Wednesday, May 16, 2012

Cendawan Goreng Rangup

Assalamualaikum....

Happy Teacher's Day buat semua cikgu2 & warga pendidik.... Terima kasih kerana mendidik anak bangsa sehingga menjadi manusia yang berilmu & berjaya dalam hidup.. Terlalu besar jasa guru2 kepada negara... Terima kasih cikgu!
Okay.. sambung pasal menu yang sedap ni pula ye... sedap dimakan bersama nasi atau dimakan macam tu saja.... tiap kali makan Cendawan Goreng Tepong ni.. mesti teringat Cameron Highland.. haii... bilalah dapat pergi ke sana lagi.. hehe...


Jom layan menu mudah ni! Lagi bertambah2 mudah bila gunakan Tepong Goreng Rangup hadiah yang ku dapat dari Give Away yang Azura Rahman anjurkan tak lama dulu... hehe.. Terima kasih Zura.. senang sangat nak gunakan tepong ni... & rasa pun sangat sedap! Kalau nak diperisakan dengan spicy atau blackpepper... just taburkan saja perisa yang dibekalkan sekali tu... tapi kali ni ku goreng macam ni jer pun dah sedap!

Kat bawah tu adalah tepong yang ku gunakan untuk menggoreng cendawan ni... selain cendawan.. boleh goreng bermacam2 lagi seperti ayam, udang & sotong..

Cendawan Goreng Rangup

Bahan2
Cendawan tiram kelabu/putih secukupnya
Tepong Goreng Rangup secukupnya
2 biji telur ~ dipukul sedikit
Minyak masak secukupnya
Cara2
Cendawan dibersihkan mana2 yg perlu, cuci sekejap kemudian diperahkan air yang menyerap sehingga kering. Sediakan telur & tepong di dalam bekas berasingan yang sesuai. Panaskan minyak dalam kuali. Celup cendawan di dalam telur kemudian golek2kan di dalam bekas tepong sehingga bersalut kemudian masukkan di dalam minyak panas. Lakukan sehingga habis. Goreng cendawan hingga garing dikedua2 belah & bolehlah diangkat, tos & hidangkan bersama sos kegemaran.

Jika kawan2 ingin merasai sendiri cendawan seperti yang ku buat ni.. bolehlah klik di  SINI untuk order Tepong Goreng Rangup dari Zura ye...


Selamat mencuba!


Tuesday, May 15, 2012

D.I.Y. Bunga Reben Hamper...

Assalamualaikum....

Apa khabar readers semua? Harapan MaDiHaA semoga semua sihat2 belaka ye.  Jika Ahad kelmarin adalah hari ibu yang disambut setiap hari Ahad minggu ke dua dalam bulan Mei... esok  pula 16hb Mei merupakan hari guru yang disambut setiap tahun.  Jadi kepada semua guru2 atau cikgu2 di luar sana terutama yang membaca entry ini MaDiHaA ucapkan Selamat Hari Guru buat semua ya!  Eh.. terawal sehari pulak ye.. hehe.. tak mengapalah bimbang kalau tak diucapkan nanti takut langsung tak terucap atau kot2 jadi terlewat pulak macam ucapan hari ibu tempohari.. hehe..

Oklah bercakap pasal hari guru ni... mungkin ada di kalangan ibu2 sedang berfikir apalah yang nak dihadiahkan kepada guru anak masing2 ye tak? Kalau bukan ibu pun yang nak bagi... mesti ada juga di kalangan anak2 awal2 dah sibuk bertanya & meminta kebenaran dari ibu masing2 untuk memberikan hadiah buat guru2 yang mereka sayangi sempena sambutan hari guru nanti.  Begitulah juga dengan anak sulungku setiap tahun... (si Haziq belum pandai lagi nak mintak semua tu.. hehe) mesti wajib bagi hadiah pada cikgu2 kesayangannya.  Jika ibunya rajin & bermodal bolehlah sediakan hadiah yang elok sikit (walaupun bukan hadiah yang mahal)... tapi kalau ditakdirkan ibunya tengah pokai... mintak maaf ajelah ye cikgu.. Tapi kakak Dini tetap nak bagi juga hadiah buat cikgu2 kesayangannya tu walaupun hanya sebatang pen setiap seorang! hehehe...


