Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, May 19, 2010

Syaksyukka / Syabsyukka / Daging Arab



Nih sambung balik cerita lepas buat muffin pandan tuh.. sebenarnya buat muffin pandan malam2 tu bukan apa.. esok pepagi senang.. buleh wt sarapan kan..? tapi tu ler.. kat rumah aku ni.. kalau setakat sarapan kuih-muih manis tu tak berapa laju sangat... mesti nak kena ada gak yg tak manis a.k.a sarapan savoury. Makanya.. malam lepas buat muffin tu.. aku rajinkan diri memerap daging kisar ni utk buat sarapan yg agak special sikit iaitu Syaksyukka namanya.. (sorry pd gambar silap tulis nama) Ada pernah dengar? Aku pun baru first time dengar & tengok dalam blog LeeLin ataupun Kucing Oren Gemok (KOG) http://kucingorengemok.blogspot.com yang memang selalu makan kat restoren pak arab nih. Bila aku tengok resepi macam sedap & menarik jer.. aku pun apa lagi.. terus le pi cari bahan2nya balik dari kerja hari tu.. lagipun bahan2nya tak susah nak dpt.. laju je ler eksperimen aku..hehe.. Bila dah perap mlm tu (perap & simpan peti ais bahagian bawah) Pagi2 tu tinggal tumis & bakar je.. siap!! Makan dengan roti sandwich. Senang! Ringkas! & yang penting meeeeeemanggg.. sedappp!!! Tak SYAK lagi.. kami semua SYUKA dengan SYAKSYUKKA ni tambah2 bila digandingkan dengan tomato tu... hehehehe....

Leelin.. TQ very much kerana sudi share resepi yg best nih yer.. akak mintak izin copy & paste resepi mu yg marbeles ni kat blog (& FP) akak.. akak tak edit pun nih.. cuma ada tukar sikit tang daging tu jer.. hehe... so kawan2.. tu resepi bahasa dak Leelin/KOG yer.. dia memang kelakar orgnya.. blog dia best.. unik.. pi ler jenguk kalau korang lom pernah masuk.. sure terpikat..

SYAKSYUKKA
Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)

Masaknya:

2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je)
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi

Cara2
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.

Gambar sebelum masuk oven..


Yg ni baru keluar dari oven..


Dah kena touch up sikit.. kekekeke.. tak sabar nak mkn nih.. haha..


Jom makan!! Bismillahhirrohmanirrohim.....


Memang syedappp!! Try ler...!!

5 comments:

suesofieyya said...

ermm..sue suka gk daging shabsukkah nie..cuma sue rasa klu yg orinya dari tanah arab..kuahnya lebih merah, diorng ltak tomato paste atau reneh buah tomato lebih lama skit..kacang peas frash mmg wajib..pepun mmg tabik spring akak rajin tul mencuba resipi..wawawa kena cari gak nie..terliur sngt

sweet thots said...

best2... nk wat gak la tuk bfast esok. memang dh tgk aritu kat umah KOG. tp minyak sapi xde... kureng ler arabnya nnt kan. kcg peas, kat umah ni x jln... kite sorang je mkn nnt, so xyah letak la kot

kucingorengemok said...

berbahang dalam mulut bila kena lada sulah tu... syokkk

Yaati Nor said...

meleleh air liur saya.saya suka mknn arab..yg berasaskan kambing lg suka...

Ummu Nafisah said...

saya tambah keju...best sangat... saya letak selang seli.... dn tambah tomato tp tomato kisar yang ditumis nk lg merah tmbah tomato puri...cuma bila masuk tomato kata ada seorang chef tu kena imbang dengan gula.... mmg sedap seloyang di makan oleh 6 orang kwn en hbby licing dengan roti 4 buku....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...