Saturday, March 15, 2014

Sambal Sotong Kembang Dengan Kacang Tanah

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Jarang-jarang2 dapat update hari Sabtu.. Hari ni entry autopublish aje.. hehe..  Masa entry ini ke udara... insyaAllah kami dalam perjalanan ke JB untuk bertemu dengan adik bongsu ku di sana. Doakan perjalanan kami selamat ye...

MaDiHaA suka sangat buat sambal kering2 macam ni.  Biasanya.. tempe, ikan bilis & kacang tanah yang jadi mangsa.  Kali ni kita tukar selera pula... gunakan sotong kembang pulak.  Sebenarnya sotong kembang ni lebihan ada tinggal banyak tu je dalam freezer.  Tak tau nak masak apa sebab sikit sangat.  Sebab tu dicampur dengan kacang tnah.  Dah dimasak tu... aii.. sedap pulak.. tambah2 ada kacang tanah goreng tu.. memang feberet!

Jom jamu mata... resepi biasa2 aje kat Dapur MaDiHaA ni.. pernah masak sambal sotong campur kacang tanah yang dikisar.. kali ni cuba dengan kacang tanah sebiji-sebiji pula.. hihi...



Sambal Sotong Kembang Dengan Kacang Tanah
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
180 gm sotong kembang (yg siap direndam)
150 gm kacang tanah ~ digoreng garing dgn minyak
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis
1/2 sudu besar gula
sedikit serbuk perasa
garam secukup rasa

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulang bawang putih
4 biji cili merah
2 biji cili padi
secubit belacan

Cara menyediakan 
1. Rebus sotong kembang hingga masak & toskan. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan kisar sehingga wangi & terbit minyak.  Masukkan gula, serbuk perasa & garam secukup rasa.
2. Masukkan sotong kembang yang telah direbus & asam gelugur & masak sebentar.  Bila kuah nampak pekat bolehlah masukkan kacang tanah yang digoren garing tadi.
3. Gaul rata & siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

7 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Boleh Di Cuba ni mandiha..
Semoga selamat sampai ke destinasi ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sedap nih mkn ngan nasi panas2.. :)

Fazleyatul Aini said...

fuh sedapnya
memang feveret ni

adda syuhada said...

semalam baru masak sambal sotong...tp versi biasa jer...yg ni nampak sedapp....

Izzan Yong Rosdin said...

jemput singgah ke blog saya.. baru nak berjinak2 berblog.. hrap mendapat sokongan dan dorongan dari anda.. tq

http://izzanyrosdin.blogspot.com/

lieyalatif said...

lieya selalu buat sambal biase jek kak sotong nieh...tgk menu akak ni menarik plak...boleh laa lieya buat nanti heheheehe...lieya suke gak sotong selipar ni hahaahah dasat tak lieya bagi name sotong selipar hahaahahaha...

Bbwana adienia said...

menggiurkan sambal sotong tu kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...