Assalamualaikum & salam sejahtera....
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ia sangat sinonim dengan menu sarapan pagi kerana bahan2 seperti sambal, telur rebus, kacang goreng & bilis goreng boleh dimasak malam dan dengan itu mempercepatkan masa menyediakan sarapan untuk keluarga. Bangun pagi hanya masak nasinya saja. Jika nak lauk pauk yang lain itu terpulanglah pada citarasa masing2. Bagi MaDiHaA bila nak cepat, hanya nasi lemak biasa atau yang basic sajalah yang MaDiHaA sediakan untuk family. Jika teringin nak makan nasi lemak berlauk macam2, beli sajalah di gerai pagi2 tu bolehlah pilih pelbagai lauk atau jika nak masak sendiri, kena tunggu hujung minggulah jawapnya.. hihi..
Sekarang nasi lemak popular tak kira waktu. Pagi atau malam... ada saja dijual dimana2.
Jom masak nasi lemak!
NASI LEMAK

Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
3 pot beras
3 1/2 pot santan sederhana pekat
2 ulas bawang merah ~ hiris
1 inci halia ~ hiris
2 helai daun pandan ~ simpul
garam secukup rasa
Cara menyediakan
1. Beras dicuci bersih
kemudian toskan airnya. Terus masukkan santan, bawang merah & halia
yang dihiris, daun pandan & garam. Kacau rata. Untuk kaedah rice
cooker, tekan saja butang cooking & tunggu sehingga ia masak
sepenuhnya. Aggaran selepas 5 - 10 minit butang rice cooker menunjukkan
nasi sudah masak, gemburkan nasi lemak kemudian tutup kembali tutup
periuknya. Sedia dihidangkan.
2. Untuk kaedah masak di
atas dapur gas, selepas dicampurkan semua bahan2 masak seperti biasa
sehingga santannya nampak agak kering terus tutup periuk dengan
penutupnya & perlahankan api. Biar sehingga nasi tanak. Sejurus
sebelum dihidangkan, gemburkan dahulu nasinya.
3. Hidang nasi lemak
bersama sambal tumis, timun, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng,
telur dadar/telur rebus/telur mata kerbau ikut kesukaan masing2.
Bahan2
Segendam besar ikan bilis ~ dikopek bersih
4 senduk nasi cili kering kisar
1 sudu besar rata asam jawa biji ~ campur sikit air ambil jus
2 biji bawang besar ~ dimayang
Gula, garam & aji (jika suka) secukup rasa
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar
Sejemput ikan bilis ~ dikopek bersih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil rata belacan (agak2 jelah ye)
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing & ketepikan.
2. Menggunakan minyak
yang sama (ini boleh menambah kesedapan sambal tumis) tumiskan bahan2
kisar & cili kisar sehingga terbit minyak. Masukkan air asam jawa,
gula, garam & aji (jika suka). Masukkan air & biar mendidih.
Bila nampak sambal terbit minyak bolehlah masukkan hirisan bawang
besar. Ikan bilis yang digoreng tadi boleh jugak dimasukkan ke dalam
sambal bersekali semasa masukkan bawang. Boleh juga kalau tak
dimasukkan bilis goreng & hidang bilis yang garing tadi berasingan
semasa makan. Terpulang pada citarasa masing2.
Bahan2 Tambahan
Timun
Telur rebus
Kacang goreng
Bilis goreng
Selamat menjamu mata...!
Bahan2 Tambahan
Timun
Telur rebus
Kacang goreng
Bilis goreng
Selamat menjamu mata...!
3 comments:
betul ckp akak...menu yg bukan hanya utk sarapan, skrang ni lunch ke dinner pun boleh bedal nasi lemak ...berlemak2 jadinye hahaahahaha...mcm lieya la kak...kalo pagi tu buat sarapan nasi lemak, mmg saje lajakkan sampai boleh tahan utk lunch..senang tak yah masak byk2 kali sehari tu haahahahaha
Aslmkum Ratna....kebetulan pagi td sarapan nasi lemak kat office ...sambil mkn bincang resepi nasi lemak yg dah pelbagai termasuk jenis2 beras sekali...tp nasi lemak ada sambal bilis dg telur pun dah sedap.
wallaaa nasi lemak...sedapnyaaa kalau pagi2 bangun tido bau nasi lemak nie...azue suka sambal ikan bilis mcm nie...mkn dengan nasi lemak panas2 terangkatt bebbb
Post a Comment