Oklah.. hari ni tiada resepi dari Dapur MaDiHaA tetapi hari ni MaDiHaA nak berkongsi sedikit ilmu dengan kawan2 cara2 nak membuat sendiri Bunga Reben Hamper.  Manalah tau ada ibu2 yang nak gunakannya untuk dipasangkan pada kotak hadiah atau pada hamper sempena hari guru esok.. Sebenarnya MaDiHaA bukanlah pandai sangat pun... tapi kalau nak berjimat tu... insyaAllah.. bolehlah dibuat sendiri walau hasilnya taklah cantik sangat.. hehe..

Jom tengok macamana nak buat Bunga Reben Hamper ni...  Sebelum tu mohon maaf sebab terpaksa berkongsi entry kraf tangan/gubahan dalam blog masakan ni sebab MaDiHaA takde blog khas untuk hasil kraf tangan.  Kalau ikutkan memang berhasrat nak buat blog yang lain sebab kerja2 kraf tangan sebegini memang MaDiHaA minat sangat sejak dari anak dara lagi.  Tapi memandangkan MaDiHaA tak punya banyak masa untuk melayan minat yang satu ini... yang mungkin hanya akan keluar sekali sekala saja.. jadi MaDiHaA kongsikan saja dalam blog masakan ni...



Oklah mari kita lihat apa yang kita perlukan untuk membuat Bunga Reben Hamper ni....

Bahan2
Reben plastik (1 gulung pun dah cukup... jika perlu bunga reben lebih.. bolehlah beli lebih)
Gunting kecil (gunting tiada dlm gambar pulak.. hehe)


Untuk pengetahuan semua, cara2 membuat bunga reben hamper yang MaDiHaA akan tunjukkan ni adalah sesuai untuk hamper yang kecil ye.. sebabnya.. bunga reben yang terhasil ni saiznya kecil saja ye.. Jika nak buat bunga reben hamper yang lebih besar ada cara lain yang lebih sesuai.. insyaAllah jika ada kelapangan bolehlah dikongsi lagi nanti ye...

Mula2 kita sediakan reben yang dipotong anggaran 12 inci.  Reben dibelah dua supaya ianya lebih kecil.  Reben ni akan digunakan untuk mengikat bunga reben & juga hamper yang akan dihiasi nanti. (boleh guna reben yang sama dengan reben yang nak digunakan.. yang ini MaDiHaA saja gunakan reben warna yang berlainan)


Seterusnya kita letakkan reben yang nak digunakan di atas tapak tangan kiri (ikut keselesaan masing2) dengan bahagian hujung di sebelah bawah dilebihkan lebih kurang 8 - 10 inci. (ukuran ini sesuai untuk hamper yang kecil).


Kemudian belitkan reben sebanyak 8 - 10 kali pada 4 jari anda dengan bahagian hujungnya dibiarkan terjuntai ke bawah.  Belitan yang lebih banyak akan menghasilkan kelopak bunga yang lebih banyak.  MaDiHaA cuma belit sebanyak 8 kali aje.  Sila pastikan belitan pada tangan jangan terlalu kecil (ketat) ye.  Tangan MaDiHaA agak besar & lebar.. jika tangan adik2 atau ibu2 comel2 & bersaiz kecil... sila pastikan belitan tu buat besar sikit dari saiz tangan masing2 ye... hehehehe... Lepas siap dibelit tu.. potong hujung reben selebihnya ikut ukuran yang sama dengan hujung reben yg mula2 tadi iaitu 8 - 10 inci.


