Wednesday, May 26, 2010

Marble Twist Roll



Ini adalah antara roti yang paling menarik tetapi amat mencabar nak membuatnya.. hehehe.. perlu ada kesabaran yang tinggi utk menyiapkannya. Tapi tak mengapa sebab hasilnya sangatlah berbaloi & memuaskan hati... siap dapat tempahan lagi tu..... Thanks kepada Majalah Sedap utk idea dalam resepi ini.. tetapi tak tau dimana silapnya.. adunannya terlalu lembik jadi MaDiHaA terpaksa tambahkan lagi tepung. Masa ni uli dengan tangan sebab belum ada BM lagi masa ni.. kalau uli guna BM sure kena uli balik sebab kena tambah tepong tuh..

Sumber : Majalah Sedap (Bil. 1, Vol 1)

Bahan2 Inti (Harap maklum.. MaDiHa guna inti red bean paste ready made )
125 ml air
50 gram gula pasir
⅛ sudu teh garam
15 gram susu tepung
15 gram serbuk koko/coklat
25 gram tepung gandum
½ sudu makan marjerin
40 gram coklat masak hitam ~ dipotong2

Bahan2 Doh/ Roti
500 gram tepung gandum (MaDiHa tambah lagi lebih kurang 130-140 gram sbb adunan TERLALU lembik!!)
1 bungkus yis segera (mauripan 11g)
1 sudu kecil bread improver (MaDiHa tambah)
1 sudu kecil bread softener (MaDiHa tambah)
15 gram susu tepung
75 gram gula pasir
50 gram madu
1 biji telur
275 ml air sejuk (MaDiHa guna air dari paip je)
1 sudu teh garam
50 gram marjerin

Bahan Sapuan
100 gram krim mentega untuk sapuan (MaDiHa guna butter ajer utk mkn sendiri tu.. yg tempahan tu baru sapu butter krim)

Cara2 Membuat Inti
Masak semua bahan inti, kecuali coklat masak hitam. Sambil dikacau2 hingga meletup2, masukkan potongan coklat. Kacau sehingga coklat larut dan padamkan api.

Cara2 Menyediakan Doh
1. Dalam bekas yg sesuai.. masukkan tepung gandum, yis segera, susu tepung, gula pasir, bread improver & bread softener. Kacau rata.
2. Bancuh madu & garam di dalam 275 ml air hingga rata. Masukkan telur ke dalam tepung tadi dan tuangkan air + madu tadi sedikit demi sedikit sambil di uli rata & tidak melekat pada tangan. (masa ni la MaDiHa dapati adunan terlalu lembik.. jadi MaDiHa terpaksa tambah sukatan tepung gandum lagi )
3. Uli hingga adunan licin. Masukkan pula marjerin dah diuli hingga kental, rata & licin. Biarkan doh selama 30 minit.

4. (SILA LIHAT GAMBAR SEBAGAI RUJUKAN) Tumbuk doh untuk membuang angin. Canai nipis doh setebal 1 cm. Masukkan inti. Lipat bahagian tepi ke tengah. Lipat lagi bahagian tepi yang sebelah lagi ke arah tengah juga.
5. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Lakukan lipatan seperti cara di atas.
6. Canai nipis lagi adunan sehingga 1 cm. Potong-potong adunan dengan lebar 1 cm kemudian putarkan adunan.
7. Susun di dalam dua buah loyang bersaiz 26cm x 26 cm x 4 cm yang disapu marjerin dan dialas kertas kalis minyak. (MaDiHa guna loyang bersaiz 12 inci x 12 inci.. dpt satu loyang sahaja)
8. Biarkan selama 60 minit. Sementara itu.. panaskan ketuhar suhu 190C. Sapu dengan susu segar (ini MaDiha skip). Bakar di dalam ketuhar selama 16 minit dengan suhu 190C. (MaDiHa bakar dlm 18 minit ~ lepas 12 minit pertama.. MaDiHa tukar/terbalikkan kedudukan loyang supaya roti masak rata.. biasanya kalau tak tukar/alih.. roti akan hangus sebelah.. ).
9. Keluarkan roti dengan berhati2 ke atas redai kuih. (MaDiHa gunakan 2 spatula panjang utk keluarkan roti dari loyang agar roti tak terburai. (Semasa roti masih panas.. sapukan butter di permukaan roti ~ ini MaDiHa tambah.. ikut cara MamaFaMi selalu buat thanks mama!)
10. Setelah roti benar2 sejuk, terbalikkan roti diatas kertas kuih dengan berhati2. Buangkan kertas alas/lapik yg melekat pd roti & sapu nipis krim mentega. (MaDiHa sapu dengan butter jer sebab takmau roti terlalu manis).
11. Gulung roti dengan berhati2 dan padatkan. (Ikut cara gulung swiss roll yer puan2 ) Kemudian bolehlah dipotong & dihidangkan sebagai sarapan pagi maupun minum petang

