Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, January 20, 2010

Mentarang Tumis Pedas

Pernah tengok mentarang? Tak silap aku.. mentarang ni hanya boleh diperolehi di sekitar Sabak Bernam, Pantai Remis Kuala Selangor & juga Perlis.. di tempat2 lain memang tak nampak kewujudannya.. bagi aku.. ini merupakan kali ke dua dpt makan mentarang ni.. dulu pernah makan mentarang yg diberi oleh kawan makcikku. Disebabkan rasanya yang sedap & hubby ku pun suka.. sebab tulah aku beria2 nak mencari mentarang ni bila aku pergi ke Kuala Selangor bertandang ke rumah kawan cyber baru2 ni. Mentarang ni pun.. beliau yang belanja aku.. hehe.. TQ Hanaz.. Kiranya inilah kali pertama aku masak sendiri mentarang ni.. guna resepi olahan sendiri aje.. nasib baik hubby cakap sedap.. haha..


MENTARANG TUMIS PEDAS
Sumber : MaDiHaA

Bahan2
1 kg mentarang ~ dicuci bersih2 kulitnya (jika perlu guna berus yg sesuai), rendam & tos beberapa kali utk buang lumpurnya
1 helai daun kunyit ~ disiat2 (boleh ganti dengan beberapa helai daun limau purut)
2 batang serai ~ di ketuk
minyak masak secukupnya
1 s/b sos nampla (sos ikan)
2 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
2 s/b kicap cair
1 s/k gula
garam & aji secukup rasa
1 s/k asam jawa ~ diramas dengan air kat bwh tu
1 ~ 2 cawan air (bergantung keperluan)

Bahan2 Kisar
1 biji bwg besar
3 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
2 batang serai ~ dihiris dulu
10 biji cili kering ~ potong2 & rebus kejap
6 biji cili padi

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar & serai yg diketuk. Tumis hingga garing & wangi.
2. Masukkan segala jenis sos & air asam jawa. Biar mendidih kejap.
3. Masukkan mentarang & daun kunyit. Kacau2 biar sebati. Masukkan gula, perasa & garam (rasa dulu takut termasin coz dlm sos pun ada garam).
4. Kacau2 biar kuah agak pekat bolehlah matikan api & hidang panas2
Bolehlah cuba ya...! tapi kalau tak berani nak mencuba makan mentarang ni.. resepi ni pun sedap sekiranya digantikan dengan lala. Lala & mentarang ni rasanya seakan2.. pasal tu aku kata sedap. Jauh lebih sedap daripada kupang!

6 comments:

hana said...

tk penah mkn mentarang neh! owang kata sedap! hishhh meleleh pulak air liuq sambil taip! hihi

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Owh kak pon diam2 ada blog dok kabo hihi.saya link yer. Kak scrap tu senang banget nok wat , xpyh edit2 just pilih dan upload pic jer.Kak click sini http://www.widdlytinks.com/ sesenang abc kak.Pic tu kekgi kalu nampak blurr/besar kak click jer smaller banyak kali sampai dpt pic yg nak ok

FIeZa said...

nyum nyum..nak try laa....

zurainah said...

salam kak..sy mntk resepi akk ni yer..mekaceh

zahnieta said...

mentarang nie klu di bakar isi dia lebih manis... cubalah... sy selalu beli mentarang ni dekat tepi jalan on the way nak ke tanjung dawai...

Umaira Umar said...

sedap sgt..biasa beli kat sabak benam...sbb rmh my PIL kat t.intan...pernah masak steam je...sedapnye bukan main...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com