Wednesday, January 8, 2014

Puding Durian Belanda Dangdut



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Dapur MaDiHaA jarang sangat berpuding.  Kalau berpuding pun selalunya buat puding tempahan customer.  Bukan MaDiHaA tak suka makan puding.. tapi sebenarnya sebab anak2 yang kurang gemarkan puding.  Kalau buat selalu sangat puding tak habis.  Kalau makan pun mungkin sepotong saja.. lepas tu puding sampai kering dalam peti sejuk.  En. suami pula.. pilih2 jenis puding atau agar2. Tak semua yang dia suka.   Kali ni terasa teringin pulak nak makan puding sejuk2 bila ada stok buah durian belanda yang en. suami petik dari pokok di kampongnya semasa kami balik Raub untuk hantar anak sulung ke asrama.  Kebetulan buahnya memang dah hampir nak masak semasa dipetik. Bawa balik ke rumah.. esoknya terus buahnya lembut.  Sedapnyer dapat makan durian belanda fresh. Saiznya pula bukan main besar pulak tu... lebih dari 2kg.  Dah lama teringin nak makan durian belanda.  Tapi kalau terjumpa.. nampak buahnya macam belum cukup tua bila duri rapat2.  Dahlah harganya cukup mahal sekarang ni.  Terus batalkan niat untuk membeli.  Kalau nak tau buah yang cukup tua.. durinya jarang2 & kulit buahnya berkilat.  Kalau kulitnya tak berkilat itu maknanya.. buah belum cukup tua.  Ada kemungkinan buahnya takkan masak.  Kira rezeki kami la balik kali ni... sedang elok buah dah cukup tua.



Bercerita pasal puding ini... teringat puding dangdut yang femes seantero blogger iaitu Puding Laici Dangdut.  Tapi MaDiHaA tak pernah buat lagi malah... resepinya pun MaDiHAa tak pernah salin hehehehe.. belum sampai seru orang kata.  Tapi beberapa malam lepas teringin pulak nak buat puding durian belanda yang lembut... jadi MaDiHaA namakan saja ia Puding Durian Belanda Dangdut.  Lembut je puding ni.. lebih mudah ia dimakan menggunakan sudu.  Bekukan aje dalam mangkuk kecil2... nak makan sudukan aje ke dalam mulut... hmmmm... nyamannn bah...


Banyak sumber yang mengatakan buah durian belanda mempunyai khasiat mencegah kanser.  Betul atau tidak.. wallahualam.  Bagus amalkan makan durian belanda.. kaya vitamin C juga ni... baik untuk kulit.  Kulit lebihan yang kita makan tu boleh pula dibuat masker sapu2 pada kulit muka kita.. hehehe...

Ok jom tengok resepi sesedap rasa MaDiHaA ni...

PUDING DURIAN BELANDA DANGDUT

Resepi : MaDiHaA aka Ratna


Bahan-bahan
400 gm isi durian belanda ranum (dibuang semua bijinya)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (nak lebih manis boleh tambah lagi)
2 teaspoon / 5 gm serbuk agar-agar
5 cawan air


Cara-cara
1. Kisar isi durian belanda bersama 1 cawan air hingga hancur.  Ketepikan dahulu.
2. Masak lebihan air tadi (4 cawan) dengan serbuk agar-agar hingga mendidih.  Masukkan gula & kacau hingga gula hancur.
3. Masukkan susu cair & puri durian belanda & kacau hingga mendidih.  Segera tutupkan api.

4. Tuang ke dalam acuan yang disukai & sejukkan.  Bila dah sejuk bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Kalau rajin buat sos pun sedap juga hidang dengan puding ni... Yummeh!

Selamat mencuba!

