Friday, March 21, 2014

Muffin Pisang Gebu



Assalamualaikum & salam sejahtera....
KEEP PRAYING FOR MH370

Lama sungguh rasanya kami tak beli pisang kat rumah tu.  Masa MaDiHaA ke rumah adik di Klang tempohari untuk menempah baju (uniform Puteri Islam) untuk anak dara MaDiHaA yang sulung tu... adik bagi 2 sikat pisang berangan yang ma kirimkan dari kampong.  Semuanya dah masak ranum sebab dia bawa balik pun dah seminggu awal dari tu.  Sebahagian dah kena makan dengan anak2... & sebahagian MaDiHaA jadikan muffin ni.  Anak2 memang suka sangat makan muffin pisang.  Memang tak membazir kalau buat.  Lagipun suka buat muffin sebab kerjanya mudah!  Tambah pula.. memang dah tak sabar nak gunakan muffin paper pemberian Gert tempohari... hehehe.. TQ Gert... i like it very much!

Resepi ni MaDiHaA ambil dari Allrecipes & telah diubahsuai mengikut selera MaDiHaA.  Resepi asal tu sebenarnya ada letakkan crumb... tapi MaDiHaA kurang rajin pula nak letakkan.  MaDiHaA guna nama Muffin Pisang Gebu je sebab muffin ni memang sangat2 gebu.  Kalau ada pisang yang dah ranum tu.. bolehlah cuba resepi mudah ni ye.  Kali ni muffin tak gunakan langsung susu segar... tapi tetap sedap di tekak kami..

Muffin Pisang Gebu

Resepi asal : All recipes
Diolah oleh : MaDiHaA aka Ratna
(resepi asal dpt 10 biji muffin saiz sederhana)

Bahan2 
1 1/2 cawan tepong gandum
1 teaspoon baking soda (soda bikarbonat)
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
3 biji pisang (MaDiHaA guna 270 gm)~ dilecek
3/4 cawan gula kastor (MaDiHaA guna 2/3 cawan gula perang sebab pisang yg digunakan dah masak ranum & sangat manis!)
1 biji telur ~ dipukul ringan
1/3 cawan mentega cair (MaDiHaA guna minyak sayuran)
 
Cara menyediakan
1. Panaskan oven 190 C (MaDiHaA guna 180C). Aturkan muffin pan dengan kertas muffin atau paper liner.
2. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepong gandum bersama baking soda & baking powder. Masukkan garam & gula & gaul sebati.
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lecek, telur & mentega cair. Tuangkan bahan cecair ke dalam bahan kering (tepong) dan gaul sebati menggunakan whisker atau senduk kayu. Jangan terlebih kacau asal bergaul rata sudah cukup.
4. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin hingga paras 3/4 ketinggian kertas muffin.  Atau jika mau muffin naik membumbung seperti muffin MaDiHaA tu.. sudukan lebih sedikit adunan sehingga hampir penuh. (tinggalkan ruang lebih kurang 0.5 cm).
5. Bakar muffin antara 18 ~ 20 minit bergantung suhu & jenis oven yang digunakan. (MaDiHaA guna 180C & bakar selama 22 minit sebab acuan muffin tu besar... 1 adunan hanya dpt 7 biji muffin). Boleh uji muffin dengan lidi penguji untuk test samada muffin dan masak atau belum.


Selamat mencuba!

11 comments:

Fazleyatul Aini said...

dah lama tak buat kek/muffin pisang. terbau2 dah ni

mama sara nur said...

Assalam
Sedapnya, wangi semerbak baunya
Mkn petang dgn kopI o bestnya

Bbwana adienia said...

salam kak..

comelnya mufin..gebu sangat..sedap ni makan mufin petang2 macam ni kak..

izahdaut said...

meman suke una resepi ni. gebu n sedap n wangi

m.u.l.a.n said...

hhmmm yumm yummm... sedaaaappp apa pon dari pisang..

Amie said...

Buat minum petang ni... alangkah nikmatnya!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Madiha..Nampak gebu mafin ni...Sedap makan panas2..Lama juga saya tak buat mafin...

Liza said...

nmpk lembut je muffin ni, sedap kalau dapat sepiring ni...hihi

Nurul Huda M S said...

Barang2 dah ade. Tak sabo nak test

Eisya Asma said...

Assalammualaikum kak..sy mohon share resepi
Akak ye...terima ksih ats pkongsian..

SITI KHATIJAH said...

Assalamualaikum..
Saya ada satu soalan..
Telur tu kena pukul asing dulu ke sebelum satukan dengan pisang lecek dan mentega cair tu?
Ke terus pecahkan dalam pisang lecek je..
Terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...