Thursday, March 17, 2011

Donut Labu lagii....


Salam & selamat pagi...

Pagi ni sekadar pos n3 / menu ulangan jelahh... Donut labu yang agak kontroversi sedikit masa lalu... kekekeke.. malas nak cerita kat sini.. sapa2 yang tau tu.. tau2 sendiri sudahlah yer...

Sebenarnya.. dah lama jugak buat donut ni.... aku buat lagi sebab labu masih ada.. & lagipun.. anak2 tak puas makan donut yang aku buat dulu.. masih menggunakan resepi original yang aku pos tempohari.. tak ubah & takde tokok tambah bahan2 lain sedikit pun..  sukatan tepong tetap 620gm.  cuma... pada yang nak mencuba tu.. silalah ikut tips yang disarankan iaitu... LUMURKAN MINYAK MASAK PADA TANGAN ANDA semasa nak membentuk doh sebab doh donut ni memang agak lembik sedikit hatta memang TAK BERJAYA nak MEMBULATKANnya...  Tapi ini bagi yang uli guna BM la yer... kalau anda uli DENGAN TANGAN memang disarankan menambah tepong sampailah tangan anda SELESA menguli... wallahualam...



Ini rupa doh lepas dah dibuang angin.. melepek jer.. memang lembik & melekat2 kat bekas hatta kat tangan... jadi.. sila ikut tips yang dikongsi dalam resepi.. SAPUKAN TANGAN DENGAN MINYAK MASAK semasa membentuk doh... insyaAllah.. takde masalah.. pada dulang pun mesti sapu minyak masak jugak ye!

Oh ya..  kalau rasa tak selesa dengan doh yang begitu lembik tu.. takde masalah nak tambah tepong.. tapi.. hasil donut nanti.. tidaklah selembut yang menggunakan resepi asal.. sebab mengikut pengalaman.. lebih lembut doh.. lebih lembut donatnya...  wallahualam..


Ok.. kalau nak resepi.. bolehlah klik kat SINI yer..

PENTING!*
Kepada mereka yang nak buat separuh adunan.. untuk mengelakkan tersilap/terlebih  sukatan bahan2 cecair yang disukat dalam cawan yang menggunakan sukatan pecahan.. lebih selamat anda gunakan sukatan sudu... sebab agak sukar nak sukat dalam pecahan 1/6 cawan bagi minyak masak & 1/8 cawan bagi susu pekat... jadi sila gunakan sukatan sudu untuk mengelakkan terlebih sukatan & membuatkan doh anda jadi semakin lembik... sila ikut seperti contoh dibawah...

bahan2 cecair setengah adunan
minyak masak = 3 sudu besar
susu pekat = 2 sudu besar

Terima kasih!

Wednesday, March 16, 2011

Kerabu Ikan Tongkol


Salam & selamat pagi....

Menu yang membangkitkan selera... sedapp!! Actually.. dah lama dah buat menu ni... hari ni baru tiba giliran dia enterprem kat sini.. hehe.. Terima kasih Watierman MyR sudi berkongsi resepi... izinkan saya copy & paste resepi ni ke blog saya pula yer... resepi ni saya ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam.... tima kasih jugak pada Kak Nor... Terima kasih jugak pada Yani yang pertama kali mencuba & berkongsi di blog..

Ini resepinya kalau ada yang nak mencuba...


Kerabu Ikan Tongkol by Watierman myresipi
sumber : Yani
sumber: Kak Nor

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol (ikan kayu/ ikan aye) sederhana besar [MaDiHaA guna 1 ekor]
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis
sedikit gula (ditambah)
1 kuntum bunga kantan [MaDiHaA tambah] ~ dihiris nipis

Cara-cara
1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua.  Lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi.
2. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah, cili api & bunga kantan.
3. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa.
4. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi.  Gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam & gula secukup rasa dan perahkan limau kasturi .... dah siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!

Tuesday, March 15, 2011

Kek Gulung Kasih


Assalamualaikum...

Petang semalam dok blog walking ke rumah kengkawan.. sempat jugak singgah sekejap ke rumah Dayang Jack.  Tiba2 hati terpaut bak kata orang.. jatuh cinta pandang pertama gitu bila terpandang Kek Gulung Kasih yang DJ buat... hehe.. serupa jugak macam kes terpandang Kek Alunan Kasih di rumah Mamasya dulu tu... rasa macam tak sempat2 je nak mencuba!  Lagipun.. bahan2 semua bahan2 basic aje & memang semua ada kat rumah... tanpa berlengah.. terus sms kat anak dara kat rumah tu suruh dia keluarkan telur dari peti sejuk.. hehe..  So malam tadi jugak ku jalankan eksperimennya! Hari ni pun tak sabar2 nak update hasilnya ke blog.. hehe..


