Thursday, December 10, 2015

Gulai Lemak Telur Itik Dengan Pucuk Ubi

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pucuk ubi ambil kat rumah ma tempohari dapatlah MaDiHaA gulaikan campur dengan telur itik. Nak masak pucuk ubi saja nampak macam sikit je.  Gulai telur itik ni kegemaran en. suami.  Kerap perhatikan dia bila makan kat luar asal ada gulai lemak telur itik mesti dia cedok... hihi.. Alhamdulillah bila masak sendiri ni pun berselera dia makan.

Resepi biasa2 je... tapi MaDiHaA kongsi jugak untuk rujukan sendiri & anak2 satu hari nanti...


Gulai Lemak Telur Itik Dengan Pucuk Ubi
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan
1 cekak pucuk ubi kayu ~ ambil daunnya sahaja
4 biji telur itik ~ cuci bersih kulitnya

800 ml air
1 kotak kecil/200 ml santan kotak
Sedikit kunyit serbuk
2 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur
Serbuk perasa jika suka
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk lumat
2 inci kunyit hidup
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
10 - 15 biji cili padi

Cara menyediakan
  1. Celur pucuk ubi sehingga daunnya empuk. Nak tau empuk atau belum, ambil sedikit daun yang direbus & cuba putuskan. Jika senang putus bermakna pucuk ubi sudah empuk. Sekiranya terasa susah putus teruskan rebus sehingga empuk. Bila empuk toskan airnya & tunggu sejuk sekejap. Potong-potongkan sikit pucuk ubi jika suka.
  2. Dalam periuk, tuangkan santan serta masukkan bahan tumbuk, serai, sedikit serbuk kunyit serta sedikit garam & didihkan santan hingga mendidih.
  3. Perlahankan sedikit api. Pecahkan telur itik satu persatu ke dalam periuk & biarkan telur membeku sambil dikacau2 perlahan supaya telur tak pecah. Sebaiknya pecahkan telur itik dalam mangkuk yang kecil dahulu sebelum tuangkan dalam periuk untuk mengelakkan terkena telur yang busuk. Bila telur dah beku, masukkan asam gelugur & pucuk ubi tadi. Rasakan kuah jika perlu tambahan garam & bahan perasa jika suka. Masaklah hingga kuah mendidih & secukup rasa. Hidang dengan nasi putih & lauk2 sampingan yang lain.
Selamat mencuba!

6 comments:

norhidana said...

perkkkh mengoda tergoda.... tlr tuh kalu dpt mkn syok nyer layan

TukangKebun said...

Diana belum pernah cuba lagi campur pucuk ubi dan telur itik.
Walhal kedua-duanya ada dalam kebun.
Thank you kak for sharing ideas.

Agen Resmi Balikpapan said...

kelihatannya sangat enak sekali masakannya !!

Obat Tradisional Tuntaskan Kista Ginjal

Unknown said...

assalam...sedapnya..semua sedap terliur.insyaAllah ada masa free nanti nak try juga
tumpang iklan ye tuan rumah

Gelang tangan Ala Pandora mutiara sabah khas untuk wanita yang sukakan barang perhiasan menyerlah kan gaya dan kecantikan si pemakai.
❌Bukan rm300
❌Bukan rm200
❌Bukan rm100
Tapi sekarang nak bagi harga best πŸ‘πŸ‘ Hanya Rm 20.00 sahaja.πŸ˜ƒ
Harga asal rm 25
✈ Semenanjung rm 10
✈Pos laju sarawak rm 8
🚚 pos laju sabah rm 6
πŸš—COD area kotakinabalu dan putatan
Berminat boleh whatsapp:πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½
010-9796002
Serlahkan Kecantikan Anda dengan Gelang Ala Pandora di buat dari besi stanless steel,batu sawarosky ball dan mutiara sabah
Jom oder Emotikon like

Unknown said...

Keliatannya sangat enak sekali , jadi tidak sabar untuk menyobanya !!

Pantangan Makanan Penderita Penyakit Tuberkulosis

Pantangan Makanan Penderita Penyakit Liver

Pantangan Makanan Penderita Penyakit Perut Kembung

siti noorma said...

Tqvm. Nanti nak cuba insyaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...