Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, January 12, 2010

Pengenalan Dari Dapur MaDiHaA...

Assalamualaikum...

Tidak tahu bagaimana ingin memulakan karya pertamaku dalam blog ini kerana aku terlalu baru dalam dunia blogging... justeru.. aku hanya masukkan entry pengenalan sahaja buat kali pertama ini...

Terima kasih kepada rakan2 yang pernah memberi inspirasi kepada ku supaya membuat blog masakan sendiri kerana selama ini aku hanya aktif berfotopages. Suatu waktu dulu.. ramai rakan2 ku yang lain berpindah dari FP ke blog.. namun hatiku belum terbuka lagi pada waktu itu... mungkin kerana aku bimbang tidak dapat menjaga kedua2 'rumah maya' ini jika aku punya lebih dari satu 'rumah'. Siapa tahu ye.. rupa2nya setelah bertahun2 berFP akhirnya hatiku terbuka juga untuk berblog spt kawan2 yang lain. Apalagi bila melihat blog rakan2 yang lain begitu indah dihiasi dekorasi yang begitu menawan.. akhirnya terbinalah juga 'rumah baru' aku sebagai warisan buat anak2 bila aku sudah tiada lagi.. Namun.. insyaAllah.. selagi ada nyawa, selagi ada kudrat aku tidak akan sekali2 menutup FP ku itu kerana terlalu banyak kenangan indah di sana... aku akan cuba untuk menjaga kedua2 'rumah maya' ku ini sebaik2nya.

Sekian buat kali ini...

1 comment:

aroha mizwa said...

selamat datang ke blog hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...