Tuesday, June 18, 2013

Queenie's Sweet and Spicy Roasted Chicken



Assalamualaikum...

Salam sejahtera buat semua.. macam lama je tak jenguk blog ni.  Padahal baru je beberapa hari.  Weekend baru ni sibuk sangat menyiapkan tempahan customer yang berderet.  Tak sempat pun nak bereksperimen dengan resepi baru walau sebenarnya list resepi untuk dicuba berderet2.. hehe..  Masak pun masak lauk2 ulangan & nak ambik gambar pun tak berapa rajin sebab badan dah letih.  

Hari ni nak kongsi ayam panggang yang sedap resepi dari Queenie.  Resepi ni dikongsi oleh Queenie tapi sukatannya telah diberi secara tepat oleh Phong Hong yang telah mencubanya tempohari.  Jadi MaDiHaA terus je copy resepi dari blog Phong Hong.. senang dah ada sukatannya kan.. hehe.. terima kasih ye Phong Hong & terima kasih juga pada Queenie yang berkongsi resepi.

Walaupun ayam panggang MaDiHaA ni nampak tak menarik (terhangus sikit sebab belum pandai nak adjust masa panggang dalam pemanggang ajaib) tapi sebenarnya ayam panggang ni sangat sedap! Nampak je hangus tapi sebenarnya bukanlah rentung terbakar.. hehe.. Bahagian yang nampak hangus tulah yang sedap sebenarnya... & istimewanya bakar dalam pemanggang ni.. isi ayam tetap juicy & tak kering... memang sedap.. bakar pun tak perlu lama...

Kalau nak tengok versi yang lebih memikat.. bolehlah masuk ke blog Queenie & Phong Hong.. kalau tengok kat sana sure u all akan meleleh punya.. heee... MaDiHaA punya ni maybe tak cukup rempah ratusnya sebab buat 4 keping ayam tapi terlupa nak lebihkan rempah ratusnya.. lagipun semua kulit2 ayam memang MaDiHaA buangkan semuanya setiap kali memasak.. sebab tu ayam panggang MaDiHaA nampak kering & kurang berminyak.. (healthy concious la kunun) hehe.. tp no worries.. ianya masih sedap!  MaDiHaA minta izin ye Phong Hong & Queenie letak resepi ni kat sini... Thank you both of you...

Queenie's Sweet and Spicy Roasted Chicken

Recipe source : Adapted from Queenie

Source : Phonghongbakes



Ingredients :

- 3 chicken legs, thigh and drumstick separated. (MaDiHaA guna 4 keping saiz kecil & tak potong tapi MaDiHaA buang semua kulit ayam.. sebab tu ayam panggang MaDiHaA kurang berminyak.. hihi..)



Marinade :
1 tablespoon coriander powder (serbuk ketumbar)
1 tablespoon cumin powder (serbuk jintan putin)
1 tablespoon fennel powder (serbuk jintan manis)
1 teaspoon chilli powder (or chilli flakes or black pepper)
1/2 teaspoon turmeric powder
1 teaspoon salt
4 cloves garlic, pounded
1/2 inch ginger, pounded
3 tablespoons honey
2 tablespoons cooking oil
juice from 1 lime


Method :
1. Mix all the marinade ingredients together. Taste and adjust for seasoning.
2. Add chicken to the marinade and coat well.
3. Marinate for at least 4 hours or overnight.
4. Take marinated chicken out from the fridge and bring to room temperature.
5. Preheat oven to 180C.
6. Place chicken pieces on a lined baking tray. For the thighs, place it skin side down.
7. Roast for 30 minutes. At 20 minutes, turn the chicken pieces and continue to roast until chicken is cooked and browned.

Selamat mencuba!

18 comments:

Gee® said...

Wow! walaupun hangus tp menyelerakan... sesuai makan dgn nasi briyani ni...

Qhaifa Nur said...

baru ni nur bakar ayam..tak sempat makan dengan nasi ratah dah licin...tapi bukan nak cakap apalah bila kita pandai pelbagaikan rempah dll..memang sedap kan..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak..
memang la dah menjadi sesuatu yg wajib kan bagi kita kalau tak jenguk blog sehari pun dah cukup lama dah rasa... wajib jenguk jugak walaupun tak cukup masa skali pun.. kan.. :) sabtu ahad nani jenguk blog pakai hp je.. tapi tak pandai apdet blog kat phone.. :) cuma komen blog kawan2 je.. tu pun yg mana ingat URL.. :) ehehehe..

sedapnya kak ayam bakar ni.. nak test wat nanti.. suka gak skrg ni makan ayam bakar.. tapi nanti bil letrik sampai, harus lah bil naik sikit.. sbb asyik membakor ngan oven je kan..

Queenie said...

salam madiha, thank sudi sebut nama, happy jer bila masakan yg dicuba menjadi, kan?

PH tu boleh jadi secretary maya akak! wakaka...sebab dia rajin dok menyukat, akak pulak suka main campak2, apapun terbukti PH mmg superb di dapur, sebab tu hanya dgn tengok gambar jer dia terus boleh adjust sana sini dgn tepatnya dan dpt hasil yg terbaik ekekek...

pssst ratna, apa lah ertinya ayam panggang jika tanpa kesan hangus? akak mmg sengaja akan hanguskan sikit..baru makan menjilat jari, betoi dak?

umi's cup cake said...

Salam Kak Madihaa,
umi kalau masak ayam pun suka garing sikit macam akak buat...kulit pun buang jugak...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

sedap ayam tu kak...saya memang suka ayam bakar...

Ucu Faridah said...

alhamdullilah berderet2 tempahan...
seronok dengar...

biarpun hangit diluar akn tetap mnjadi pojaan hatiku..mau makan banyak kalau mcm ni punya lauk..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Perghhhh sedap tu Madiha.. rasa nak ambil jer peha tu satu... menggoda sungguh :D

tun_telani said...

salam kak madihaa.. sedap! dh lama x memanggang ayam..

Nooriah Abdullah said...

aduh wnaginya ayam panggang ni sampai ke brunei ni Madihaa heee mmg sedap hangus2 tak kisah lah janji sedap kan

Bbwana adienia said...

salam kak madihaa..

sukanya tengok menu roasted chicken tu..sedapnya terutama bahagian yang hangus2 tu..heheh..

cik cek said...

Tumpang lalu ptg hari madiha...waaa...bestnya...ayam2 panggang ni memang fav akak...nyum2..sedapnya..:)

m.u.l.a.n said...

sedaaapppp nya...!!!

Phong Hong said...

MaDiHaA my friend, terima kasih sudi mencuba dan sebut nama PH. Hee..hee..pemes lah tak lama lagi...Ayam ni sedap, kan? Kak Q memang terror dalam masakan. Kalau buat ayam panggang, mesti ada kesan terbakar sikit baru lah sedap! PH kalau makan ayam panggang, akan pilih yang hitam-hitam tu. Baru ada flavour!

zila norazila said...

Best klu garing camne..zila suka ratah2 camtu jew x jd lauk..sdapnyaa

Amie said...

Memang sebaiknya dibuang kulit ayam sebelum memasaknya kan Madiha... untuk hasil yang lebih menyihatkan.
Apalah yang ada pada rupa he hehh.... yang penting rasanya memenuhi selera keluarga!

Qasey Honey said...

betul tu kak..bhgn yg hangus tu yg brebut org nk..hehehe..nmpk sedap n myelerakan leh try nti..

::EIDA:: said...

mak aiiiiiiii............... terliurnye ida!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...