Friday, May 21, 2010

Bingka Durian / Kuih Bakar Durian Bonda Diana



Buat bingka durian ni sebenarnya sebab nak clearkan stok durian frozen dalam freezer. Dah berzaman durian tu membeku dlm freezer tu.. belum sampai seru lg nak di apa2kan.. Tiba2 jer rajin nak buat bingka kenapa ehh? Sebabnya masa tu aku nak buat karipap frozen yang diorder oleh Kak Yati dlm n3 yg lalu. kalau aku tak clearkan barang2 dlm freezer tu... alamat takde ruang pulak nak susun karipap frozen tu.. Rasanya.. peti ais aku dah cukup besar dah.. tp tetap penuh sokmo.. kekeke.. lauk2 basah sekali hubby beli mmg cukup untuk seminggu.. tu yg wife dia terpaksa rajin masak hari2... huhu.. Belum lagi ngan bahan2 bakeri lagi tu.. atas bawah semua ada... sampai hubby komplen.. peti ais kat rumah ni.. lagi besar... lagi byk benda yang nak disimpan.. hehehe.. sabor jelah abang... nak buat macamana... sejak azali lagi isteri abang ni memang suka memasakk membesarkan badan.. heheh..

Ok melalut lak.. cerita pasal kuih Bingka Durian ni aku buat ikut resepi bonda Diana yang aku ambil dari Majalah Sedap. Satu adunan ni dapat byk sangat tauu.. ehh.. memang byklah.. sampai aku kena bakar dlm 3 loyang..!! (lain2 saiz) iaitu 1 loyang bulat berlubang, 1 loyang bunga pecah 8 & 1 loyang loaf.. Yang loyang loaf tu.. aku bagi kat Laily jiran ku.. yang lain2 tu.. dpt gak bagi kat makcik aku.. selebihnya untuk makan sendiri.. itupun berulang2 dpt mkn.. Jadi aku sarankan kalau tak ramai yg nak mkn.. elok buat suku atau setengah adunan aje.. hehehe..

Jom tengok resepi! Sebelum tu.. thanks pada Diana untuk resepi ni yer.. Memang terasa duriannya.. mintak halal resepinya di tepek kat sini yer..

Sumber : Resepi Bonda Diana

Bahan-bahannya
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir (aku kurangkan ke 1 1/2 cwn)
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukupnya mentega SCS/ Golden Churn (ini yang buat kuih wangi & sedap)

Cara-caranya
1. Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas (didahului dengan bahan cairan) dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
2. Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3. Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.

4 comments:

CIKMA said...

salam kak..sedap tul tgk bingka akak ni..cantik jer tgk..bukan senang nak buat bingka ni kan kak...

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
kak.. sihat ke??
wahh wat bingke durian lak.. mmg creatif tul lah... cantek color die... menawan..

pastt... kak... nani dah masuk yg scrap-e-blogspot tu.. tapikan.. nani taktau nak paste kat ner yg link yang kita copy tu? camne kak..?

intan raziz said...

Assalammualaikum..best! N simple! Resepi bingka durian akak nie..thanks 4 sharing.. :)

el-tintabiru said...

saya fail bab buat kuih ni...tp rasa cam nk cuba je...kebetulan ada durian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...