Wednesday, March 2, 2011

Pumpkin Bread


Assalamualaikum & selamat pagi…

2, 3 minggu kebelakangan ni agak kelam kabut sikit pagi2 sebab nak kena keluar awal dari rumah.  Ni semua sebab anak dara aku tu terlibat dengan latihan saringan bola jaring.  Katanya cikgu arahkan murid2 yang terlibat sampai ke sekolah sebelum pukul 7 atau paling lewat pun pukul 7 pagi.  Jadi.. seawal pukul 6.30 pagi aku & anak2 dah kena keluar dari rumah.  Kalau lewat.. jawapnya.. lewat jugaklah sampai sekolah.  Faham2 sajalah jalan dari Bandar Sunway nak ke Federal Highway tu…  

Kalau dah perlu keluar awal2 tu.. tak berapa sempatlah nak masak2 bagai.  Mana nak siapkan sarapan, mana nak siapkan anak yang tadika tu.. (sian gak dia kena bangun awal sebab nak hantar kakak dia..) mana nak siapkan diri sendiri lagi yang nak kerja.. Jalan termudah bagi aku ibu yang bekerja ni ialah.. siapkan sesuatu dari malamnya.. jadi pagi2 tu tinggal bancuh susu untuk si kecik, milo untuk Dini & Haziq & jugak teh o untuk cik abang… Makanan pulak… hidang jerlah apa yang dibuat belah malamnya tu… hehe… tapi tulahh.. dorang ni.. bukan laju sangat pun makan benda2 manis pepagi buta tu.. last2… masing2 bawak bekal ke sekolah.. hehe…

Ni salah satu yang aku buat untuk breakfast bebaru ni… namanya Pumpkin Bread… tapi tengok sekali imbas macam kek.. Rasa pun lebih kurang kek jugak.. Biasalah kan.. ‘bread’ dalam istilah orang putih ni kadang2 bukannya semua sama macam roti yang guna yis tu…. Ada jugak ‘bread’ dorang yang ala2 kek… Tak kisahlah apa namanya pun.. yang penting benda ni sedapp!!  Nak kata tekstur macam kek pun tak jugak sebab takdelah gebu macam kek.. sebab tu agaknya dorang panggil ‘bread’.. belasah jelah..

Resepi ni aku ambil dari Joy of baking.. kalau nak tengok resepi asal boleh tengok SINI yer… Resepi yang aku taip semula tu resepi yang dah dikurangkan ke setengah adunan & telah diejas sikit sana sini ikut selera aku terutama sukatan gulanya tu… itupun dah cukup manis dah bagi aku.. kalau ikut resepi asal mesti manis giler2 punya.. huhu..

Ok ni resepinya.. thanks to the owner of this recipe….

Pumpkin Bread
Resepi : joyofbaking
Sumber & olahan : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Cream Cheese Filling:
125 gm cream cheese (lembutkan suhu bilik)
3 tablespoon gula (gula pasir jenis halus sikit tu)
1 biji telur (gred A)
1 tablespoon tepong gandum

Bahan2 Pumpkin Bread:
½ cawan biji labu/walnut/pecans ~ dibakar sebentar dlm oven
225 gram tepong gandum
1 teaspoon baking powder
½ teaspoon soda bikarbonat
¼ teaspoon garam
½ teaspoon serbuk kayu manis
¼ teaspoon serbuk buah pala (nutmeg)
2 bili telur (gred A)
70 gm gula pasir (yg jenis halus)
½ cawan butter, dicairkan
215 gram labu kukus (dikisar dgn 60 ml air di bawah)
¼ cawan/ 60 ml air
1 teaspoon esen vanilla


Cara2 Menyediakan:
Pumpkin Bread: Panaskan oven suhu 170C.  Sapu butter pada loyang loaf bersaiz 9 x 5 x 3 inci dan taburkan tepong gandum pada loyang tersebut.  Buangkan lebihan tepong gandum pada loyang.

Bakar Kekacang:  Letak kekacang dalam loyang yang lain dan bakar sehingga kekacang berbau wangi atau anggaran 8 - 10 minit bagi walnut/pecans.  Jika menggunakan biji labu.. bakar sehingga biji labu meletop2 & terus keluarkan biji labu dan sejukkan.  Jika menggunakan walnuts atau pecans.. patah2kan atau cincang kasar kekacang tersebut & sejukkan.

Cream Cheese Filling: Pukul cream cheese sehingga lembut.  Masukkan gula & pukul lagi.  Tambah telur & pukul sekejap sehingga gebu tapi jangan terlalu lama.  Masukkan tepong & kacau rata.

Pumpkin Bread:  Dalam mangkuk yang lain, ayak tepong, baking powder, soda bikarbonat, garam, serbuk kayu manis & serbuk buah pala.

Dalam mangkuk yang berasingan.. pukul telur sebentar kemudian masukkan gula & butter cair lalu pukul hingga sebati.  Masukkan puri labu yang telah dikisar dengan air & kacau rata menggunakan whisker.  Tambah esen vanila & juga kekacang tadi & kacau lagi.  Tambah tepong sikit demi sikit & kacau rata. Jangan terlebih kacau nanti roti menjadi keras.

Tuangkan setengah adunan ke dalam loyang loaf tadi.  Tuangkan pula cream cheese filling & ratakan.  Sudukan lebihan adunan labu tadi ke atas cream cheese filling menutupi keseluruhan. (kalau tak tertutup semua pun takpe jugak).  Lorek2 sikit supaya cream cheese membentuk corak di dalam loaf (optional).  Bakar dalam oven lebih kurang 55 – 60 minit dengan suhu 170C atau sehingga masak (uji dengan lidi jika lidi keluar bersih bermakna pumpkin bread sedia masak).  Masa membakar bergantung oven masing2.  

