Wednesday, January 13, 2010

Bingka Kacang Soya Berkismis

Buat bingka ni disebabkan sayang nak buang hampas kacang soya yg dibuat air. Daripada membazir dibuang begitu saja kerana hampas tersebut pasti masih byk kandungan protein & seratnya sudah tentu.... jadi ku fikir lebih baik reka sesuatu.. so inilah hasilnya... memang sedap...


BINGKA KACANG SOYA BERKISMIS
Sumber : MaDiHaA

Bahan2
2 cawan kacang soya kisar (kacang soya lebihan dibuat air)
3 ½ cawan tepong gandum
2 cawan santan
3 biji telur (gred A)
1 cawan gula pasir
2 sudu besar marjerin ~ cairkan
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan kismis hitam


Cara2 Membuatnya
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas (kecuali kismis hitam) sehingga rata dengan menggunakan whisker.
2. Panaskan oven suhu 175ºC.
3. Sediakan loyang bingka dengan menyapu dasar & tepinya dengan sedikit marjerin.
4. Tuangkan adunan bingka ke dalam loyang. Taburkan kismis sehingga rata (mungkin kismisnya akan mendap ke bawah nanti.. takper biarkan je..)
5. Bakarlah bingka selama 45 minit atau sehingga kuih masak (bergantung bentuk loyang yang digunakan.. untuk tau kuih dah masak.. boleh uji dengan lidi penguji kuih.. jika ia keluar bersih.. maknanya kuih dah masak)
6. Sejukkan bingka sebelum dipotong.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...