Assalamualaikum & salam sejahtera...
Sekarang ni masak kari dah jarang masak versi bersantan. Sebab dah jatuh cinta dengan kari mamak yang tak gunakan santan. Jimat santan satu, satu lagi ianya lebih menyihatkan. Resepi kari ni asalnya dari resepi kari kepala ikan ala mamak sumbangan Ana Elianas. Sampai sekarang dok masak guna resepi Ana ni. T.kasih banyak2 pada Ana kongsi resepi ni. Hinggakan masak untuk tempahan pun MaDiHaA guna resepi ni juga. Cuma MaDiHaA olah kuantiti bahan2 ikut keperluan waktu memasak. Memang sangat berjasa. Mudah2an pahalanya mengalir pada empunya asal resepi ini. Aaminn..
Kali ni MaDiHaA masak guna ikan kembong je. Takde stok kepala ikan so guna ikan apa yang ada. Tekak ni tetiba rasa nak makan kari ikan. Letak kacang bendi banyak2... wallah!!!
KARI IKAN ALA MAMAK
Resepi asal : Ana Elianas
Telah diubah suai oleh : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
3 ekor ikan kembong saiz besar (guna ikan lain pun boleh)
5 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar cili kisar/ serbuk cili
Bahan2 Kisar
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam)
Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih
daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit (MaDiHaA guna 2 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya)
garam secukup rasa
5 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar cili kisar/ serbuk cili
Bahan2 Kisar
1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam)
Bahan2 Mayang
1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih
daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit (MaDiHaA guna 2 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya)
garam secukup rasa
air secukupnya utk kuah
Bahan Rampai
Terung bulat
Bahan Rampai
Terung bulat
Kacang bendi
Cili hijau
Buah tomato
Cara Menyediakan
Cili hijau
Buah tomato
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari...jgn ceraikan daun tu..sbb batang daun kari tu akan memberi aroma yg sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.
2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.
3. Setelah mendidih, masukkan terung bulat. Masak sampai agak2 terung lembut barulah masukkan bendi & ikan. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Paling akhir masukkan tomato. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah. Bila bendi lembut bolehlah matikan api.Sedia utk dihidangkan.
Selamat mencuba!
4 comments:
sedapnya bendi banyak-banyak macam tu... terliur tengok
Asklmwkth madihah,salam kenal.sedap kari ala mamak tanpa santan ni..ogy pun memang kurang pengambilan santan.kesihatan kena la jaga dah berumur ni...
Nie untkk bpa org mkn
Dh try... sedap,mohon share yer madihaa
Post a Comment