Wednesday, October 27, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak

Sesekali layan menu orang Temerloh plak ye... hehehe.. Bebaru ni cik abang ku beli ikan patin ni sekor.. separuh ku gulai tempoyak & separuh lagi digoreng garing & buat sambal cilipadi pedas2... Kalau masak tempoyak.. aku tak berapa suka sangat.. tapi yang disambal pedas2 dengan cili padi tu boleh gaklah layan tapi sikit2 jelah... Tak tau kenapa tekak ni tak berapa boleh terima ikan patin ni.. bukan nak sombong dengan ikan sungai.. sebabnya ikan2 sungai yang lain aku boleh makan.. tapi dengan patin ni tak berapa sangatlahh.. kalau masak patin lebih2 kalau digulai tempoyak.. jawapnya.. cik abang sorang jelah yg makan.. hehehe..

Resepinya ikut cara mertua ku yer.. maklumlahh.. kalau belah family aku bab2 ikan sungai ni memang tak pandai sangat... belah mertua memang terer ler maklum ler rumah pun dekat dengan sungai.... hehe..

Bahan2
1 ekor ikan patin ~ potong & bersihkan
1 sudu besar asam jawa
20 ~ 30 biji cili padi (bergantung kepedasan yg anda mahu)
1 buku kunyit hidup (lebih kurang 2 inci)
3 sudu besar penuh tempoyak
1 helai daun kunyit atau daun kesum (mana2 pun boleh)
1 kuntum bunga kantan..
air secukupnya
garam secukupnya

Cara menyediakan
1) Ikan patin dibersihkan & digaul dengan sesudu besar asam jawa yang diramas bersama sedikit air. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih.
2) Tumbuk cili padi, kunyit hidup hingga lumat.. masukkan tempoyak dan tumbuk & adun rata.
3) Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan bancuh dengan air. Masukkan air secukupnya.
4) Jerang di atas api lalu dimasukkan daun kunyit atau kesum dan bunga kantan serta garam secukupnya.
5) Masukkan ikan dan masak hingga ikan masak & secukup rasa. Kepekatan kuah ikut selera masing2 ye.

Ini yang dimasak dah lama dulu... versi yg agak pekat.. kat atas tu versi agak cair.. ikut selera masing2lah ye..
Selamat mencuba!

Tuesday, October 26, 2010

Roti Kismis Prun Quaker Oat

Beberapa hari lepas buat roti ni untuk breakfast... Simpan resepi dah lama dah.. tapi tertunda2 dek kesibukan. Entah apa yg sibuk sangat kat rumah tu pun tak tau ler.. maklum ler.. siang bekerja.. mlm pulak bergegas jalankan rutin harian sebagai suri rumah pulak.. kerja orang perempuan kat rumah tu.. kalau nak disiapkan.. sampai pukul 12 tengah malam pun tak siap2 kan? Lagi2 untuk ibu2 yang bekerja.. mmg byklah tugas2 yg hanya dapat dibuat selepas pulang dari kerja ataupun pada cuti hujung minggu itupun berselang selikan dengan melayan kerenah anak2.. kecualilah ibu2 bekerja yg punya maid kat rumah.. hehehe.. (nak employ maid kami tak mampu.. nasib badanlah kan.. hehehe)

Okeylah.. resepi ni aku ambil dari blog Rose Jintan Manis.. terima kasih ye Rose... juga dikenali sebagai Onigiri dalam Myresepi.. Sedap roti ni.. lembut je teksturnya walaupun dah sejuk.. tapi dengan syarat kenalah simpan dlm bekas bertutup atau plastik dengan kemas.. jangan biarkan terdedah pd udara.. Rose buat dalam bentuk loaf.. tapi aku buat jadikan bun aje.. senang anak2 nak ambil tak payah nak potong2.. mintak halal ye Rose akak copy & paste resepi kat blog akak...

Sumber : http://jintanmanis.com/roti/22-rotikismispurnequakeroat (Rose Jintan Manis)

Bahan-bahan ( satu sandwish loaf )
250 gram tepung roti (tepong high protein)
1 biji telur
½ cawan kismis
½ cawan quarker oat
4 biji dry prune ( dipotong nipis)
140 ml susu segar @ air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner atau bread improver (MaDiHaA guna 1 s/k bread soft improver (2 in 1))

Cara-cara
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan, kecuali kismis dan hirisan prune, kemudian pilih menu Dough dan On je, jika takde BM, masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Bila doh dah lembut dan elastik baru masukkan kismis dan hirisan prune tadi, uli lagi. Kalau takde BM boleh guna cara saya ni Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan lipat tiga, letak di dalam sandwish loaf. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air. Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
4.Bila dah siap dibakar keluarkan dari oven dan glis dengan marjerin, untuk mendapatkan permukaan yang berkilat.
5.potong roti sandwish ikut kepingan yang disukai, tak kisah nak potong 8 ke 6 ke 5 ke jangan terlalu nipis ye.
6.kalau doh nak dijadikan bun boleh juga, tapi kena kurangkan masa membarkar tu jadikan 20 atau 18 minit je (MaDiHaA bakar 15 minit aje ~ suhu 175C), yang pastinya roti ni memang mengenyangkan.



