Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, October 22, 2010

Rendang Percik Ayam

Ada masa terluang sikit.. so update resepi lauk pulak... lauk yang dimasak dah berkurun lamanya.. hehe.. biasalahkan.. kesibukan terlampau masa lepas2 raya tu.. tengok sajalah entry bulan lepas.. cuma ada 4 entry saja.... kata orang Trengganu.. 'dok dang sokmo'.. (sering aje tak sempat) hehehe...

Resepi ringkas saja... idea datangnya dari makcik ku... tapi nama resepi ni aku sendiri yang reka sebab masakan ni persis seperti percik.. cuma tak perlu dibakar ayam tu.. lebur saja seperti kita merendang ayam..


Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong kecil spt nak buat rendang
5 batang serai ~ hiris nipis2
5 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil halba
2 sudu kecil gula merah/gula perang
1 keping asam gelugur yg kecil
3 cawan santan atau secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis


Bahan2 Dikisar Halus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara2 Memasak
1. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bahan2 kisar serta serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam, garam, gula merah, serbuk perasa & halba. Kacau sebentar agak2 ayam bertukar warna, masukkan santan & asam gelugur. Kacau sentiasa hingga kuah pekat & ayam masak.
3. Hidangkan panas2 dengan nasi putih atau pulut kuning.

Selamat mencuba!

3 comments:

Lin Rosly said...

Salam Ratna...
Tersangatlah Menyelerakan...Makan Dg Nasi Cicah Dengan Roti Pon Sodap!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnyer..nak buat lah,ermmm terliur.

Sari Yusa Ibrahim said...

warna kuahnya tu bagai memanggil2 untukku melekat di skrin lappy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com