2 je ni, adjustlah sesedap rasa ye. Gambar kat bawah ni pulak versi buat kat rumah mangga yang dibawa balik... asamboinya dihiris2 sebelum digaulkan. Rasanya yang dihiris2kan ni lebih mudah mesra/meresap dengan mangga.. cubalah ye..


Mangga Asamboi
Bahan2

4 biji mangga muda saiz besar
10 sudu besar gula 
1/2 sudu kecil garam
15 biji asamboi (nak hiris kecik2 isi asamboi pun boleh juga. yg ni lagi banyak lagi sedap)
5 biji cili padi (nak pedas tambah lagi)

Cara menyediakan
1. Kopek mangga muda & cuci bersih. Hiris ikut selera sendiri.
2. Masukkan dalam bekas yang ada penutup, masukkan gula, garam, asamboi & cili padi yang dihiris. Gaul rata & kemudian simpan dalam peti sejuk selama beberapa jam. 
3. Keluarkan bekas tadi & gaul rata sekali lagi biar semua mangga dapat meresap air gula sama rata. Boleh biarkan selama satu malam dalam peti sejuk sebelum dimakan, atau boleh je kalau nak dimakan terus lepas beberapa jam.


Selamat mencuba.

2 comments:

norhidana miswan said...

sedapnya dpt layan sejuk2...
tp sbb baru baik dr batuk2... dpt tgk jelah

hainom OKje said...

Kecur air liur.....Saya tak pernah buat Madihah, tumpang kecur air liur gambar orang aje hihi.... Sebenarnya kurang suka asam asam ni. Yang suka En Suami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...