Tuesday, January 7, 2014

Jemput-Jemput Roti Sardin

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Lagi resepi jemput-jemput roti dengan campuran bahan yang sedikit berbeza kali ni ye.  Belasah ajelah... janji kerak-kerak roti ku tak dibazirkan.. hehe..  Sebenarnya dah lama buat jemput2 roti ni.  Saja update kat blog lambat sikit sebab nak bagi gap dengan resepi Jemput-Jemput Kerak Roti Tanpa Telur tempohari. hehehe...  Pada kawan2 yang ada roti hampir2 expired tu bolehlah cuba resepi ni ye.  Kalau tak cukup roti sebanyak 400gm boleh je kurangkan adunan resepi tu ikut banyak mana roti yang ada.  Adunan ni dapat agak banyak juga sebab memang MaDiHaA buat untuk habiskan semua kerak2 roti lebihan buat sandwich tempahan hari tu.  Masa buat ni pun semua anak2 ada kat rumah... memang tak jadi masalah... dua kali hadap selesai jemput2 ku.. hehe...


 
Jemput-Jemput Roti Sardin  
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

 Bahan2
2 cawan tepong gandum
2 1/3 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
400 gm kerak roti (nak guna roti pun boleh..  kes MaDiHaA ni sebab nak perabiskan kerak roti lebihan buat sandwich tempahan hari tu ~ tak nak dibazirkan)
1 tin kecil sardin ~ dilecek 

1 biji telur
2 biji cili hijau/merah ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1/2 biji carrot ~ disagat halus
 
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Bancuhkan tepong gandum dengan air, telur & garam sehingga larut & tidak berbintil2. Masukkan kerak roti/roti & rendam selama 5 minit sehingga roti mengembang. Jika guna roti.. koyak2kan roti & rendam hingga kembang.
2. Campurkan dengan kesemua bahan lain seperti hirisan cili, carrot sagat, bawang besar & sardin lecek.  Gaulkan sehingga rata.   
3. Panaskan minyak masak. Gorenglah bancuhan jemput2 tadi sehingga garing kedua2 belah.  Angkat & toskan.  Hidang dengan sos kegemaran anda.
 
Selamat mencuba!

Monday, January 6, 2014

Kek Santan II



Assalamualaikum & salam sejahtera...


MaDiHaA namakan Kek Santan II memandangkan sudah ada resepi Kek Santan sebelum ni yang pernah MaDiHaA cuba.  Nampaknya.. resepi kali ini betul2 memuaskan hati & menyamai Kek Santan yang selalu MaDiHaA makan waktu zaman sekolah dulu.  Puas mencari resepi kek nostalgia ni... akhirnya dah bertemu semula.  Terima kasih Yana yang berkongsi di FB tempohari.  Ambil masa juga untuk mencuba.. akhirnya bila betul2 lapang.. dapat juga mencuba.  



Kek ni memang tersangatlah sedap & gebu sungguh.  MaDiHaA buat & kurangkan sukatan gula kepada 1 1/2 cawan sahaja & manisnya pun sedang2 & sangat menepati citarasa kami. Terpulanglah pada anda jika suka manis boleh ikut resepi asal.  Jika tak suka manis boleh kurangkan sukatannya ya.

Terima kasih pada empunya asal resepi iaitu Chah Ramlan & terima kasih Yana yang berkongsi resepinya.   Kek MaDiHaA tak sempat nak posing cantik2 sebab MaDiHaA potong waktu panas2 lagi untuk sajikan pada tetamu.. hehehe.. Kebetulan mak & adik2 datang bertandang.

Kek santan

Resepi : Chah Ramlan

Sumber : Yana Shaiful

(MaDiHaA guna loyang saiz 9" x 9")

Bahan2
4 biji telur
2 cwn gula kastor (MaDiHaA guna 1 1/2 cwn sahaja)
1 sb ovelet
Daun pandan ( kisar dgn 3 cwn air )
2 cwn santan ( air pandan guna perah santan )
4 cwn tepung gandum*
2 sb baking powder*
(*) ayak bersama

Cara
1. Satukan telur, gula & ovellet & pukul hingga gebu dan berkrim
2. Masukkan selang seli tepung gandum & santan. Pukul lg
3. Lenser bekas dgn majerin & panas oven 160c. (MaDiHaA alas dengan baking paper)
4. Bakar 1 jam @ hingga masak. 

