Thursday, May 10, 2012

Peria Katak Tauchu Berudang

Assalamualaikum...

Dah petang pun.... Aduhaiii... entah ngapa malas betul nak update blog hari ni.... Ni terpaksa juga merajinkan diri mengupdate... kalau dibiarkan nanti lama2 semakin malas jadinya...  

Ni nak cerita la juga sikit pasal follow up checkup kakak Dini semalam.  Alhamdulillah.. nampaknya semua ujian didapati negatif dari sebarang penyakit berbahaya.  Yang merisaukan aku kalau2 kakak Dini ada TB, asma atau Diabetes ke... syukur semuanya normal... gamaknya batuk dia tu yang dikatakan orang tua2 dulu iaitu batuk 100 hari kot.  Selagi tak cukup 100 hari selagi tu tak baik2... adeiiii... kesian sungguh!  InsyaAllah nanti nak cari madu & nak cuba bagi dia minum bercampur dengan jus limau nipis sebagaimana saranan seorang kawan dalam FB tempohari.  Mana tau mujarab.  Sebenarnya sebelum ni pun ada juga bagi madu sampai stok madu pun dah abis... Ubat batuk pun dah macam2 ubat batuk ditelan... belum jumpa yang rasi lagi..


Oklah.. kita sambung dengan entry masak2 hari ni yek!  Kali ni update entry sayur plak la ye.... Antara sayur feberet aku ialah sayur peria tak kira samada peria kambas atau peria katak dua2 pun suka... Lagi2 kalau buat pedas2 sikit.. memang sedap! Walaupun pahit tapi sedap!  Pada yang kurang tau.. peria katak tu ialah peria yang saiznya kecik2 tu ye... kalau peria yang besar tu orang panggil peria kambas.. hehe..

Resepi macam resepi2 masakan berasaskan tauchu yang lain juga... tapi takperlah.. letak jelah kat sini bak kata MamaFaMi daripada takde... hehe...
Peria Katak Tauchu Berudang
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 biji peria katak - dihiris & dicuci bersih
1 cawan udang yang dibuang kepalanya
2 sudu besar tauchu
serbuk perasa & gula secukup rasa
sedikit air
minyak masak secukupnya

Bahan hiris  nipis
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 cm halia

Cara menyediakan
Panaskan minyak masak & tumiskan bahan2 hiris hingga layu & wangi.  Masukkan hirisan peria katak & sedikit air lalu dikacau rata.  Masukkan udang, tauchu, serbuk perasa dan sedikit gula & gaul rata.  Agak2 peria dah layu & lembut bolehlah matikan api & dihidangkan.


Selamat memasak!

10 comments:

Qasey Honey said...

asslm Kak Madihaa...yeahh yg ptama ker QH ni...hehehe...sedapnya kak lauk peria campur udang tu...mkn dgn nasi panas ni pasti bertmbah la mkn kan...xpyh lauk lain ni...dh cukup tu...

Munnafendy said...

fuhhhhhh..kuss semangat! sy baca td katak taucu berudang! ingat akak masak katak..hissyy

izan mama mia said...

eeemmmt..sedap tu..saya mng suka peria.

syazd said...

kak madiha, ada x tips x nak kasi peria tu oahit sgt? :)

ibundo said...

sedapnya peria katak. feveret bundo ni. Tambah2 bubuh taucu ngan udang tu.. pergh..

Yana Shaiful said...

Salam Kak Ratna..menggoda btul tgk peria tu..mst lg sedap peria+taucu+udang..mkn pulak dgn ns panas2 alahaii..xhingat dunia laa ^__^

Mieza said...

Adehhhh kak madihaaaa...mieza ni mmg suka dengan peria..lebih2 lg peria katak...walaupun pahit peria mmg sedap..2-3 hr lepas mieza buat kerabu peria..tak pernah lg masak taucu mcm ni..kena cuba nih

rahel said...

Rahel suka sangat rasa pahit peria katak tu..lagi2 klu ada taucu + udang..em enak banget..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

syazd... biasanya lepas dihiris... kena rendam dlm air bergaram sekejap.. pastu toskan.. mungkin dpt kurangkan sikit rasa pahitnya tu... tp akak tak pernah buat camtu sbb yg pahit tulah penawar... hehehe..

maklang azie said...

lapor tgk peria ngan udang tu...wpun tak makan peria tp tang udang tu geram nengok.

p/s : nak gelak maklang baca komen madiha pasal "dah tiada didunia lagi" ehehhehe...kalo dah takde dlm dunia sure maklang halalkan...takut tak lepas lak dia kat sana nanti..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...