Friday, March 20, 2015

Gulai Lemak Cili Padi Pisang Muda

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Teringat2 kesedapan gulai lemak cili padi pisang muda ni.  Selera kami suami isteri memang lebih kepada menu2 kampong.  Tapi anak2 ada yang belum dapat terima menu kampong macam ni.  Mungkin sebab pedas kot.  Harap2 bila dah besar nanti mereka juga dapat menikmati menu kampong yang sedap ni.  Buat masa sekarang, hanya si sulung yang enjoy masakan macam ni.. Bila dah masak gulai lemak macam ni.. goreng ikan masin dengan ikan goreng pun dah cukup. Kalau rajin boleh tambah ulam & sambal belacan... hmm... makan tak toleh kiri kananlah jawapnya...


GULAI LEMAK CILI PADI PISANG MUDA
Resepi : MaDiHaA aka Ratna


Bahan2
1 sikat pisang muda (boleh guna pisang emas, pisang putar/masam atau pisang 40 hari) ~ dipotong ikut suka lalu direndam dlm sebesen air (utk elakkan pisang menjadi lebam)
4 ~ 5 ulas bwg merah ~ ditumbuk
1 ulas bwg putih ~ ditumbuk
15 biji cili padi ~ ditumbuk
1 cm kunyit hidup ~ ditumbuk
Sejemput ikan bilis ~ dikopek bersih ~ rendam & ditumbuk
1 btg serai ~ dititik
1 biji kelapa ~ ambil santan secukupnya (agak2 tenggelam pisang & lebihkan santan dlm 2 inci dari paras pisang)
garam secukup rasa

Cara Menyediakan
1. Masukkan pisang yg siap dipotong dan dibersihkan ke dalam periuk.
2. Tuangkan santan secukupnya diikuti dengan bahan2 tumbuk & serai.
3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau2 sentiasa supaya santan tak membuak.
4. Masukkan garam secukup rasa. Jika suka boleh tambah sekeping asam keping.
5. Biarkan hingga pisang empuk dan sedia utk dihidangkan. 


Selamat mencuba!

6 comments:

kak ruby said...

sedap kan kalau dpt mkn tengahari ni, nak buat pisang tak de.....

Aima said...

Sedapnya tak pernah cuba lagi, walaupun kekadang kalu jumpa pisang nie macam nak buat, sebab takut tak menjadi plak...

che mid said...

Lama tak masak pisang ni. Ada juga cari pisang tapi tak jumpa yang sesuai

Yana Shaiful said...

Sedapnya gulai pisang muda..mkin berselera mkn nasi klu dpt mkn lauk kg mcm nii..

norhidana miswan said...

dana penah mkn gulai pisang tp tak berapa nk minat kot kak... sbb dh beso baru kenai hehehhe...

aji nugraha said...

enaknya... menderita kolesterol tinggi diabetes dll silahkan berkunjung di->> Obat Jelly Gamat Gold G

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...