Salam & selamat petang...
Dah sampai pun ke penghujung minggu. Sekejap jer masa berlalu.. Sedar tak sedar.. rupanya si kecik ku Alin dah nak masuk 2 tahun dah esok. Rasa macam baru je lahirkan dia... kesan 'operation' pun masih terasa ngilu lagi... hehe.. dialah sorang2nya anak yg lahir ikut tingkap.. entah ngapa tak jumpa pintu gamaknya.. hehe.. takperlah ibu sanggup buat apa saja demi keselamatan Alin... yang penting Alin lahir dengan selamat. Dah besar dah anak ibu yer.. & dah pandai berkata2 (yang kadang2 menggunakan bahasanya sendiri.. hehe). Happy birthday sayang.. Ibu doakan semoga Alin menjadi anak yg baik & berbudi pekerti mulia... menghormati orang tua, ingat padaNYA selalu, rajin belajar, dirahmatiNYA di dunia & di akhirat hendaknya.. Amin... )
p/s: ibu beri ucapan awal2 sebab esok tak sempat nak masukkan n3... hehe...
p/s: ibu beri ucapan awal2 sebab esok tak sempat nak masukkan n3... hehe...
Alin bersama kakak & abangnya.
Gambar sebelum kami sekeluarga menghadiri majlis tahlil beberapa bulan yg lalu.
Oklah... sempena dengan hari lahir puteri bongsu ku ini (ye ke bongsu? hehe) ibunya nak masukkan entry resepi kuih kegemaran dia yang dibuat minggu lepas.. memang berbaloi ibu buat kuih ni sebab Alin suka betul.. lepas satu, satu dia makan... tak sia2 ibu buat. Kakak dengan abangnya agak kurang sikit kuih macam ni.. tapi entahlah budak2 ni.. dorang ni ikut mood jugak gamaknya.. ada masa suka.. ada masa tak berapa sangat... mungkin masa tu sebab ada pilihan lain kot.. itulah sebenarnya.. hehe..
Ok kepada tuan empunya resepi.. ku minta izin untuk C&P resepi kat blog ni yer.. thanks juga pada Hana yang share resepinya di blog.. dah ramai jugak teman2 lain yang dah mencuba.. aku ni kira orang yg terakhir gamaknya.. hehe.. Apam ni sedapp.. lebih lembut bila diperam lebih dari 1 jam seperti saranan. Suka sangat apam ni sebab tak perlu susah2 nak peram nasi jadikan tapai.. (yg makan masa 2 malam.. kadang2 jadi tak sabar nak tunggu.. hehe..) Ada nasi... anytime boleh buat.. thanks penyumbang resepi.. actually.. dah 2 kali berturut2 buat apam ni.. hehe.. tp hari ni nak tayang gambor apam yg pertama kali buat... yummy!
Apam Snow White
resepi asal : qnq910@myresipi.com
source : resepidaria
C&P from 2nd source : hanamemories
Bahan-bahan
* 3 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung gandum
* 2 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan 6 sudu besar)
* 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
* 2 cawan nasi
* 3 cawan air
* 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus.
3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan. (MaDiHaA guna whisker lebih mudah).
4. Perapkan adunan selama sejam. (MaDiHaA perap hampir 2 jam.. apam lebih lembut) Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .
NOTA dari kak.bdaria:
* Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula [MaDiHaA kurangkan 3 sudu besar untuk sukatan setengah adunan]) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
* Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
* Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.
Selamat mencuba!
14 comments:
Takkan berakhir kat sini ...........
kak madihaa.. sy kete siput.. x try2 lagi apam snow white nih. agak2nya bila demam apam snow white dh redha baru sy jangkit kot. hehe..
sy aminkan doa akak.. moga Alin menjadi anak yg solehah.. iA.. taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa =)
comel..pinky tu nak 2 ketui...
cantiknyer apam ibu alin buat! auntie nk juga lah!! hihi... epi besday ain cayang.. moga jadik anak solehah menjd kebanggaan ibu bapa nk yer... kiter pong dh wat dua kali apam nih.. sodappp
Salam Madihaa....
wooww... best nyer apam makan ngan nyior... akak ngan anak2 kat umah nie mmg suke ngan apam2 nie.. rajin betoi ibu alin nie... epi besday buat alin.. comey nyer alin.. smoga membesar menjadi anak solehah dan membahagiakan hati ibu dan keluarga...amiiin..
wah snow white dah sampai ke dapur madiha ni..selamat hari lahir buat Alin.semoga Alin sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat .
Tomei aar Alin bertudung!
IRA: yeessss.. takkan berakhir di sini.. lepas ni Ira pulak buat yer...
TUN TELANI: takpe Tun.. lambat pun takpe.. janji ada kemahuan untuk mencubanya...
IZAH: yg pinky2 tulah yg anak dara kita dok kutip dulu.. hehe...
HANA: t.kasih Hana utk ucapan & doa dari mu... semoga dimakbulkan Allah S.W.T... amin...
NUR EDE: sy pun suka gak apam2 ni kak.. tp kdg tu bila mood takde yg lama tak mengapam. Ni mood tengah elok ni.. berturut2 buat apam.. majlis arijadi alin aritu pun sy buat lg apam ni utk kali ke3.. hehe.. lakuuu.. alhamdulillah..
CIK MANGGIS: a'ah CM.. dah sampai sini.. agak lambat sikit nak berjangkit.. hehe.. t.kasih utk ucapan utk anak dara saya tu CM..
MAMAFAMI: agak2.. adalah sama comey ngan ibu Alin? ehehehe... thanks mama sudi singgah sini...
Post a Comment