Thursday, June 6, 2013

Mee Kuah

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Baru2 ni tekak terasa nak makan mee berkuah.  Yelah asyik goreng saja jemu juga.. & kalau goreng mee biasa2 MaDiHaA memang malas betul nak ambik gambar sebab malas nak tulis resepi.. maklum kalau goreng mee tak pernah bersukat2 bahan.. main campak2 je.. hehe... Kali ni masak Mee Kuah & memang wajiblah kena ambik gambar sebab nak update resepi ke blog kan..

Apa2pun.. terima kasih kepada sumber resepi iaitu Dapur Kak Yah yang dikongsi oleh Mamasya.  Sedap sangat mee ni bagi tekak MaDiHaA.  Tapi MaDiHaA ada adjust sikit bahan2 ikut selera sendiri.  Ada juga campurkan ubi kentang rebus untuk pekatkan kuah seperti yang Mamasya tambah.  Punya tak sabar nak makan.. masa ambil gambar terlupa nak letak limau kasturi padahal memang ada beli.. tapi dah siap ambil gambar tu memang perah limau dulu sebelum makan.. hehe...



Mee Kuah
Sumber : Blog Dari Dapur Kak Yah,
Dapur Mamasya & MaDiHaA
(MaDiHaA buat 2 kali resepi di bawah)

Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning (450 gm)
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling/kisar
1 sudu besar sos tiram (MaDiHaA tambah 1/2 sudu lagi)
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili (MaDiHaA tambah sesudu lagi)
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang (ikut keperluan)

2 biji telur
Sawi

Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering (MaDiHaA letak 1 1/2 je)
sebiji cili merah (MaDiHaA tak letak)
Gula dan garam
Limau nipis (MaDiHaA guna limau kasturi)


mamasya tambah (pilihan-tak nak letakpun tak pa) 
2 ketul ubi kentang rebus- dilenyek (MaDiHaA tambah juga untuk pekatkan kuah)
beberapa ekor sotong (Yang ni MaDiHaA tak letak)

MaDiHaA tambah 1 keping tauhu goreng & dihiris 
MaDiHaA tambah taugeh mentah semasa mkn

Cara-cara
Mee dikacau-kacau di bawah aliran air dan ditoskan. (MaDiHaA rendam air panas kejap kemudian cepat2 tos)
Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling. Biar sampai wangi dan masukkan udang kering. Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang (Udang MaDiHaA masukkan akhir sekali) dan masukkan air(berpadanan). Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur. Masukkan gula dan garam, dan sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning. (MaDiHaA tak campurkan terus mee kuning.. tapi hidang berasingan spt mee kari)
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.

Nota dapurmamasya
Masukkan ayam dulu sampai mendidih, barulah masukkan ubi kentang, udang dan sotong. sayur dan cili tidak dimasukkan terus dlm kuah. 



Selamat mencuba!

16 comments:

ady said...

salam
sedapnye pagi2 mkn mee kuah..npk menyelerakan..

Bbwana adienia said...

salam kak..

beselera tengok mee kuah tu..perut plak tangah lapar ni..

hana said...

smlm punyer projek ikan tamban terbantut la kak! dah siap potong bawang bagai tetiba baru prasan yang ikan tamban tuh ikan masin bukan ikan bilis tamban! hadoi laaa..... last2 jd sambal goreng tempe jerk! hahahaha....

mee semangkuk kak! lapo! kekekeke

norhidana miswan said...

kalu bt juadah berbuka sedap nih kak... tp takde udang beso2 lak... nyum2... ober tul lah

zila norazila said...

klu zila biasanya mkn kuah n isi2 dulu..mee tu last skali..sedap btl tgok..

tun_telani said...

Salam kak madihaa.. sedapnyerr.. tun kalau mee mcm ni mmg suka makan.

Lydia Miza said...

Salam kak ratna, nmpk sedap! Terliur tgk gmbr mee akak ni

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

sedap tu ratna... akak kalau malas nak masak nasik.. buat jer mee berkuah ni :)

ummiaisyah said...

sy pon suka mkn mi kuah2 ni...lg pulak kalo ada ada udang bersusun mcm tu..hehehe..mmg bertambah2 la..
tp skrang ni kalo nk mkn mi kuah ni..sy mkn mamee chef..br mkn perasa laksa kari..mmg mcm mi kari betui..sedapp!

Liza said...

bestnya tgk mee kuah tu, boleh Liza try buat nnt...thnx ye

Norzila Zakaria said...

gini cukup rencah ramuannya zila pun ssuka kak..ada lagi ke tu..nak rasa ..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum kak..buat dinner memang sedappppppp ni

Qhaifa Nur said...

tengok tu tak nampak meenya...ditutupi dengan udang, telur dll...Nur cukup suka mee macam ni...

rahel said...

Salam Kak Ratna...
Kenapa rajin sangat masak mee kuah...kita tak tahan tengok tau....

Qasey Honey said...

Slm kak Madihaa...sedap pula tgk mee kuah tu..asyik grg aje kn..sskali tukar gini lak stail masaknya..leh la try juga nti..

Ayie Atiqah said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...