PESAN MAJALAH SEDAP:
*Mencanai adunan haruslah satu arah sahaja supaya adunan lebih licin.
*Memutar setiap adunan roti sebaiknya rata putarannya hingga menghasilkan bentuk roti yang cantik coraknya.
*Mengisi inti/krim mentega jangan sampai ke tepi adunan supaya inti tidak akan keluar ketika digulung.

Ini Marble Twist Roll yang ditempah oleh Aliza.. satu inti coklat & satu lagi plain cuma buat belang2 campur warna hijau utk menaikkan corak..


Selamat mencuba..

Tuesday, May 25, 2010

Kek Butter Kelapa Pandan



Masih lagi update resepi & gambar2 lama dari FP... layankan ajelah daripada tak berupdate.. kan?

Kek ni wangi & sedappp... TQ pd penyumbang resepi..

Sumber : http://resipinoraini.blogspot.com - copy dari fp maklang courtesy by Maisya

Bahan-bahan :
270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur B
60 ml santan segar @kotak
1 sudu besar pes pandan
240 gm tepung kek@ tepung gandum
30 gm kelapa kering
1/2 sudu teh serbuk penaik

Bahagian atas (topping):
40 gm mentega
35 gm gula aising
55 gm kelapa kering

Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga gebu dan putih selama 10 minit.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3. Masukkan santan dan pes pandan sedikit-sedikit hingga sebati dalam adunan.
4. Tepung diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit2 ke dalam adunan diatas.Diikuti dengan kelapa dan gaul
5. Griskan tin pembakar empat segi atau bulat berukuran 9 inci dan lapik kertas serap minyak.
6. Tuangkan adunan kek kedalamnya.
7. Untuk topping, pukul mentega & gula hingga sebati, masukkan kelapa dan gaul lagi.Taburkan topping diatas adunan.
8. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 45 minit.

Monday, May 24, 2010

Ayam Percik Kelantan



Sedih sangat2 sekarang nih tauu... memang rasa kecewa, sedih bercampur geram dibuatnya.. huhuhu.. mesti u all tertanya2 & nak tau kenapa kan?? Sebenarnya.. aku sedih sebab kamera dapur aku dah rosakkkkkk... uwwaaaaa.... mana nak cekau duit nak beli yg baru nihh??? sob sob sob... Alkisah.. hari sabtu bebaru nih.. aku sibuk siapkan order roti jala & kari ayam yg jiran depan rumah order. Tak sedar tah masa bila anak bujang aku si Haziq tu dah selongkar beg tangan aku lalu ambik kamera dapur aku buat main. Tau2 dia bagi kamera tu kat aku then dia cakap kamera ibu dah abis bateri.. boleh gitu?? Aku ingatkan betul ler kamera tu abis bateri.. rupa2nya.. kamera tu dah rosak tak boleh nak off/on dengan betul. Sebab benda yg kat depan yg boleh kuar masuk tuh (apa ke namanya aku mmg tak tau nak nyebutnya) dah semacam senget kedudukannya.. mungkin kamera tu terjatuh atau dia sesaja main ketuk2 ke tak taulah.. bila tekan on lampu masih nyala.. tp jem tak mau gerak2 benda tu.. sedih sesangat nih.. kecewa pun ada.. tak bolehlah nak ambik gambar cantik2 lagi segala eksperimen aku.. ada gak ambik gambar guna handphone.. tapi henpon murah.. kualiti gambar takdelah elok.. pulak tu.. mcm bermasalah pulak nak transfer ke PC.. Aduhaii.. Haziq Haziqq....

