Wednesday, June 2, 2010
Kuih Lapis Pisang
Mula2 tengok kuih lapis dlm blog CT Delima masih boleh tahan lagi. Lepas tu, bila tengok Kak Ummi buat terus tergoda dan dan tu jugak.. tambah2 bila kak Ummi dok cakap sedap sangat.. huhh.. mmg tak tahan godaan betul.. sebabnya apa2 kuih dari pisang tu memang feberet aku.. so.. hari minggu seminggu sebelum cuti wesak yang lalu, aku pun pegi ler pasar sebab nak pegi beli bekas dadih dan sudu kecik2 yang nak dibawa balik kampong sebab ma kat kampong nak buat majlis tahlil & bacaan yassin hari Sabtu (masa ada cuti wesak tu).. sesambil cari bekas dadih.. aku pun pegi ler beli pisang & buah2an lain kat kedai jual buah kat pasar tu. Rasanya dah bertahun aku tak pegi pasar PJ nih sejak2 aku berpindah ke Bandar Sunway nih. Lagi2 ler ada baby kecik.. mmg tak kuasa nak gi pasar jauh2. Kalau tak kerana nak beli bekas nak isi dadih tu.. mungkin sampai skrg aku tak jejak pasar PJ tu.. hehe.. Selalu kalau aku beli lauk dan sayur2 aku selalu beli kat kedai runcit dekat ngan opis aku aje.. Hmm.. dah kebetulan masuk pasar besar tu.. ronda2 ler cuci2 mata tengok apa yang berkenan.. hehe..
Oklah.. meh tengok resepi kuih lapis pisang ni.. resepi aku ambil dari blog kak Ummi Zaihadi. Resepi asal kalau tak silap menurut kata kak Ummi ialah dari Chef Hanieliza... Thanks Kak Liza & kak Ummi.. Memang sedap sangat2.. Kuih Lapis Pisang ni jugak lah yang aku buat masa kat kg untuk majlis tahlil & yaasin tauu.. sebab masa cubaan pertama tu aku rasa sedap bebenor.. jadi aku pun buat ler kuih tu masa kenduri tu... rasanya orang kampong tak pernah jumpa lagi kot kuih lapis ada pisang ni.. lain dari yg lain.. hehe..
KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber : Chef Hanieliza (copy dari blog Ummi Zaihadi)
Bahan A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan ke 2/3 cwn)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam
Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning
Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah
Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
1. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
2. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B). (MaDiHaA akhiri dengan lapisan adunan A (warna merah).
3. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
4. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.
Harap maklum.. gambar2 ini semua hanya diambil dari handphone saja.. kurang memuaskan :-(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cantiknya lapisan kuih lapis ni..
Post a Comment