Begini rupanya reben yang siap dibelit & dipotong hujungnya.  Sila pegang dibahagian tengahnya ye.


Seterusnya... potong bentuk V di tengah2 sebelah kanan reben yang dipegang tadi seperti dalam gambar.


Potong pula bentuk V di sebelah kiri seperti dalam gambar.  Pastikan potongan mesti betul2 di tengah2 ye..


Ambil reben yang dipotong & disiat dua mula2 tadi  & ikat kemas2 ditengah2 potongan V tadi jadi seperti dalam gambar di atas.


Okay... sekarang kita mula kembangkan (eh betul ke perkataan ni.. heheh)/ membentukkan gulungan reben yang dibelit tadi menjadi kelopak2 bunga bermula dari lapisan sebelah dalam ye.  Cara nak membentuk tu... semasa kita keluarkan lapisan sebelah bawah tu (selapis demi selapis).. sambil dikeluarkan sambil itu kita putarkan sedikit reben/kelopak tu.  Tiap2 kelopak pun kita kena putar/pulaskan sedikit supaya kedudukan kelopak tu  terbentuk elok & tersusun berasingan... (susah juga ye nak menyusun kata2 nak bagi faham ni.. hehe.. harap2 kawan2 semua boleh faham ye... )


Keluarkan selapis demi selapis sambil dipulaskan reben tu ye.  Gambar kat atas tu baru 4 lapis dikeluarkan... keluarkan lapisan tu sehingga habis.  Lakukan bagi kedua2 belah ye.. dah siap belah kanan tu.. tukar kedudukan reben tu & buka pula selapis demi selapis (bermula dari lapisan sebelah dalam) untuk yang sebelah kiri pulak...



Dah siap kedua2 belah.. ia akan terhasil seperti ini. Belum cantik lagi kan? Takper.. kita bentukkan dia sampai dia jadi cantik terbentuk... kita yang buat dia kan.. jadi kita pulas2 kan lagi kelopak2 reben tu supaya jadi elok..


Haaaaa.... kan dah elok sikit rupanya tu kan... hehehe... belum siap lagi ni.. Lepas dah siap macam ni.. bolehlah potong hujung reben yang terjuntai tu samada nak potong bentuk V atau nak potong serong jer.. terpulang masing2lah ye...



Kemudian dengan menggunakan hujung gunting (sebelah matanya saja) lurutkan riben dengan cara menyerong beberapa kali supaya dia jadi kerinting seperti dalam gambar.  Kalau adik2 atau ibu2 nak buat kerinting/curle nya tu yang lebih ketara lagi... boleh lebihkan lagi reben yang sebelah bawah tu (contoh yg MaDiHaA potong tadi cuma 10 - 12 inci jadi boleh lebihkan lagi ukuran tu kalau suka reben yang terjuntai tu lebih curle).  Ulangkan melurut beberapa kali lagi untuk dptkan curle yg lebih tapi cara melurut tu lurut lurus je tak perlu diserongkan.  Kawan2 boleh juga siatkan kepada dua bahagian bagi setiap reben yang terjuntai tu (maknanya reben yg terjuntai tu jadi 4 la...) buatlah ikut kretiviti masing2 ye....


Beginilah hasilnya yang dah siap.... Ingat ye.. kalau suka kelopak yang lebih tebal boleh buat gulungan sebanyak 10 kali...


Okay... dah siap sedia untuk diikatkan pada hamper yang bersaiz kecil...  atau boleh juga dilekatkan pada kotak hadiah dengan menggunakan double tape atau selotape.  Semoga bermanafaat ye!


So.. selamat mencuba!



Monday, May 14, 2012

Pernah makan Kangkong Puteri?

Assalamualaikum....

