Tuesday, September 30, 2014

Cendawan Sisir Goreng Pedas

Assalamualaikum & salam sejahtera....
 
 
Masak cendawan sisir atau juga dikenali sebagai cendawan kukur ni dah agak lama jugak ni.  Cuma tak sempat nak update je.  Tak terkejar rasanya nak update blog dua tiga kali sehari.  Dapat sehari sekali pun kira okay dah.  Itupun.. ambik gambar mana2 yang rasa menarik aje. Mana yang masak campak2 tak kuasa nak ambik gambar.. hihi..
 
Sekarang ni dah jadi gemar pulak dengan cendawan sisir ni.  Mula2 nak masak dulu macam takde selera tengokkan warna cendawan sisir ni.. tambah pulak cendawan yang dah dikeringkan tu... Bau pulak maung semacam... Tapi sekarang ni.. dapat lauk ni je pun dah cukup menyelerakan. hihihi... dah memang tekak asal tekak orang kampong kan? Walaupun benda yang tak pernah makan.. tetap boleh diterima tekak apabila diperkenalkan dengan satu2 menu kampong... Sebab kampung MaDiHaA tak se'pior' kampong suami.. Banyak juga menu2 kampong yang tak pernah MaDiHaA jumpa.. diperkenalkan oleh suami.. dah jadi kegemaran MaDiHaA sekarang.. hehe.. MaDiHaA pulak.. banyak perkenalkan suami dengan menu2 western yang dia jarang atau tak pernah makan dulu2.. sekarang pun dia dah pandai makan & boleh terima masakan ala2 western yang MaDiHaA masak. Gitulah kami saling belajar & saling menerima pembaharuan dalam hidup masing2.  Dah lebih 15 tahun dah pun.. alhamdulillah serasi la gamaknya tu...  hehe..
 
 
Cendawan Sisir Goreng Pedas
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
3 cawan cendawan sisir/kukur yang dikeringkan
5 ulas bwg merah*
2 ulas bwg putih*
15 biji cili padi*
1 cm kunyit hidup*
segengam ikan bilis ~ dibersihkan
2 batang serai ~ ketuk
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Cara Menyediakan
1. Cendawan dibersihkan. Kerat jika ada bahagian yg keras pd umbinya. Rendam cendawan dalam sebesen air.. sauk cendawan yang timbul dengan tangan supaya habuk2 jatuh ke bawah. Buat 2 atau 3 kali.. kemudian jirus air lalu dan tos. Tumbuk cendawan separa lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Kemudian masukkan bilis dan tumbuk lagi separa lumat bilis tersebut.
3. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk serta serai hingga wangi. Masukkan garam dan bahan perasa. Kacau biar sebati.
4. Masukkan cendawan dan goreng / kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi putih & ikan masin.... memang menyelerakan.


Selamat mencuba!

5 comments:

LiNa_Pg said...

Assalam kak madihaA..kulat sisir ni dimasak apa sekali pun mmg sedap...masak lemak, goreng dgn telur pun sedap...Tapi susah yg aman nak dapatkan kulat sisir....cam banyak jer stok tu...hulur2 la sket kikiii...Terliuq cheq nengoknya hihiii

Fazleyatul Aini said...

sedapnya
saya suka cendawan sisir ni

mama sara nur said...

Assalam
Kulat sisir msak pe pun best kan yummy
Dulu asal lepas pokok getah tumbang je berebut kita g kutip hehee
Seronok sgt time tu

Amie said...

Bila agaknya saya nak jumpa kulat sisir di Sabah ni he heheh... padahal masa kecik2 dulu pantang je lepas hujan, kami adik beradik mengutip di batang pokok getah mati, lepas tu cari pakis udang, bawa balik rumah emak masak... adeeehhh sedapnya ya ampun!

zana fahmi said...

Ni cendawan busut ye? Susah nak jumpa kat sini. Tekak kg pun pandai pilih juga Madiha...hehe...tgk akk ni, bnyk tak mkn,jakun lg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...