Assalamualaikum & salam sejahtera...
KEEP PRAYING FOR MH370...
Alhamdulillah.. seronok sangat dapat jumpa dengan mereka semua. Pertemuan kami ini diatur seawal beberapa bulan sebelum pertemuan. Sempena kepulangan & percutian Gert@Mykitchensnippets untuk menyambut Tahun Baru Cina di Malaysia... beliau menyatakan untuk bertemu dengan Kak Nor@Secubitgaramnor67 & juga beberapa blogger lain. Tapi nampaknya.. hanya kami berempat saja yang berkelapangan & berpeluang bertemu mata. Kak Jun tak dapat nak ikut serta kerana ada hal yang tak dapat nak dielakkan. Terima kasih Gert sudi nak berjumpa dengan MaDiHaA. Terima kasih juga pada Kak Nor yang war2kan pada MaDiHaA. Terima kasih pada semua yang sudi datang hari tu termasuk Kak Nah@Makcik Manggis. Seronok dapat berbual2 dengan kakak2 semua. Bukan senang nak berjumpa macam ni tau...
The Mines saksi pertemuan kami pada 16 Feb 2014... walaupun baru pertama kali bersua muka.. tapi berborak macam dah kenal bertahun2... hehehe..
Tak lepaskan peluang bergambar dengan kak Nor Secubit Garam. Sapa yang tak kenal dengan Kak Nor kan... handal & sangat rajin memasak... Comel sangat orangnya.. hehehe..
Alhamdulillah.. sanggup turun dari Terengganu utk pertemuan ini.. TQ Kak Nor.. Sekarang Kak Nor sedang sibuk dengan persiapan majlis menyambut menantu sulung beliau pada Sabtu ini. MaDiHaA doakan majlis berjalan dengan lancar.. Maaf sangat2 sebab tak dapat datang kenduri kak Nor.. keadaan tak mengizinkan..
Gert pun salah sorang yang MaDiHaA kagumi.. Suka intai2 blog beliau.. sesekali tinggalkan juga komen & kadang2 bertegur dalam FB.. mesra sangat orangnya. hehe... Gert memang handal memasak macam2.. Memang tak sangka sangat2 dapat jumpa dengan Gert yang jauh merantau di Northern California, USA mengikut suaminya di sana.. Thanks for everything Gert..
Kak Nah@Makcik Manggis orang terakhir sampai.. Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga jumpa dengan Kak Nah. Dah lama kenal Kak Nah di alam maya sejak dari MaDiHaA aktif berfotopages hinggalah MaDiHaA ada blog sendiri. Tetapi baru kini dapat bersua muka. Blog Kak Nah pun jadi salah satu blog rujukan MaDiHaA juga.. Kak Nah sangat pentingkan kesihatan dalam penyediaan makanan kepada keluarganya... salute sangat dengan akak... Ada rezeki nanti kita jumpa lagi ye kak..
Kepada semua kakak2 yang MaDiHaA sayangi & amat kagumi.. terima kasih untuk pertemuan ini. Terima kasih juga untuk semua buah tangan dari kalian. Semuanya MaDiHaA suka.. Ada rezeki insyaAllah pasti dapat bersua lagi..
7 comments:
Assalam kak MadihaA..seronok kan bila dapat bersua muka ngan geng blogger...
Cantiknya madihaA..pestaim tengok..
salam kak..
wah, seronoknya dapat bertemu mata dengan blogger2 yang hebat..
Comel comel semuanya....:)
Seronoknya! Sayang PH tak dapat join sama.
waaa bestnya gathering, dapat macam2 hadiah lagi. rezeki2
bestnyer kak... seronok saya baca.. bila pulak kita dapat jumpa.. :D
Alamak macamana kaknah terlepas pandang ni...tak puas jumpa hanya sekejap je.Insyallah jika ada rezeki dan umur panjang kita jumpa lagi ya...dan kawan-kawan lain yang belum pernah Kak Nah jumpa ada umur dapatlah kita buat date nanti ya :)
Post a Comment