Tuesday, June 25, 2013

Best Moist Chocolate Cake & cerita balik kampong..



Assalamualakum & salam sejahtera...




Cuaca yang berjerebu sekarang ni.. buatkan anak2 & MaDiHaA berasa kurang sihat.  Anak2 dah mula batuk2 & MaDiHaA sendiri pun dah mula sakit tekak.  Hujung minggu baru ni kami pulang ke kampong MaDiHaA di Pahang untuk membantu ma & adik membaja kelapa sawit. Tak sampai hati pula bila dengar adik cakap nak membaja sawit dengan ma. Sedangkan ma belum betul2 sihat lagi lepas pembedahan apendiks tempohari.  Ma dah beli 100 beg baja & alhamdulillah.. Sabtu lepas berjaya membaja sebanyak 70 beg.  Lebihnya tu.. nanti adik ansur2lah buat sikit2. Sebenarnya adik yang katanya nak membaja sama2.. tak dapat pula nak pegi ke kebun sebab anaknya kurang sihat.. demam pula.  Kalau tak tentu dapat disiapkan semuanya.  Takpelah.. Harap2 sempatlah adik siapkan sebelum menjelang Ramadhan.  Yang kelakarnya.. esoknya hari Ahad ma ajak pula kami pegi ambil buah sawit kat kebun sawit yang satu lagi.  Katanya sayang sebab mesti dah banyak buah yang dah masak sebab dah lama tak pegi ambik. Pokok sawit tu adalah pokok yang ma tanam sendiri kat kawasan tanah rezab bersebelahan dengan kebun sawit FELDA kepunyaan kami (kawasan paya yang ma upah tambak) rasanya pokok yang ada tak sampai pun 100 pokok.. hehe.. En. hubby yang kurang pengalaman memotong buah sawit terkial2 nak menyiapkannya. Maklumlah.. selama ni kerjanya di bidang lain.. disuruh menyabit kelapa sawit tentulah kurang mahir. Tapi alhamdulillah.. akhirnya berjaya juga menyabit semua buah2 sawit yang dah masak tu selepas kami bertiga bergotong-royong.  Hari tu semua anak2 kami angkut ke kebun sebab anak adik dah nampak sihat.. anak2 MaDiHaA pun ikut sekali... Bentang tikar bagi dorang piknik dalam kebun sawit.. siap berbekal nasi goreng dll.. hehe.. Hasil jualan buah2 sawit tu.. tolak dulu duit minyak pajero ma.  Kemudian bagi kat adik 30% sebab adik tukang kutip buah peroi aje.. Lebihnya tu.. Lepaslah duit minyak kereta kami pegi & balik.. bahagian ma takde sebab ma kata ambik jelah semua.. ma taknak.. hehehe... alhamdulilah.  Tapikan.. bila dah balik semula ke sini.. habis satu badan sengal2 dibuatnya... aduii.. letih juga dibuatnya.. dah lama tinggalkan kerja2 lasak gitu.. maklumlah stamina dah kurang..


Baru2 ni.. tekak terasa nak makan kek coklat.  Asyik buatkan untuk order aje kadang-kadang anak2 pun ada juga dok sebut2 teringin.  Kali ni mencuba resepi yang dah lama simpan iaitu resepi dari blog Nadz&Oven Kecil.  Menurut Nadz ini salah satu resepi kek coklat yang sangat sedap.  Alhamdulillah.. memang betul sedap kek ni.  Bila dibiarkan sehari.. kek jadi lebih moist.  MaDiHaA tak letak sebarang hiasan atau apa2 topping.  Makan macam tu je.  En. hubby yang kurang suka dengan kek pun boleh puji sedap.. maknanya memang sedaplah tu..  Yang kelakar masa MaDiHaA potong nak bagi pada jiran.. en. hubby pesan jangan habiskan.. dia belum puas makan.. hehe.. InsyaAllah nanti MaDiHaA nak buat lagi sebab tempohari kurang berpuas hati dengan hasil kek yang dibuat sebab kek sedikit merekah.  Mungkin silap MaDiHaA sendiri mungkin MaDiHaA terlebih pukul atau mungkin juga sebab MaDiHaA tak ikut saranan resepi yang mengesyorkan suhu 150C.  Konon2 nak suruh cepat sikit masak jadi MaDiHaA gunakan suhu 170C ikut sama macam Nadz.. hehe.. Mungkin oven MaDiHaA lebih panas dari oven Nadz.. so lain kali nak cuba ikut betul2 saranan resepi menggunakan 150C & kita lihat pula bagaimana hasilnya.  Walaupun rupa kek kurang cantik.. ia tidak menjejaskan rasanya.. Sedap, lembab & tak puas makan sepotong dua.  Yang penting.. suami & anak2 semua suka.. Terima kasih Nadz yang berkongsi resepi kek ni ye..


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE

OLEH : Nadz@ovenkecil                                                                            



Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula kastor
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)

Cara Penyediaan :

1.     Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan. (Naz menggunakan suhu 170 C).

2.     Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

3.     Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.

4.     Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.

5.     Tuangkan ke dalam loyang.

6.     Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).

7.  Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.

8.     Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.









RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

RUJUKAN : frugalliving



Bahan-bahan :

  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon

Cara Penyediaan :

1.     Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.

2.    Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.

3.     Biarkan larutan berehat selama 5 minit.

4.     Boleh digunakan.

Selamat mencuba!


28 comments:

Qhaifa Nur said...

seronoknya kak kalau ada kebun sawit..nur nak rasa buat semua itu (kutip buang sawit)...

betul tu kek ni nampak sangat sedap...bila hubby puji kita faham-faham sendirilah...

Fazleyatul Aini said...

woahhh sedapnya. lama dah tak membaking ni

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa kemain sedap ni terlio saya tengok...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak pun dah lama tak buat kek coklat ni... anak2 pun dah mintak.. nanti nak cuba resepi ni pulak lah :D

Bbwana adienia said...

salam kak..

em, memang best makan kek coklat..peminat tegar kek coklat ni kak..hehe..

umi's cup cake said...

Salam kak Madiha,
wa,,orang kat sini pun dah teringin tapi tak cuba lagi..kek ni nampak gebus sangat...

rahel said...

Adededeeee....sedap na kek coklat moist...tengah berangan nak dapatkan satu slice...

hazila said...

Tekak terasa nak makan choc cake dah beberapa hari tapi tuan badan malas nak buat. Nak beli pun malas, boleh gitu?

ummiaisyah said...

ye la kak ratna..dh tua-tua ni mmg terasa cpt penat la...camne la sy ni lg 10 taun...buat keje rmh pon dh pnt..blom lg masuk kebun mcm akak,,hehehe...

Firdawati Rashidi said...

salam, firda terliur okey..boleh buat untuk firda tak...hehe

Liza said...

kalau kek coklat bkn bdk2 je yg suka tp semua org blh suka kan...

Kak Mahh said...

Dah lama tak buat kek ni...

maizon bt hashim said...

Assalam...nak bakar choklat kek ni guna api atas bawah ke atau api bawah sahaja. Terima kasih

m.u.l.a.n said...

ohhhhh sedapppp ni... tq tq..

Lydia Miza said...

Sedapnya kek akak ni. Nmpk gebu

Umie Jazz said...

Assalamualikum...Madihaa salam kenal yer...suka intai blog puan..nampak kek ni teruja sesgt...gebuuu jer...nanti bole saya cuba...=)

Queenie said...

madiha, awak pernah makan buah kepala sawit rebus tak? memula rebus kelapa sawit tu, bila dah masak buang air rebusan tu, pastu tabur gula pasir secukupnya dan kacau2 lagi atas api sampai agak likat...wangi tau bau dia, pastu bila dah sejuk, makan....sedap!
selain nanti gigi kita jadi kaler kuning, berat badan kita pun boleh menambahkan pening...

ada beRAN?

cik cek said...

Madihah....tgk gambo je tau dah...confirm..moist...gebu...n yummyyyyy...:)

mama sara nur said...

assalam
blh bayangkan penatnya k madiha buat keja2 membaja tu. kita sekali sekala buat kerja agak berat memang sakitlah badan tp memang rasa puas gembira
mcm sy blk kg baru2 ni pun baru mencangkul sikit aduhhh he heee terus urat2 bengkak sampai kena urut ha haa
kalu asben kata sedap mesti sedapkan he hee resepi naz ni memang best

zila norazila said...

Klu dh lma tgglkn keja berat..sskali buat mmg pnt kn..tp akk mmg rajin tau..zila on dh lma x pergi kbun klpa swut arwah ayah..skrg masih tnm smula..pkok pn kecik lg..kek mmg meruntun jiwa tau..lma x buat..kecurr

EmbunRosaliza said...

assalam madiha, sedapnya kek coklat, tinggi je kek tu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

FIRDAWATI: W'salam firda... alamak dik... dah lama firda tanya akak dulu pasal kek choc moist ni kan.. insyaAllah bolehlah kalu firda nak buat utk mkn2... nnt bgtau nak bila ye?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MAIZON : W'salam... kek ni perlu bakar api atas & bawah... tp ikut suhu saranan resepi ye.. 150C. akak punya tu guna suhu 170C kek merekah sikit.. kalau utk mkn2 okay je.. tp kalau nak deko tak cantiklah nnt..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

QUEENIE: pernahhhh.. tp dulu2lah zaman2 sekolah rendah mak pernahlah buat.. mmg wangi & sedap kan.. kami panggil sira kelapa sawit. kalau rajin sikit mak kita buat kuih bingka dari pati buah sawit tu... biji sawit direbus dulu pastu diperah utk ambil patinya.. baru boleh buat kuih bingka.. haaa.. yg tu Q pernah mkn tak? hehe.. sedap tauu.... pasal lemak terkumpul tu kita tak takut sbb bukannya selalupun merasa mknan camtu.. kalau ikutkan... cheese pun menggemukkan juga.. hehe...

Mazita Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Mazita Ibrahim said...

Salam. Boleh sy dptkan email madiha. Tq.

ALoNa CintamaniszLite said...

uish..tak penah lagi try wat kek guna air mendidih ni..
leh try laa nanti, hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Mazita Ibrahim: boleh contact sy di ratna@zagro.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...