Wednesday, December 7, 2016

Ikan Percik Terengganu Style

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Hari ni kongsi resepi lauk pulak ye. Lama tak buat ikan percik. Anak semua dah berkumpul kat rumah ni bolehla nak masak sedap sikit. Barulah nak makan tu tak rasa bersalah. Yelah bila anak ada kat asrama, bila masak yg macam sedap sikit tu dok teringat2 je kat dia. Sekarang semua cuti ada kat rumah, bila masak semua boleh merasa. Alhamdulillah... 



Ikan Percik Terengganu Style
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 - 5 ekor ikan kembong/ikan yg sesuai
(1 sudu kecil garam + 1 suku kecil kunyit serbuk utk dilumur pd ikan)
15 biji cili kering* ~ buang biji & rebus
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup* 
(bahan bertanda* dikisar halus)
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
1 inci lengkuas ~ dihiris nipis
3 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
1 1/2 sudu kecil halba
1 biji kelapa diambil santan pekat
Minyak secukupnya
Garam, gula & perasa secukupnya

Cara Menyediakan
1. Lumurkan garam + kunyit pada ikan dan panggang hingga masak dikedua2 belah. (MaDiHaA guna pemanggang ajaib)
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan merenih sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
4. Bila ikan dah masak, buka penutup pemanggang & curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan & curahkan pula sebelah lagi kuah. Bila masak bolehlah diangkat ikan & semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
5. Kuah lebih boleh hidang sebagai kuah tambahan.



Selamat memasak!

9 comments:

norhidana said...

lahai sedapnya kak...

dana prefer lg msk percik versi pantai timur dr versi johor hehehhe

Amie said...

Time cuti sekolah saya rasa macam tak menang tangan masak utk anak-anak. Betul kata Madiha tu, kadang2 rasa bersalah bila masak sedap lagilah kegemaran anak-anak, tapi anak pulak berjauhan.

Ayu said...

Assalam Ratna,
ikan percik ni nampak macam sedapp gitu akak so far belum pernah cuba buat ikan percik ala Terengganu. bila tengok bahan2 macam ada ala2 lauk ikan masak kuali kot..boleh dicuba bila2 nantikan..:)

lieyalatif said...

sedapnye kak.... ni dpt nasi panas2 pun cukup laaah...dah lame tak buat ikanpercik...dah snap resepi akak ni...nanti nak try buat laaaa....

Azueriena said...

wow walaupun hanya ikan kembung nmpak mmg best pulakk...biler masak cengginii

norsadira said...

sedapnyer tengok ikan 2 bulan puasa ini..nk cubalah,
Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/

Digina said...

Baru je makan ikan percik tapi sy guna ikan bawal sebab ikan kembung dah habis semalam

Digina said...

Baru je makan ikan percik tapi sy guna ikan bawal sebab ikan kembung dah habis semalam

Unknown said...

Alhamdulillah saya dah cuba, bahan2nya pun mudah didapati.
Dah siap....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...