Buat sementara ni.. aku paparkanlah dulu gambar2 lama & resepi yang aku cilok dari FP aku untuk koleksi dlm blog ni pulak. Sebenarnya ada lagi beberapa gambar & resepi yg baru yg belum update dlm FP/blog ni.. tapi aku cari resepinya pulak entah kemana aku simpan.. so.. resepi takde tak syok ler nak letak gambar aje ye dak..? Jadi baik aku masukkan gambar2 lama aku ajelah buat sementara ni.. tak tau bilalah nak dpt kamera baru.. tak pasti kamera tu boleh dibaiki atau tak.. Atau.. nak pinjam dari adik aku?? hehehehe... byk cantikk!! kekeke..

Layan...

Ni resepi Ayam Percik Kelantan yang sememangnya marbeles.. resepi pior Kelantan yang aku ambil dari FP Kak Jie Jie.. Nak tau pior ke tak resepi percik Kelantan.. lihat pada kuahnya.. kalau kuah warna merah... tu dah tak pior ler tuh.. sebab percik Kelantan kuahnya tak merah.. putih2 gitu aje.. Thanks ye kak Jie resepinya.. memang best!!

Bahan2
½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Bahan Kuah
1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (MadihaA guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. (Sori tak tengok masa.. so agak2lah yer hingga ayam masak). Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik (Caranya ada dibawah)
2. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
3. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi. (Step ni Madiha tak curah pun.. terlupa.. tapi kuah tu terus ku sudukan dlm pinggan nasi )

Cara Menyediakan Kuah Percik
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping. (untuk step no. 2 ni.. Madiha tumiskan bahan2 blender tu sehingga agak garing pastu baru masukkan santan. Ni sebab Madiha guna santan kotak so kalau tak tumis nanti jawabnya tak naik minyak ler kuah percik ku ittew )
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.

Selamat Mencuba!!

Friday, May 21, 2010

Bingka Durian / Kuih Bakar Durian Bonda Diana



Buat bingka durian ni sebenarnya sebab nak clearkan stok durian frozen dalam freezer. Dah berzaman durian tu membeku dlm freezer tu.. belum sampai seru lg nak di apa2kan.. Tiba2 jer rajin nak buat bingka kenapa ehh? Sebabnya masa tu aku nak buat karipap frozen yang diorder oleh Kak Yati dlm n3 yg lalu. kalau aku tak clearkan barang2 dlm freezer tu... alamat takde ruang pulak nak susun karipap frozen tu.. Rasanya.. peti ais aku dah cukup besar dah.. tp tetap penuh sokmo.. kekeke.. lauk2 basah sekali hubby beli mmg cukup untuk seminggu.. tu yg wife dia terpaksa rajin masak hari2... huhu.. Belum lagi ngan bahan2 bakeri lagi tu.. atas bawah semua ada... sampai hubby komplen.. peti ais kat rumah ni.. lagi besar... lagi byk benda yang nak disimpan.. hehehe.. sabor jelah abang... nak buat macamana... sejak azali lagi isteri abang ni memang suka memasakk membesarkan badan.. heheh..

Ok melalut lak.. cerita pasal kuih Bingka Durian ni aku buat ikut resepi bonda Diana yang aku ambil dari Majalah Sedap. Satu adunan ni dapat byk sangat tauu.. ehh.. memang byklah.. sampai aku kena bakar dlm 3 loyang..!! (lain2 saiz) iaitu 1 loyang bulat berlubang, 1 loyang bunga pecah 8 & 1 loyang loaf.. Yang loyang loaf tu.. aku bagi kat Laily jiran ku.. yang lain2 tu.. dpt gak bagi kat makcik aku.. selebihnya untuk makan sendiri.. itupun berulang2 dpt mkn.. Jadi aku sarankan kalau tak ramai yg nak mkn.. elok buat suku atau setengah adunan aje.. hehehe..

Jom tengok resepi! Sebelum tu.. thanks pada Diana untuk resepi ni yer.. Memang terasa duriannya.. mintak halal resepinya di tepek kat sini yer..

Sumber : Resepi Bonda Diana

Bahan-bahannya
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir (aku kurangkan ke 1 1/2 cwn)
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukupnya mentega SCS/ Golden Churn (ini yang buat kuih wangi & sedap)

Cara-caranya
1. Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas (didahului dengan bahan cairan) dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
2. Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3. Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.