Selamat hari ibu buat semua ibu2.. terlewat sehari nampaknya.. hehe.. tak mengapalah kan dari tak diucapkan langsung.. Semalam tiada agenda menarik berkaitan hari ibu sebab semalam daku berada di padang kerana sekolah tadika anak bujang mengadakan Sukaneka 2012. Dari pagi hingga ke tengahari di lokasi sukaneka melihat anak2 comel beraksi. Tahniah pasukan merah kerana menjadi juara.. pasukan abang Haziq untuk kategori 6 tahun (pasukan merah dari kelas Sunflower) pun jadi Johan juga... Merasalah abang Haziq dipakaikan medal 'emas' berserta hadiah iringan berupa 1 set pensel, buku nota kecil & pensel warna.. selain itu dapat juga 1 set Mc D Happy Meal untuk mereka semua.  Semasa anak2 menerima hadiah.. ibu2 pun diberikan juga goodies bag sebagai hadiah hari ibu... Thank you teacher.. hehe... Buat ma tersayang.. hanya ucapan melalui telefon saja yang mampu diberikan.. insyaAllah.. cuti sekolah nanti kaklong balik... ada hadiah untuk ma... tunggu tauu.. hehe..

Hari ni badan agak lemau.. biasalah bila usia dah bertambah ni.. dah tak macam dulu2 lagi. Badan agak manja sikit.. asal renyah banyak sikit mesti cepat rasa letih.. Walaupun gitu.. insyaAllah.. kewajipan menyediakan hidangan untuk keluarga tak pernah diabaikan... 

Untuk hari ni.. sekadar berkongsi masakan beberapa hari yang lepas.  Kawan2 pernah nampak pokok ini?

 Gambar dari google.

Mesti ramai yang tak kenal kan? Daku sendiri pun rasa2nya inilah pertama kali nampak bila abang bawa balik tempohari.  Mula2 tengok sekali imbas ku sangkakan ini sayur daun turi.  Ku belek2 daunnya.. mengapa halus2 pulak & kudup bunganya pun berlainan. Sah2lah ini bukan turi.. hehehe.. Bila abang bagitau barulah ku tahu ini Kangkong Puteri.  Kata abang.. pokok ini habitatnya di dalam air.  Daunnya persis daun pokok semalu.. tapi dia tak berduri!  Kata abang.. orang yang tinggal di bandar memang tak tau pokok ni boleh dibuat sayur melainkan mereka betul2 berasal dari kampong! Abang beli sayur tu dipasar malam & penjual tu minta abang meneka nama sayur tu.. bila abang jawab betul.. dia senyum seraya berkata tak ramai yang kenal nama sayur tu.. ramai yang sangkakan sayur tu sebagai pokok semalu... hehehehe... Memang betul pun rupanya serupa.. cuba tengok sayur yang abang ku beli kat bawah tu.. serupa pokok semalu yang dah kuncup tu kan?

Tengok kudup bunganya tu... serupa dengan gambar dari google tu kan?

Kelmarin sempat ku gogel2 nama kangkong puteri & keluarlah bermacam2 gambar & nama saintifik bagi kangkong puteri ialah Neptunia natans.  Bila ku mms gambar kangkong puteri tu pada adik.. katanya pokok ni pernah tumbuh dalam kolam air masa arwah ayah berkebun dulu tapi adik tak pasti apa namanya. Ma pun pernah memasaknya. Adik kata dimasak lemak putih campur dengan keledek sedap!  Ohh!! Rupanya aku je yang tak kenal sayur ni... mungkin kejadian tu waktu aku dah berhijrah ke Selangor gamaknya.. sebab tu aku tak tau hehe.. Untuk pengetahuan kawan2.. bila siap di masak si kangkong puteri tu.. baunya serupa dengan bau petai.. aduhssss... mungkin peminat2 petai sukakan sayur ni.. tapi aku agak kurang gemar. Jenis2 sayur yang hidup sendiri ni.. (maksud ku sayur/kategori rumput yang hidup sendiri tak perlu ditanam tetapi boleh dimakan) aku lebih sukakan sayur meranti walaupun pahit tapi sedap! Pucuk paku hijau atau pucuk midin pun aku suka.. hehe... 

