Tuesday, January 7, 2014

Jemput-Jemput Roti Sardin

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Lagi resepi jemput-jemput roti dengan campuran bahan yang sedikit berbeza kali ni ye.  Belasah ajelah... janji kerak-kerak roti ku tak dibazirkan.. hehe..  Sebenarnya dah lama buat jemput2 roti ni.  Saja update kat blog lambat sikit sebab nak bagi gap dengan resepi Jemput-Jemput Kerak Roti Tanpa Telur tempohari. hehehe...  Pada kawan2 yang ada roti hampir2 expired tu bolehlah cuba resepi ni ye.  Kalau tak cukup roti sebanyak 400gm boleh je kurangkan adunan resepi tu ikut banyak mana roti yang ada.  Adunan ni dapat agak banyak juga sebab memang MaDiHaA buat untuk habiskan semua kerak2 roti lebihan buat sandwich tempahan hari tu.  Masa buat ni pun semua anak2 ada kat rumah... memang tak jadi masalah... dua kali hadap selesai jemput2 ku.. hehe...


 
Jemput-Jemput Roti Sardin  
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

 Bahan2
2 cawan tepong gandum
2 1/3 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
400 gm kerak roti (nak guna roti pun boleh..  kes MaDiHaA ni sebab nak perabiskan kerak roti lebihan buat sandwich tempahan hari tu ~ tak nak dibazirkan)
1 tin kecil sardin ~ dilecek 

1 biji telur
2 biji cili hijau/merah ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1/2 biji carrot ~ disagat halus
 
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Bancuhkan tepong gandum dengan air, telur & garam sehingga larut & tidak berbintil2. Masukkan kerak roti/roti & rendam selama 5 minit sehingga roti mengembang. Jika guna roti.. koyak2kan roti & rendam hingga kembang.
2. Campurkan dengan kesemua bahan lain seperti hirisan cili, carrot sagat, bawang besar & sardin lecek.  Gaulkan sehingga rata.   
3. Panaskan minyak masak. Gorenglah bancuhan jemput2 tadi sehingga garing kedua2 belah.  Angkat & toskan.  Hidang dengan sos kegemaran anda.
 
Selamat mencuba!

9 comments:

zila norazila said...

Sedapnye..cicah sos mkn pnas2..ermm jd kecur plk..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Makan panas2 mmg sedap nih!

asyifa mustaffa said...

Bru je buang roti yg dah expired tu...syang plkrasanya kak...mmbazir kan...

Klau tau...bole buat jemput2 gini...sedap ni mkn time panas2 tu kan...nak2 lagi mkn ramai2...mmg kejap je abisnya...

izahdaut said...

baru ngintai blog akk nak tgok kek santan dah kuar jemput2 sardin. wah sangat kalau ada sardin ni.. hehe

umi's cup cake said...

Kak madiha...seronoknya dapat resepi ni..semua bahan ada kat rumah..boleh buat bekalan anak dan suami esok..tq sharing

Gee® said...

Bestnyaaa....

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak...
nani pun ada stok semua bahan tu.. boleh try ni.. heheh

Uda said...

ada sadin.....sedap tu!!!!!

ALoNa CintamaniszLite said...

oo...sy buat ari tu cuma siat2 roti tu...takde ler pulak rendamkan sampai kembang...rasanya buat mcm ni lebih best kot, huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...