Thursday, May 20, 2010

Nasi Ayam Ipoh



Semakin famous Nasi Ayam Ipoh (N.A.I) ni nampaknya... dah ramai yg mencuba.. aku pun takmau ketinggalan walaupun aku tak punya set pinggan yg cun2 mcm org lain.. hehe!! Lagipun nasi ayam memang feberet anak2.. Aku tergoda bila tengok gambar Nasi Ayam Ipoh dari blog Ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com terus print resepi & terus mencubanya minggu lepas ke bila (dah lupa dah..) Hari ni baru berkesempatan update di sini sebabnya.. aku tak sempat nak edit gambar.. hehehe...

Nasi Ayam Ipoh ni memang sedap! Tak rugi mencuba.. kelainan ramuan yang ada dalam setiap set hidangan membuatkan rasanya begitu enak!! Bau wangi minyak bijan & rasa sos tiram dlm nasi ayamnya memang satu kelainan.. supnya pun bersertakan sayur iaitu ubi sengkuang.. kuah kicapnya pula lain dari yg biasa.. itulah dia keunikan N.A.I ini... tak perlu pegi Ipoh... kat rumah anda pun boleh merasainya sendiri... terima kasih kepada penyumbang resepi Quinnie@my resepi & juga Ayu yg rajin mencuba & memperkenalkan pada kami... Kita C & P resepinya kat sini pulak yek!! TQ!!

Sources:- From quinnie@myresip.com
Copy dari blog Ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/

Bahan Untuk Nasi:-


4 mug beras (MaDiHaA masak 3 mug aje & bahan2 lain tu pun dah direduce ikut kesesuaian.. tp resepi ni utk 4 mug beras ye!)
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam (MaDiHaA buang kulit.. itu pasal kurang cun ayam ku.. huhu)
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Bahan Untuk Sup:-

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Bahan Untuk Cili:-
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur-


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya

Tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan:-
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun-(tomatoes, chicnese celery, spring onions and cucumber)

Method:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi:-
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam:-
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.





Jemput tengok yer.. nak ajak makan pun dah abis.. hehe..

Wednesday, May 19, 2010

Syaksyukka / Syabsyukka / Daging Arab



Nih sambung balik cerita lepas buat muffin pandan tuh.. sebenarnya buat muffin pandan malam2 tu bukan apa.. esok pepagi senang.. buleh wt sarapan kan..? tapi tu ler.. kat rumah aku ni.. kalau setakat sarapan kuih-muih manis tu tak berapa laju sangat... mesti nak kena ada gak yg tak manis a.k.a sarapan savoury. Makanya.. malam lepas buat muffin tu.. aku rajinkan diri memerap daging kisar ni utk buat sarapan yg agak special sikit iaitu Syaksyukka namanya.. (sorry pd gambar silap tulis nama) Ada pernah dengar? Aku pun baru first time dengar & tengok dalam blog LeeLin ataupun Kucing Oren Gemok (KOG) http://kucingorengemok.blogspot.com yang memang selalu makan kat restoren pak arab nih. Bila aku tengok resepi macam sedap & menarik jer.. aku pun apa lagi.. terus le pi cari bahan2nya balik dari kerja hari tu.. lagipun bahan2nya tak susah nak dpt.. laju je ler eksperimen aku..hehe.. Bila dah perap mlm tu (perap & simpan peti ais bahagian bawah) Pagi2 tu tinggal tumis & bakar je.. siap!! Makan dengan roti sandwich. Senang! Ringkas! & yang penting meeeeeemanggg.. sedappp!!! Tak SYAK lagi.. kami semua SYUKA dengan SYAKSYUKKA ni tambah2 bila digandingkan dengan tomato tu... hehehehe....

Leelin.. TQ very much kerana sudi share resepi yg best nih yer.. akak mintak izin copy & paste resepi mu yg marbeles ni kat blog (& FP) akak.. akak tak edit pun nih.. cuma ada tukar sikit tang daging tu jer.. hehe... so kawan2.. tu resepi bahasa dak Leelin/KOG yer.. dia memang kelakar orgnya.. blog dia best.. unik.. pi ler jenguk kalau korang lom pernah masuk.. sure terpikat..

SYAKSYUKKA
Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)

Masaknya:

2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je)
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi

Cara2
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.

Gambar sebelum masuk oven..


Yg ni baru keluar dari oven..


Dah kena touch up sikit.. kekekeke.. tak sabar nak mkn nih.. haha..


Jom makan!! Bismillahhirrohmanirrohim.....


Memang syedappp!! Try ler...!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...