Letakkan loyang loaf di atas wire rack lebih kurang 10 minit sebelum keluarkan pumpkin bread dari loyang.  Boleh hidang pumpkin bread suam2 atau suhu bilik.

Sources:
Dupree, Nathalie. Nathalie Dupree Cooks for Family and Friends. New York: William Morrow and Company, Inc., 1991.
Foster, Sara. The Foster's Market Cookbook. New York: Random House, 2002.
Mushet, Cindy. Baking with the American Harvest Newsletter. California.
716Share     




Selamat mencuba!

11 comments:

Zaliedana said...

AsSalam kak madihaa,byk lagi ke labu kat umah akak,meh la pos kat cni ckit,hehhe..Akak wlpun akak kja,tapi sempat lagi wat bf utk family,xkisah la kan wlpun dah siap masak wktu mlm,yg penting kita wat sendiri kan..Btw.bread akak nih nmpak sedap,n menarik jer..Hehe.

Aliza said...

waaahh resepi yg menarik. Aritu ada labu pun saya godek jadikan muffin. aina suka sgt :-)

re: oats mmg ok dgn tekak sy, dgn tekak en hubby ajer yg tak brape nak masuk... ahahaha tapi dia yg berangan lebih nak berdiet...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ZALIEDANA: ada separuh lagi ct... kalau nak mehla umah.. kekekeke... tulah ct... walau mcmana nak kena gaklah wt bf utk dorang tu.. paling2 ringkas pun masak telur separuh masak ke.. roti ke.. tp takdelah masuk blog.. hehe.. kalau kakak dini masuk 7.40 pagi tu sempatlah akak gorengkan apa2 yg patut.. nasi grg ke, bihun grg ke... kalau dah awal sgt kena kuar rumah mana sempat nak msk bagai lgi... hehe..

ALIZA: labu ni mmg kesukaan.. wt apa pun sedap kan? teringat pulak kat sekaya labu yg akak penah bg aliza dulu tu.. alahaii.. sedapnya.. makan ngan sudu scoop ke molot.. waduhh.. kecurrr...

Mas said...

wahhhh..resepi labu lagi..sukanya..
mas baru try donut labu akak....
sedapp la..
lembut dan gebu jer donut mas tau...
maceh kak..lapp u..

Yatie said...

Assalammualaikum K.Madihah,
Menariknya pumpkin bread akak ni....Yatie tenung je lama2...betul2 memikat selera...labu Yatie dah abes, tapi smlm pergi belanja, beli lagi sebiji labu yg besor...wakakakkaa...nak buat apalah tuu...

tun_telani said...

kak madihaa.. tgk gmbr atas sekali tu rasa pelik, mende apa putih2 dlm pumpkin bread tu.. huhu.. tgk resepi baru tau ada cream cheese.. mesti sedap ada rasa masam2 manis.. yumm!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MAS: a'ah mas.. selagi labu tu dok ada.. selagi tu kena fikir apa nak buat ngan labu tu.. tapikan.. kalau dah malas nnt akak buat sayur je semua yg belen tu.. kihkihkih..

YATIE: wa'alaikumsalam yatie... a'ah memang menarik.. bab yg paling menarik akak sbb ada campuran krim cheese tu.. kekekeke... mmg sedap tau yatie.. dah ada labu tu nnt bolehlah cuba yer.. mmg best..

TUN TELANI: tulah pasalnya.. masa akak tgk gambar asal dulu pun gitu gak.. tertnya2 kenapa ada putih2 kat tengah2 bread tu.. rupanya ada campuran krim keju tu.. terus terliur dibuatnya.. kebetulan krim keju mmg ada dlm esbox.. on jelahh! hehe.. (bab2 menambah lemak & kolesterol mmg rajin.. hehe)

Mamasya said...

Salam Ratna

Rajin Ratna buat experiment dgn labu..ada cheese tentu sedap ni.sypun suka makanan yg ada labu...sedap
re; Kebetulan pula.. Ratnapun tahu berita ni....sedih dgn tragedi yg menimpa Ita sekeluarga.itulah bila sebut dia nak balik Keratong teringat kat kg Ratna.
Rupanya Ruslina kwn Ratna..sy kenal Ruslina sbb kami termasuk Ita adiknya sama satu tempat kerja cuma berlainan jabatan.sy dan Ita pula satu jabatan.kami tahu berita kemalangan Itapun dari Ruslina. Sy dimaklumkan keluarga Ruslina di kg sebelum ini nak buat kenduri kahwin adik lelakinya pada bulan Mac ni tp tak pasti jadi ke tidak .familinya ada di JB skrg menunggu Ita. Ruslina dah balik Melaka sbb nak nengok suami Ita di hosp Melaka.Moga kedua2nya cepat semboh.

Ummi said...

Waaaaaaaaa..x abis lg musim labu eh..hehehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MAMASYA: salam ziela.. eksperimen tu bila berkesempatan je... kalau ikutkan hati ni mmg byk yg nak eksperimen.. tp kesihatan dah tak mengizinkan berjaga lama2.. umur dah meningkat.. hehe..

re: itulah kan.. memang sedih tau berita ni.. semoga ita & suaminya segera pulih hendaknya.. Al-Fatihah untuk arwah kedua2 anak ita.. semoga ditempatkan bersama para anbia.. amin..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

UMMI: demam labu belum kebah kakk... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...