Monday, December 7, 2015

Ayam Kapitan

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Apa khabar semua? Semoga silent reader semua sihat2 hendaknya. Hari ni MaDiHaA nak kongsikan resepi yang sangat sedap ni.  Resepi olahan Chef Wan kita yang MaDiHaA ambil dari buku beliau.  Menggunakan bahan2 ala rendang cuma beza resepi ini tidak dimasukkan kerisik.  Mudah nak menyediakan & insyaAllah sedap.  Silalah mencuba jika ada yang teringin, resepinya MaDiHaA dah rajinkan diri menaipnya satu persatu.




AYAM KAPITAN

Resepi : Chef Wan

Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna



Bahan2
Minyak masak secukupnya          
1 ekor ayam aggaran 1.5kg ~ dipotong sesuai selera
500 ml santan dari sebiji kelapa
1 sudu besar asam jawa ~ campur sikit air ambil pes
3 helai daun limau purut ~ koyak2kan (resepi asal dikisar sekali dengan rempah pes tu.. tp MaDiHaA masukkan yg koyak2 je)
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa


Bahan Pes Rempah
20 biji cili kering ~ dipotong, rebus & tos
6 biji buah keras
2 labu bawang besar
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
½ inci kunyit hidup
½ inci lengkuas
½ inci halia
3 batang serai ~ hiris


Cara menyediakan
  1. Bersihkan & hiris bahan2 pes rempah & kisar sehingga halus.
  2. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar tadi hingga wangi & naik minyak. Masukkan ayam dan kacau rata.  Guna api seberdana & tutup kuali dengan penutup dan biar ayam masak selama 10 minit.
  3. Masukkan santan serta air asam jawa sambil dikacau rata & biarkan mendidih. Masukkan daun limau purut, garam, gula & serbuk perasa secukupnya & renihkan ayam hingga empuk. Biarkan kuah agak pekat & secukup rasa. Hidang dengan nasi putih.
Selamat mencuba!

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Perghhh sedapnya Madihah..
Makan dgn nasi impit pun sedap ni..
Akak nak cuba jugaklah :)

norhidana miswan said...

sdpnya kak... nyum3

adda syuhada said...

wowww..
Rasa nak ambil semangkuk tu ..
suka sangat dgn ayam cmtu :)

izahdaut said...

assalamualaikum kak diha.. salam kerinduan. wah. menarik resepi ni. boleh dicuba cuma buah keras xde di dapur. yg lain ada.. ada masa boleh dicuba resepi ni.

agen resmi Balikpapan said...

kelihatannya sangat enak sekali masakannya !!

Obat Tradisional Tuntaskan Kista Ginjal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...