Assalamualaikum & selamat pagi kepada semua readers sekalian...
Terima kasih kerana masih sudi jenguk2 sini... Harap kalian semua sihat2 belaka hendaknya...
Mula2 tadi ingat nak pos entry sama dengan Izah... tapi nampaknya kena tukar fikiran pulak sebab nak kena habiskan dulu kesinambungan entry sambal asam ikan aye kat bawah tu dulu... karang tak best pulak kalau entry diselang selikan.... hehe.. sori ehh Izah....... esok2 lah kot akak masuk entry yang sama ngan Izah tu.... cian gak kat gambor tu punya lama dok tunggu giliran.. entah kenapa lambat pulak tiba giliran dia.. tuan rumah ni kadang2 pos entry tak ikut giliran.. ikut suka2 hati je masuk entry.. yang masak dah lama dibiarkan.. yang baru buat kadang tu didahulukan.. hehe...
Oklah.. nilah dia gandingan sayur yang dimakan dengan Ikan Aye Sambal Asam Trengganu kat bawah tu... Sedap betul...! Memang gandingan yang serasi.... Anak2 pun suka sayur ni...
Kat bawah tu resepinya kalau ada yang nak mencuba.. rasanya tak ramai yang berani nak makan sayur petola ular ni mungkin sebab tak tau nak masak atau tak biasa makan. atau mungkin jugak takut bila dengar gelaran nama 'ular' ada kat belakang tu... hehe.. tu sebenarnya sekadar nak membezakan dengan petola biasa atau petola segi tu.. kalau sebut petola aje nanti orang ingat petola yg ada segi2 tu. Sayur petola ular ni biasanya kaum India yang suka sangat. Bagi aku.. memang suka mencuba apa saja jenis sayuran.. nak pulak kalau sayur yang pelik2 tu lagilah teringin nak tahu macamana rasa.. Lagipun.. sayur petola ular ni aku dah biasa makan dari budak2 lagi sebab masa tu arwah ayah pernah tanam sayur ni & macam2 sayur lain lagi kat kebun dia... Rindu sungguh bila kenang semula kenangan ayah masa berkebun dulu.. huhu.. Ehh... dah jauh pulak layan perasaan ni.. oklah.. meh layan resepi yer... kalau family kecik tu.. masak 1 batang petola ular pun dah cukup rasanya.. so.. pandai2lah ejas2 atau bahagi dua resepi tu yer.. family kitorang ni memang 'hantu sayur' pasal tu masak banyak..
Petola Ular Goreng Belacan & Telur
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
2 biji/batang petola ular (yang panjangnya kira2 18 inci setiap satu)
2 biji telur
minyak masak secukupnya
garam & serbuk perasa secukupnya
1 cawan air
Bahan2 tumbuk
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
5 biji cili padi
½ inci belacan
Cara2 Menyediakan
1. Petola ular hendaklah dikikiskan kulit luarnya dengan menggunakan pisau sehingga bersih. Potong pepat petola anggaran 1 inci/ 2 cm tebal. Potong sehingga habis. Masukkan air ke dalam besen berisi petola ular tadi dan cuci bersih dengan menyaring petola menggunakan tangan ke dalam tapisan sayur. Cucur air paip & tos.2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi & garing. Pecahkan telur & biarkan seketika sehingga telur beku sikit lepas tu baru kacau2 sikit.
3. Masukkan garam (jangan terlajak sebab dah ada belacan tu) & perasa secukupnya & kacau rata. Masukkan sayur petola & air sambil dikacau rata. Biarkan sehingga petola empuk sikit. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah. Tutup api & sedia dihidangkan.
Jemput makan !





















