Wednesday, November 4, 2015

Daging Kentang Kicap

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Menu simple kegemaran anak-anak pulak hari ni... kalau terasa nak pedas2 sikit bolehlah ketuk cili padi 2, 3 biji campak dalam kuali.  Jom layan resepi mudah ni...


 
Daging Kentang Kicap
Resepi : MaDiHaA

Bahan2
450 gm daging ~ hiris
2 biji ubi kentang ~ hiris tebal & goreng hingga keperangan
1/2 biji bawang besar ~ belah 4/6
2 biji cili hijau ~ potong serong tebal
1 keping asam gelugur
1/2 cawan kicap lemak manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat/karamel masakan
minyak masak untuk menumis
500 ml air (ikut jenis daging)

Bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia ~ hiris nipis
1/2 biji bawang besar ~ mayang
2 ulas bawang putih ~ mayang

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak & tumiskan bahan tumis sehingga wangi.  Masukkan daging yang dihiris & kacau rata.  Masukkan air secukupnya untuk empukkan daging. Jika guna daging batang pinang... kurangkan airnya, tetapi biar berkuah sikit jangan kering ye.
2. Bila daging empuk, masukkan kentang goreng, kicap, sos tiram, kicap pekat, asam gelugur, bawang besar & cili hijau. Kacau rata hingga sebati & kuah mendidih kejap.  Matikan api & boleh hidangkan.

Selamat mencuba!

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Macam nak masak jer Madihah..
Dalam petiais tu ada lagi daging korban huhuhu.,
Bila lah nak dimasak tu..

lieyalatif said...

ini laa buat bertambah nasi kak....sedsap nieh...peberet anak2 kalo masak kicap2 gini..... rasenye esok nak buat masak kicap lah...tapi daging takde...lieya buat ayam jek laa...gune resepi akak nieh....

Syazana Jamaludin said...

Mak saya pun selalu masak macam ni tapi berkuah sebab ayah suka makan makanan banyak kuah.

Tgok tau dah sedap ni. :)

TukangKebun said...

Jap lagi nak cuba gak masak kicap ni.
Daging dah standby keluar.
cuma teragak nak testing pakai ubi keladi okay ke tidak.

iriana dewi said...

keliatannya sangat enak sekali , jadi ingin sekali untuk menyobanya !!

Obat Tradisional Hepatomegali

Rizkian Adi Putra said...

Aku ingin membuatnya di rumah, izin untuk menyalin resep !!

http://obatgondoktradisional.jellygamatluxor.biz/pengobatan-terbaik-untuk-sinusitis/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...