Selalunya hubby yang masak sambal ni.. aku tak ambik kisah pun tiap kali dia masak sebab dok sibuk buat kerja lain.. Tapi bebaru ni teringin pulak nak makan.. jadi aku pun kecek2lah ngan hubby resepi sambal ni.. Memang kuat rasa belacannya.. tapi yang itulah yang buat selera makan.. haha.. memang pedas menyengat!! Tapi sekali cuba gerenti mau lagi.. kalau yang tak tahan pedas tu bolehlah dikurangkan cilipadinya & boleh tambah cili merah...
SAMBAL TUMIS BELACAN BILIS & PETAI
Bahan2
1 mangkuk sedang ikan bilis siap kopek
2 - 3 papan petai ~ kopek & belah 2
2 biji bawang besar ~ mayang bulat
2 ulas bawang putih ~ hiris
20 - 40 biji cili padi (bergantung saiz cili padi & bergantung pedas yg anda suka ~ sila lihat gambar)
1 peket belacan (spt dlm gambar)
1 sudu besar asam jawa
1 cawan air (bancuh asam jawa dengan air ini)
aji secukup rasa
1 sudu besar gula
*tak perlu tambah garam*
minyak masak secukupnya anggaran setengah cwn
Cara2
1. Tumbuk cilipadi hingga lumat. Campurkan belacan dan tumbuk hingga sebati cilipadi & belacan.
2. Panaskan minyak, gorengkan ikan bilis sekadar lembut (tak perlu garing). Masukkan petai dan goreng lagi hingga petai nampak layu.
3. Masukkan bawang putih & bawang besar mayang. kacau2 hingga nampak bawang layu.
4. Masukkan cili & belacan tumbuk tadi dan goreng lagi hingga naik bau.
5. Tambahkan air asam jawa, gula & aji. Kacau2 hingga sebati. Biar seketika & bolehlah ditutupkan api dan hidang dengan nasi panas2 bersama ulaman & ayam goreng rangup kat bawah tu pun dah memadai.. hehe..
No comments:
Post a Comment