Nota MaDiHaA : MaDiHaA ubah sikit cara menyediakan jus pandan.  MaDiHaA kisar 10 helai daun pandan yang dihiris bersama2 dengan 1 biji kelapa parut untuk dapatkan jus pandan bersantan.  Sukat jus tersebut kepada 2 cawan untuk sukatan resepi di atas & bolehlah teruskan step pertama iaitu memukul telur, gula & ovalette.

Selamat mencuba...


Sunday, January 5, 2014

Terung Grill

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu...


Bagi ibu2 bekerja yang kesuntukan masa macam MaDiHaA ni... menu mudah saja yang sempat dihidangkan waktu dinner untuk family.  Inilah sayur yang MaDiHaA gandingkan dengan Ayam Ungkep kelmarin tu.  Disebabkan ayam tu dah berkuah.. malas pulak nak masak sayur beria sangat.  Jadi MaDiHaA hanya grill saja terung panjang yang en. suami beli.  Ingatkan takde sambutan dari anak2 sebab setahu MaDiHaA kakak & adiknya Haziq kurang gemar sayur terung. (Alin memang sah-sah la tak layan sangat sayur)  Rupa2nya bila digrill begini.. dua beradik tu berebut2 pula.. hehe..  Cukuplah menu ringkas untuk kami malam tu dengan Ayam Ungkep, Terung Grill & Telur Dadar.

Mudah je nak grill terung ni.. kalau ada sambal belacan lagilah best!



Terung Grill

Bahan2
2 - 3 biji terung panjang
garam & serbuk kunyit secukupnya (tak perlu byk.. agak2 je)

Cara
1. Cuci bersih terung & hiris serong terung dengan 1 1/2 cm tebal.  Taburkan dengan garam & serbuk kunyit & gaulkan rata.  (MaDiHaA letak dalam bekas yg sedikit besar, tabur garam & serbuk kunyit lalu dilambung2 macam menampi beras tu... kena ada skill ye.. kalau tak nanti habis terung berterabur.. hehehe..)
2. Panaskan pemanggang ajaib atau boleh je guna kuali biasa. Titiskan sedikit minyak & aturkan terung.  Balikkan terung bila nampak garing & biar masak kedua2 belah. Angkat & hidangkan.

Friday, January 3, 2014

Ayam Ungkep lagi..

Assalamualaikum & salam Jumaat...





Memulai tahun baru 2014 dengan menghantar anak sulung ke asrama di Raub Pahang, hari kedua tahun baru pula anak2 memulakan sesi persekolahan.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Anak sulung dah masuk tingkatan 2, anak nombor dua di tahun dua & anak ke tiga (maybe bongsu la kot) masuk ke tadika 5 tahun.  Sekejap je semua anak dah bersekolah... terasa diri ini dah semakin tua.. hehehe...  Bila dah tua ni... renyah2 sikit badan cepat benar terasa penat. Hari ni barulah rasa lega sikit.. barulah ada mood nak update blog.  Tapi update resepi ulangan sajalah hari ni. Biasanya masakan berulang ni menandakan masakan yang sedap & yang dok teringat2 nak makan lagi.  Inilah dia Ayam Ungkep yang nyata memang sedap.  Nampak macam rendang.. tp yang pasti ia bukan rendang & paling best tidak menggunakan santan.  

Kalau nak merasa.. silalah cuba ye..  Memang sedap.  Thank you Dana untuk perkongsian resepinya.  Ringkas saja tapi sedap!





Ayam Ungkep
Resepi : Norhidana

Bahan2 nya
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula n garam utk perasa
sedikit minyak masak

Bahan2 ditumbuk lumat (nak kisar pun boleh)
1/2 inci kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg putih
5 biji bwg merah kecik
(jika suka terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)
 
Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari sehingga naik bau.  Masukkan ayam & gaulkan.  Tambahkan air, air asam jawa, garam, gula & perasa.  Gaul sebati.
2. Tutup kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga ayam nampak masak.  Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati. Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api & hidang.  Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa tunggu kuah pekat.  Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk sampingan yang lain.

Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...