Kat bawah tu rupa sayur yang dah siap dimasak.  Aku sekadar gorengkan saja dengan bawang merah, bawang putih, cili padi & ikan bilis.  Kena masak lama sikit sayur ni sebab ia agak susah nak empuk terutama bahagian pelepahnya yang halus tu...

Kangkong Puteri Goreng Pedas
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
2 ikat kangkong puteri ~ diambil bahagian pelepah daunnya sahaja
1 kiub ikan bilis
garam secukup rasa
Minyak utk menumis
secukup air

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
sejemput ikan bilis

Cara memasak
1. Sayur yang disiang direndam seketika. Sauk sayur ke dalam tapis. Lakukan hingga 3 kali untuk memastikan semua bendasing yang melekat pada sayur dapat diasingkan.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan kiub bilis & air (air biar lebih tak mengapa kerana sayur ini perlu dimasak lama sedikit untuk mengempukkannya).
3. Masukkan kangkong puteri & kacau2 hingga rata. Masak hingga sayur empuk. Perasakan dengan garam secukup rasa.  Angkat & hidang.


Selamat mencuba!

Friday, May 11, 2012

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam


Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. dah petang ni barulah ada sedikit ruang untuk update hari ni.  

Takyah mengomel panjang lebar ye... masa pun tak begitu mengizinkan.  Jadi terus je nak kongsi resepi Nasi Komok aka Khao Mok Gai yang sangat sangat sangat sedap ni... hehehe... 


Sebenarnya dah lama simpan resepi bila nampak Kak Ayu buat tayangan tempohari.  Tapi belum ada kerajinan nak membuatnya.  Tapi bila nampak ramai kawan2 yang buat dan semuanya puji sedap... haiii... tak boleh tahan juga dengan godaan demi godaan.. jadi.. buat jugalah walaupun kat rumah takde stok beras basmathi masa tu.. huhuhu.. Jadi hanya berbekalkan beras biasa.. alhamdulillah.. menjadi juga Nasi Komok ni... cuma rupa nasi tu tak menarik sangat ler sebab berasnya tak nampak panjang2 macam nasi dari beras basmathi... lenkali boleh buat lagi sebab sangat sedap & kena dengan selera ku & anak2.  Mr. Hubby macam biasa kalau nasi berperisa ni.. dia sekadar makan jer.. sebab dia bukan peminat nasi berperisa.. hehehe.. Bagi aku.. walaupun nasi ni kering & tak berkuah.. tapi ianya cukup sedap bila digandingkan dengan sambal.  Tambahan acar mentah sahaja dah buatkan sajian ini lengkap & berselera bila menikmatinya.  Cuba ye pada yang belum mencuba tu.. insyaAllah.. mesti semua suka..
 
Terima kasih kepada penyumbang awal resepi iaitu Azian. Manakala resepi ini aku ambil dari blog Kak Ayu di Singapore.  Thanks kepada semua!  Dah ramai juga kawan2 yang dah mencuba... alhamdulillah.. dapat juga merasa Nasi Komok bila ada alternatif campuran rempah yang boleh dibuat sendiri... ku kongsikan resepi kat bawah ni yer...


Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Sumber asal: Azian
via Kongsi Resepi
Sumber: 
Kak Ayu

Rempah Komok
  • 2 sk serbuk kari ayam/daging
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk ketumbar
    1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk kayu manis
  • 1 sk garam
  • 1sk gula
Bahan2 Nasi
  • 5 cawan beras basmathi - MaDiHaA guna beras biasa je
  • 4 sudu minyak sapi
  • 4-5 ulas bawang merah*
  • 1 Inci halia*
  • 4 Ulas bawang putih* 
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2-3 Sudu rempah komok
  • 200 ml susu cair 
  • 1 ekor ayam - 
  • 8 cawan air 
  • garam secukup rasa
  • Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
  • (*Hiris benda bertanda*)
Cara2
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, MaDiHaA lumur dgn lebihan rempah komok, garam & serbuk kunyit). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

Bahan Sos Cili
  • 1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
  • 6 biji cili merah*
  • segenggam cili padi*-(Ayu tambah MaDiHaA tambah juga)
  • 4 ulas bawang merah-(Ayu tambah MaDiHaA tak letak ni)
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • gula, garam, cuka - secukup rasa
Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.


