Monday, November 16, 2015

Damailah kau di sana....

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Lamanya tak update kedua2 blog.  Semangat seakan hilang seketika untuk berceloteh dalam blog ni.  Sebenarnya.. kami baru saja kehilangan seorang anak sepupu sebelah en. suami yang sama2 satu sekolah dengan anak sulung MaDiHaA.  Sayu rasa hati bila baya2 anak sendiri pergi dulu meninggalkan kita.  Selama 33 hari arwah terlantar koma di Hospital Temerloh selepas kemalangan.  Selama itu jugalah keluarganya berkampong di hospital kerana jarak rumah mereka terlalu jauh kerana rumah mereka di Raub.  Hospital Raub terpaksa transfer arwah ke Temerloh sebab masa tu arwah dalam keadaan kritikal & mungkin di Hospital Raub kekurangan peralatannya.  


Apa pun.. sudah tertulis hanya setakat itu & akhirnya arwah pegi juga meninggalan kami semua pada 5hb November 2015 selepas 33 hari koma di ICU.  Semoga arwah Annas Najmi bin Mohammad Faizil tenang di sana & semoga ditempatkan di kalangan insan beriman.  Sebak rasa hati masa melihat jenazah arwah disolatkan & diimamkan oleh guru kelasnya sendiri.  Kawan2 arwah dari SMA Al-Falah juga datang berkunjung termasuk guru besarnya & beberapa guru pengiring yang lain.  Dikebumikan pada hari Jumaat sebelum solat Jumaat.  Alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan...


Damailah kau di sana wahai Annas.....Takde dah orang yang boleh tengok2kan kakak Dini kat sekolah...

6 comments:

norhidana miswan said...

alfatihah bt arwah... moga rohnya dicucuri rahmat....

nayfatimah rasyid said...

'dari Dia kita datang dan dari Dia jua kita kembali '. al-fatihah

Saifalmuqmin Sulaiman said...

Al fatihah
Semoga rohnya tenang disana

Saifalmuqmin Sulaiman said...

Al fatihah
Semoga rohnya tenang disana

Rizziela said...

Alfatihah utk arwah Annas.. Anak syurga

cikmanggis said...

Innalillah.....jannah tempatnya.Takziah madiha.Turut rasa sedih bila bayangkan hampir sebaya dengan anak bongsu kaknah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...