Monday, March 9, 2015

Dugaan kecil buat kami....

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Masih terasa2 pedihnya selepas operation cysts yang MaDiHaA lalui beberapa bulan yang lalu.. kini giliran en. suami pula menjalani pembedahan.  Inilah namanya kehidupan. Tidak selamanya sihat... kadang kala ujian datang tanpa diundang.  Inilah dugaan kecil buat kami.  Kesakitan itu bukankah kifarah dalam kehidupan? Kesakitan juga penghapus dosa2 kecil sekiranya kita redho dengan ujian tersebut.  

Alhamdulillah.. setelah bertahun menunggu giliran operation membuang tonsil & setelah 3 kali operation tertunda disebabkan pelbagai sebab... Sebelum ini MaDiHaA pernah ceritakan perkara ini dalam entry  di sini.  Alhamdulillah akhirnya hari Rabu 4hb Mac 2015 baru2 ini en. suami telah pun selamat menjalani pembedahan membuang kedua2 belah tonsilnya yang mengalami masalah bengkak sepanjang masa yang dah bertahun2 lamanya.  Tiada apa yang dapat diucapkan selain doa tidak putus semoga en. suami cepat sihat & semoga kesihatannya bertambah baik selepas ini. Amin...


Ini gambar semasa en. suami di tahan di ICU sejurus selepas operation berakhir.  Terpaksa dihantar ke wad ICU untuk pemerhatian & pemantauan doktor kerana en. suami mengalami masalah pernafasan.  Syukur segalanya dah berakhir.  Hanya semalaman ni ICU kemudian esoknya dihantar ke wad biasa. Selepas beberapa malam di wad, akhirnya dibenarkan pulang.  Lega sangat bila suami dibenarkan discaj.  Tak perlu lagi ulang alik ke hospital. Kasihan anak2 sebab tak dapat ikut sama ke hospital kerana kanak2 tidak dibenarkan melawat.  Ibu doakan moga abang cepat sembuh. Amin..

4 comments:

Dr K said...

alhamdullilah..dah selamat dibuang tonsil nya...

moga terus speedy recovery buat suami

umi's cup cake said...

Alhamdulillah..Semoga segalanya dipermudahkan ya kak

hazila said...

Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh.

mrs said...

Alhamdulillah semoga dipermudahkan semuanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...