Selamat mencuba!

Thursday, May 10, 2012

Peria Katak Tauchu Berudang

Assalamualaikum...

Dah petang pun.... Aduhaiii... entah ngapa malas betul nak update blog hari ni.... Ni terpaksa juga merajinkan diri mengupdate... kalau dibiarkan nanti lama2 semakin malas jadinya...  

Ni nak cerita la juga sikit pasal follow up checkup kakak Dini semalam.  Alhamdulillah.. nampaknya semua ujian didapati negatif dari sebarang penyakit berbahaya.  Yang merisaukan aku kalau2 kakak Dini ada TB, asma atau Diabetes ke... syukur semuanya normal... gamaknya batuk dia tu yang dikatakan orang tua2 dulu iaitu batuk 100 hari kot.  Selagi tak cukup 100 hari selagi tu tak baik2... adeiiii... kesian sungguh!  InsyaAllah nanti nak cari madu & nak cuba bagi dia minum bercampur dengan jus limau nipis sebagaimana saranan seorang kawan dalam FB tempohari.  Mana tau mujarab.  Sebenarnya sebelum ni pun ada juga bagi madu sampai stok madu pun dah abis... Ubat batuk pun dah macam2 ubat batuk ditelan... belum jumpa yang rasi lagi..


Oklah.. kita sambung dengan entry masak2 hari ni yek!  Kali ni update entry sayur plak la ye.... Antara sayur feberet aku ialah sayur peria tak kira samada peria kambas atau peria katak dua2 pun suka... Lagi2 kalau buat pedas2 sikit.. memang sedap! Walaupun pahit tapi sedap!  Pada yang kurang tau.. peria katak tu ialah peria yang saiznya kecik2 tu ye... kalau peria yang besar tu orang panggil peria kambas.. hehe..

Resepi macam resepi2 masakan berasaskan tauchu yang lain juga... tapi takperlah.. letak jelah kat sini bak kata MamaFaMi daripada takde... hehe...
Peria Katak Tauchu Berudang
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 biji peria katak - dihiris & dicuci bersih
1 cawan udang yang dibuang kepalanya
2 sudu besar tauchu
serbuk perasa & gula secukup rasa
sedikit air
minyak masak secukupnya

Bahan hiris  nipis
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 cm halia

Cara menyediakan
Panaskan minyak masak & tumiskan bahan2 hiris hingga layu & wangi.  Masukkan hirisan peria katak & sedikit air lalu dikacau rata.  Masukkan udang, tauchu, serbuk perasa dan sedikit gula & gaul rata.  Agak2 peria dah layu & lembut bolehlah matikan api & dihidangkan.


Selamat memasak!

Wednesday, May 9, 2012

Puding Marble Pelangi tempahan lagi...

Assalamualaikum semua.......

Hari ni Rabu kan? Wordless Wednesday aci tak? hehehe...

Just nak update tempahan Puding Marble Pelangi hari Sabtu baru2 ni... 2 tray kesemuanya & gambar kat bawah ni yang sudah siap dipotong2... 


Sebenarnya.. entry hari ni entry auto publish ye... Sebabnya.. pagi ini MaDiHaA kena bawak kakak Dini ke PPUM untuk follow up checkup.  Harap2 takde result yang merisaukan... Doa2kan ye kawan2.  Jadi hari ni memang tak sempat nak BW nampaknya... harap2 lepas ni kesibukan ku berkurangan & dptlah melawat blog kawan2 semua... BW pun mana yg sempat jer semalam tu..

Jumpa lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...