Memulai tahun baru 2014 dengan menghantar anak sulung ke asrama di Raub Pahang, hari kedua tahun baru pula anak2 memulakan sesi persekolahan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Anak sulung dah masuk tingkatan 2, anak nombor dua di tahun dua & anak ke tiga (maybe bongsu la kot) masuk ke tadika 5 tahun. Sekejap je semua anak dah bersekolah... terasa diri ini dah semakin tua.. hehehe... Bila dah tua ni... renyah2 sikit badan cepat benar terasa penat. Hari ni barulah rasa lega sikit.. barulah ada mood nak update blog. Tapi update resepi ulangan sajalah hari ni. Biasanya masakan berulang ni menandakan masakan yang sedap & yang dok teringat2 nak makan lagi. Inilah dia Ayam Ungkep yang nyata memang sedap. Nampak macam rendang.. tp yang pasti ia bukan rendang & paling best tidak menggunakan santan.
Kalau nak merasa.. silalah cuba ye.. Memang sedap. Thank you Dana untuk perkongsian resepinya. Ringkas saja tapi sedap!
Ayam Ungkep
Resepi : Norhidana
Sumber : MaDiHaA aka
Ratna
Bahan2 nya
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
500 gm/ 1/2 ekor ayam saiz kecil/sederhana - dibersihkn & potong saiz kesukaan
1 sudu besar serbuk kari
1 btg serai
di titik
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
1 helai daun kunyit ~ dihiris / dikoyak2
1 sudu kecik asam jawa ~ bancuh dengan air
1 1/2 cwn air
sedikit gula
n garam utk perasa
sedikit
minyak masak
Bahan2
ditumbuk lumat (nak kisar pun boleh)
1/2 inci
kunyit
1 inci halia
3 ulas bwg
putih
5 biji bwg
merah kecik
(jika suka
terasa pedas boleh tambah beberapa biji cili padi juga semasa menumbuk ramuan)
Cara2 menyediakan
1. Panaskan
minyak lalu tumiskan bahan2 yg ditumbuk bersama serai & serbuk kari
sehingga naik bau. Masukkan ayam & gaulkan. Tambahkan air,
air asam jawa, garam, gula & perasa. Gaul sebati.
2. Tutup
kuali & sesekali buka & gaul sebati & tunggu hingga
ayam nampak masak. Masukkan hirisan daun kunyit & gaul sebati.
Bila cukup pekat & ayam empuk bolehlah dimatikan api &
hidang. Jika suka berkuah sikit.. bolehlah matikan api lebih awal tanpa
tunggu kuah pekat. Sedap dihidang bersama nasi putih & lauk
sampingan yang lain.
Selamat mencuba!
6 comments:
tumpang bangga tau... tak sangka ada yg suke resepi ungkep dana nih kak... lg2 bile yg suke n puji tuh org yg mmg teror msk mcm2
Sedapnya madiha... rasanya saya dah pernah buat tapi versi lain.. nak cuba pulak versi ni :)
terliur tgk ayam ni..
salam madiha, nampak sedap berminyak2 kat bawah tu adusss terliur tnegok memalam ni
wahh..memang terliur tengok masakan tue...kecur air liur..next time nk try...
xde la tua sgt pun lg..:)
Tgok pun dh tau sedap..ungkep klu pekat camtu mmg jd..
Post a Comment