Selamat mencuba!

Cendawan Tumis Air


Cendawan salah satu sayur feberet kami sekeluarga... masak sekilo pun boleh habis anak beranak.. huhuhu... buat masa ni.. cuma si kecik je tak reti lagi makan cendawan mungkin sebab cendawan tu berurat mcm tu.. so bila dia kunyah agaknya susah dia nak melumatkan cendawan tu agaknya.. (sebab tu kalau masak kena campur carrot sebab si kecikku Alin sangat2 suka dengan sayur lobak merah ni... dah kategori peminat carrot tegar)  Kalau masak pulak.. tak kisah samada di tumis macam ni ataupun sup, campur dalam tomyam, masak kacau goreng ataupun digoreng deep fry... semuanya laku... nampaknya ayah kena buka kebun cendawan nih.. hehe..

Resepi sempoi aje..

Bahan2
500 gm cendawan tiram ~ yg besar2 tu disiat2 kecil
1 batang lobak merah ~ potong ikut suka ~ cuci bersih
½  kiub bilis
garam & perasa
sedikit renjisan lada sulah
sedikit minyak untuk menumis
Air untuk kuah (tak perlu banyak kerana cendawan akan keluarkan airnya sendiri)

Bahan ditumbuk halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang  putih

Cara Memasak
1. Cendawan dicuci bersih & perah air yg menyerap.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang yg ditumbuk. Masukkan air, kiub bilis & biarkan mendidih.
3. Masukkan carrot & diikuti cendawan biar mendidih. Perasakan dengan garam, serbuk perasa & lada sulah secukupnya. Siap utk dihidangkan.

Monday, October 25, 2010

Paru Sira Pedas

















Jarang benar aku masak organ dalaman mcm paru nih... tapi bila mr. hubby beli.. terpaksa jugaklah memasaknya... Dari segi rasa.. masih boleh diterima tekak benda2 mcm ni.. cuma.. dari segi kesihatan.. tak berapa elok sangat makan organ dalaman haiwan ni.. terutama bg yg ada masalah darah tinggi, kolesterol tinggi, gout & sebagainya... kalau teringin jugak nak makan.. rasa sikit2 sudahlah.. hehehe..

Untuk resepi paru kali ni.. aku masak sira pedas kering2 aje sebab hubby cakap dia lebih suka kalau paru tu rangup2 sikit.. uihhh.. tak dapat ler nak bagi rangup sepenuhnya.. sebab bukan senang nak hiris nipis2... selalunya aku masak paru ni bersambal & basah2 sikit.. tp sira kering2 & pedas2 mcm ni not bad jugak...

Resepi jika ada yang ingin mencuba..

Bahan2
800 gm paru
garam & serbuk kunyit secukupnya
1 s/k gula
1 s/k garam
½ s/k serbuk perasa
1 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya


Bahan2 Ditumbuk Halus
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
30 biji cili padi
1 inci kunyit hidup

Cara2 Menyediakan
1. Paru dibersihkan & potong ke bahagian lebih kecil (jangan kecil sangat) & rebus hingga bertukar warna & masak anggaran 30 minit.
2. Toskan paru & sejukkan. Bila dah sejuk, hiris paru nipis2 mengunakan pisau yang tajam. Gaul hirisan paru dengan serbuk kunyit & garam.
3. Panaskan minyak yang banyak lalu gorengkan paru sehingga garing. Angkat & toskan. (Goreng kepada 2 atau 3 kali.. jangan gorengkan sekaligus nanti paru lambat garing).
4. Dalam kuali yang lain panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan asam gelugur, garam, gula & aji. Gaul rata. Masukkan paru goreng tadi dan digaul rata2.. Hidangkan panas2 ketika masih rangup.





















Selamat mencuba!

Friday, October 22, 2010

Rendang Percik Ayam

Ada masa terluang sikit.. so update resepi lauk pulak... lauk yang dimasak dah berkurun lamanya.. hehe.. biasalahkan.. kesibukan terlampau masa lepas2 raya tu.. tengok sajalah entry bulan lepas.. cuma ada 4 entry saja.... kata orang Trengganu.. 'dok dang sokmo'.. (sering aje tak sempat) hehehe...

Resepi ringkas saja... idea datangnya dari makcik ku... tapi nama resepi ni aku sendiri yang reka sebab masakan ni persis seperti percik.. cuma tak perlu dibakar ayam tu.. lebur saja seperti kita merendang ayam..


Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong kecil spt nak buat rendang
5 batang serai ~ hiris nipis2
5 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil halba
2 sudu kecil gula merah/gula perang
1 keping asam gelugur yg kecil
3 cawan santan atau secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis


Bahan2 Dikisar Halus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara2 Memasak
1. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bahan2 kisar serta serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam, garam, gula merah, serbuk perasa & halba. Kacau sebentar agak2 ayam bertukar warna, masukkan santan & asam gelugur. Kacau sentiasa hingga kuah pekat & ayam masak.
3. Hidangkan panas2 dengan nasi putih atau pulut kuning.

Selamat mencuba!

Laksa Lemak


Salam Jumaat semua....


Masa SIL (yg bagi mangga muda tuh) datang beraya tempohari.. sempat gak aku buat laksa lemak untuk dia.. Sebenarnya memang tekak ni teringin nak makan.. tak puas makan laksa lemak masa pegi  beraya rumah sepupu kat Trengganu aritu (cerita ada dlm fotopages).. buat utk SIL ni pun dah 2nd time ler..  kira dah berturut hari jugaklah buat laksa ni.. sebab hari sebelumnya tu dah buat dah sekali.. siap boleh bagi kat jiran lagi... anak2 tak cukup mintak dibuat lagi.. disebabkan ikan rebus masih banyak.. aku pun buatlah lagi 2nd time.. alang2 SIL pun nak dtg dgn kawannya... kawannya pulak ore Kelate... memang molek benarlaa..  kawannya siap makan laksa dengan tangan lagiiii... memang gitulah cara orang2 tua dulu2 belah Trengganu atau Kelantan makan laksa lemak ni.. arwah ayah aku dulu pun lebih suka gunakan tangan bila makan laksa lemak ni... org2 muda zaman skrg je yg akan rasa pelik bila nampak org mkn laksa guna tangan lebih2 yang dok kat bandar ni.. hehe..  hmmm.. kalau sapa2 makan laksa lemak guna tangan tu.. kiranya memang piorlah dia tu org Trengganu / Kelantan..  hehehe..  Nak tau kenapa makan laksa lemak kena guna tangan? Sebab... senang nak perah asam limau & nak hancurkan & gaul belacan dalam kuah tu.. hehehehe...

Resepi ni sangat mudah.. ada macam2 versi jugak.. tak kisah.. yang penting sedap..
Bahan2
1 kilo laksa segar ~ rendam dalam air panas seminit kemudian di toskan.
atau
1 pkt laksa kering ~ direndam dan direbus hingga lembut
atau
boleh juga buat laksa sendiri... (lom pernah wt sendiri laksa... cuma pernah tgk ma buat dulu2)

Bahan2 Kuah Laksa
600 gm ikan kembung/ikan selayang ~ bersihkan & rebus + 3 keping asam gelugur + 1 s/k garam + 1 cwn air
6-7 ulas bawang merah ~ belah 4
2 sudu kecil lada hitam ~ tumbuk halus (boleh ganti dgn lada sulah jika nak kuah cantik)
1 biji kelapa/ 1/2 kg santan pekat + air lagi ~ ambil santan secukupnya (agak2 ikut kepekatan kuah)
2 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan ~ belah 4 (optional)
garam & serbuk perasa
tambah air ikut kepekatan kuah

Bahan2 Ulam & Sampingan Yang Lain
Belacan bakar
Garam halus
Cili kering + cili merah giling (MaDiHaA blend jer)
Timun ~ hiris halus memanjang
Kubis ~ hiris halus
Taugeh ~ buang akar
Kacang Panjang ~ hiris halus (takde stok)
Limau nipis 

Cara2 Menyediakan Kuah Laksa
1. Asingkan isi ikan dari tulangnya.  Kisar isi ikan + bawang merah + air sikit hingga halus.  Tuang dalam periuk.
2. Jika suka.. boleh blend tulang/kepala ikan rebus tadi dengan air & tapis 2 kali sebelum dimasukkan ke dalam periuk kuah.  Jika tak suka.. abaikan step ini.
3. Masukkan santan ke dalam periuk secukupnya. (Jika masih pekat boleh campurkan lagi dengan air)  masukkan dlm periuk kuah tadi asam gelugur, bunga kantan serta garam & perasa.  Masak hingga mendidih & secukup rasa sambil sentiasa dikacau. Tutup api dan sedia dihidangkan.


Nota MaDiHaA :  Semasa nak makan laksa... taburkan atas laksa dengan ulaman, cili & sikit belacan.  Perahkan asam limau & hancurkan belacan dalam pinggan kemudian digaul rata. Rasakan masinnya.. jika kurang masin.. boleh tambah lagi serbuk garam sebelum makan. Kalau ikut cara orang Trengganu atau Kelantan.. semasa masak kuah tak perlu letak garam.  Garam diletak semasa nak makan. Maksudnya.. sapa nak makan.. kena ambil sendiri garam ikut citarasanya sendiri. Tapi dalam resepi tu MaDiHaA terus masukkan garam.. & jika ada sesiapa yang 'kuat masin' bolehlah tambah lg garam semasa atas darat.


Selamat Mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...