Wednesday, June 12, 2013

Acar Timun Ala Peranakan



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...


Sehari sebelum pulang ke kampong sempat MaDiHaA clearkan stok sayur dalam peti sejuk.  Nampaknya yang berbaki hanyalah mentimun & lobak merah.  Cili merah & cili hijau pun masih ada.. fikir punya fikir.. sedap juga kalau dibuat acar masak macam ma selalu masak bila ada kenduri kahwin kat kampong kami (Felda).  Dah jadi kebiasaan kat kampong kami masak memasak menu tambahan macam sayur2 & menu tambahan lain seperti pencuci mulut serta menu untuk makan beradap akan dimasak oleh kaum2 ibu. Manakala menu utama seperti nasi minyak, beriyani, lauk pauk dari daging & ayam umpamanya akan dimasak oleh tukang masak khas yang biasanya diupah/ tempah khas oleh tuan rumah.  



Godek2 resepi acar dari internet terjumpa resepi dari Mat Gebu ni tapi versi ini nampak lain sikit sebab katanya.. Acar Timun Ala Peranakan.  Nampak macam sama tapi mungkin lain sikit dari segi rasa... apa kata dicuba dulu baru tau sedap atau taknya.  Hmm.. bila masak & hidang dimeja.. hubby awal2 dah tegur katanya nampak sedap jer tengok bawang merah tu.... laaa... ingatkan MaDiHaA je yang dah terliur kat bawang tu.. rupanya en. hubby pun serupa.. hahaha.. Kami memang suka makan bawang dalam masakan terutama kalau nampak bawang yang dipotong kasar2 macam tu.. nampak macam sedap je.. hehe.. Walaubagaimana pun.. MaDiHaA takdelah letak sampai 10 ulas bawang seperti resepi.. MaDiHaA cuma letak 7 ulas je.. sebab anak2 tak suka bawang.. cuma kami berdua je yang suka.. lagipun hanya kami 3 org je yang makan sayur ni.. yang 2 beradik lagi memang tak usik langsung..

Acar ni sedap... sesuai sangat jika nak hidang dengan nasi berperisa.. tapi malam tu kami hanya makan dengan nasi putih & lauk tambahan yang lain..  Terima kasih Mat Gebu.. akak share resepi kat sini pulak ye..


 
ACAR TIMUN ALA PERANAKAN
Resepi : Mat Gebu

Sumber : MaDiHaA aka Ratna

BAHAN-BAHAN
2 biji timun saiz besar, kerat 3 atau 4, buang empulur dan hiris jejari*
Sedikit garam*
1 camca teh serbuk kunyit*(*digaul rata dan perap sekejap)
1 batang lobak merah, kerat 3 dan hiris jejari 
1 batang cili merah, kerat 3, buang biji dan hiris jejari
1 batang cili hijau, kerat 3, buang biji dan hiris jejari
10 biji bawang merah, belah 2 setiap 1 (MaDiHaA letak 7 ulas je)
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 inci halia, mayang halus
1 camca besar cili kisar
1 camca besar penuh rempah kari ikan
3 - 4 camca besar gula
2 - 3 camca besar cuka makan (cm guna cuka Jalen)
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 biji buah keras, hiris*(*dikisar halus)
Garam secukup rasa



BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 camca teh penuh biji sawi



CARA MEMBUATNYA
1.     Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis sekejap. Tambah bahan kisar halus dan rempah kari, masak hingga terbit minyak. Masukkan bawang putih, halia dan bawang merah. Tambah gula dan cuka makan. Kacau rata dan biar mendidih.
2.     Masukkan lobak merah, gaul rata dan masak hingga lobak lembut. Tambah cili merah dan cili hijau. Toskan timun, perah sedikit dan masukkan ke dalam kuali. Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi tomato..

Selamat mencuba!


19 comments:

JaSSNaNi said...

sedapnya acar... selalu kalau makan acar kat rumah kenduri... skrg ni banyak yang dah takde.. ringkas2 belaka.. mcm di gantikan dengan air asam dan jelatah.. kan..

Amie said...

Assalamualaikum Madiha,'Amie suka semua jenis acar, baik yang mentah mahupun yang dimasak... semuanya sedap! Acar ni buat pelengkap hidangan, harum wangi je baunya...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

memang nampaknya sedapppppppp sangat, Kak Madihaaaaaa.. kalau dapat dgn nasi beriyani, memang tak toleh depan belakang dah saya, hehehe

Cendana Kasih said...

kecur air liur..lama dh tak makan lauk ni

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah lama cari resepi acar ni Ratna... boleh mencuba nanti... lobak ada lagi cuma beli timun jer pulak :D

lieyalatif said...

fuh akak...kalo dah pakar memasak tu mmg terra la akak..tahap nak bersihkan n clearkan stok dlm peti pun kuar menu sedap2....lieya ni kalo tahap nak bersihkan peti ais ntah ape2 menu jadinye heheheeh...main campak2 jek laa masak dlm kuali ekekkekeekek

INA said...

Salam Kak..sedap acar nie..saya suka ratah2 terutama timun..

zila norazila said...

makan lawan dengan nasi minyak..atau nasi berperisa..sedapnya kak..:)..

tun_telani said...

wahh.. xpenah try laa resepi acar ada bahan2 tumis rempah semua.. nnti nk cuba juga.

Mas said...

kak.....makan ngan nasi minyak best tu....

norhidana miswan said...

kalu dh mmg teror msk, tgk timun ngn lobak pun blh jd acar sedap tuh, kalu dana bt dek je hehehehe

Rohah said...

Lawan nasi minyak..mmg sedap ni

rahel said...

Alalala....sedap ni rata2 jer....pembuka selera gitu....mak mertua i selalu buat macam ni...

ALoNa CintamaniszLite said...

ala peranakan tu...ala baba nyonya ke kak??

cikmanggis said...

Mkn dgn nasi berperisa mmg ngam
Tambah pula dgn sambal bekwoh.

EmbunRosaliza said...

Assalam madihah kita pun suka acar kenduri mcm ni, tapimmg betul sekarang ni acar simple2 je org buat. Sesekali kenduri masih lagi terjumpa acar mcm ni, terliur rasa nak buat ni

GK Arusuvai said...

I suka acar ini...nice combo utk nasi briyani

Qasey Honey said...

sedap la pulak tgk acar tu..walaupon xgemar sgt..hihi

Aisyah Rahim said...

Nmpk mmg menyelerakan.. sy da cuba resepi ni.. sy kurang suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...