Minggu ni.. Mr. Hubby kerja shift malam.. macam biasa rutin dia bila kerja malam.. dia yg siapkan menu dinner a.k.a menu sebelum dia pergi kerja.  Nak harap wife dia balik masak memang tak sempatlah sebab aku sampai rumah pun dah hampir pukul 7 malam.  Sedangkan dia kena pegi kerja dalam pukul 7.30 ~ 7.40 gitu.. Mr. Hubby orangnya jenis suka makan kat rumah berbanding kat kedai kecuali dalam kes2 tertentu seperti pegi jalan2 atau shopping ker.. itu lainlah kan.  Kalau dah memang ada kat rumah.. seboleh2nya dia akan makan kat rumah.. So jalan penyelesaiannya.. dia kenalah masak sendiri!  Mem dia balik tinggal sambung je keje2 dia yang kadang kala separuh jalan tu.. Kalau bernasib baik... balik2 je dia dah settle semua dah.. tinggal cedok nasi jer gambar2 tak ambiklah ye sebab bukan sendiri masak.. hehe.. Thanks abang! Sebab tulah.. aku pesan kat anak suruh keluarkan telur awal2... so lepas dinner, bersihkan diri solat etc.. terus boleh jalankan eksperimen aku.. hehe...  

Oklah sebelum meneruskan ke resepi... nak ucapkan terima kasih pada Dayang Jack untuk resepi kek yang sedap ni.  Anak2 semua tak sabar nak rasa.. tapi.. semua kena tunggu ibunya klik-klik dulu.. hahaha.. (kejam sungguh!) Bila dah rasa semua kata sedap!  Cuma ibu dia je makan sikit je sebab pada tekak aku kek ni agak manis sikit..  yelah.. dah bila sapu dengan jem.. tentulah lebih manis rasa dia..  tapi budak2 tu suka jer cuma aku je yg tak boleh makan manis2 sangat.. hehe.. Dapatlah tinggalkan kat diaorang pagi ni sebab dorang tu dok rumah je sepanjang cuti sekolah ni.  Yang kecik je hantar ke baby sitter.  

Oklah DJ.. akak mintak izin C&P ke blog akak pulak yer... Rasanya lepas ni ramai lagi yang berkenan nak mencuba resepi ni... tengok pada komen kat blog DJ tu.. Izah & Mas pun macam berminat nak buat jugak.. kita tunggu versi diorang pulak yer.. hehe..  Oh ya Dayang.. akak mintak maaf sebab guna warna lain dari yang disarankan.. bukan apa... warna2 tu semua jarang2 digunakan terutama warna purple & biru tu.. sebab tu sengaja guna warna2 tu semua sebab kalau tak guna.. bilalah nak abis pewarna yg masih  banyak tu.. hehe..

Oklah.. menceceh tak abis2 makcik sorang ni bila dah menulis.... jom tengok resepi pulak!

Kek Gulung Kasih by Dayang Jack
Source : MaDiHaA a.k.a Ratna
[loyang Dayang saiz 17cm x 24 cm ~ Loyang MaDiHaA saiz 9" x 9"]

bahan-bahan :

70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning [MaDiHaA guna warna merah, purple & biru]

Cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja.  MaDiHaA pun ikut sama macam DJ!). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. [MaDiHaA gulung dulu kek tanpa sapu jem kemudian buka semula gulungan barulah sapu jem & gulung semula kemas2]
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 
mintak tolong anak2 bancuh warna2 tu semua.. anak bujang ku yang sorang tu pulak sibuk 
nak tolong menompokkan adunan.. tah apa2 corak dia buat! hehe..



Selamat mencuba!

Monday, March 14, 2011

Kamheong Baby Squid

Assalamualaikum..

Pagi tadi sangkakan sempatlah nak update blog ni.. rupanya agak sibuk sikit.  Jadi kita update jelah petang2 sikit sebab sekarang baru je lega sikit... hehe..

Resepi yang nak dikongsikan hari ni ialah resepi yang diambil dari blog TastesOfHome.  Teringin nak rasa kelainan resepi kamheong sotong yang ditunjukkan.. aku pun cubalah resepinya.  Kamheong ni boleh jugak nak digunakan dengan bahan2 yang lain seperti ketam atau udang.  Ikut cita rasa masing2lah ye.  Thanks kepada tuan punya resepi untuk resepi ini ye.  Resepi asalnya menggunakan sotong saiz biasa.. tapi aku dah tukar ke sotong bersaiz kecil a.k.a baby sotong yang saiznya sangat2 comel gitu.. hehe.. sotong yang aku masak ni yang paling besar pun adalah sebesar ibu jari & yang paling halus sehingga besar jari kelingking Alin pun ada.. Jenuh nak membersihkannya... tapi bila makan memang sedappp!! Tak sedar sekor2 masuk mulut.. hehe.. Sotong ni mr. hubby yang beli.. kita ni tukang masak aje... redho jelah walaupun terpaksa terpacak depan singki begitu lama nak bersihkan sotong tu.. hehe.. Ehh.. ni bukan mengeluh.. cuma nak bercerita aje... actually hubby beli 2 kg anak2 sotong ni.. haa.. mau tak berejam nak siang sotong tu? Lagi 1kg.. tunggu next round pulaklah masaknya... belum tau lagi nak masak apa.. tapi rasanya.. nak pilih menu2 yang tak pedas aje sebab anak-anak suka makan sotong ni..


Oklah.. kat bawah ni resepi yang telah diolah dari resepi asal.  Untuk resepi yang original sila klik SINI.

Kamheong Baby Squid
Source : tastesofhome
Olahan & Terjemahan : MaDiHaA a.k.a. Ratna

Bahan2 :
900 gm ~ 1 kg sotong kecil/anak sotong [boleh juga nak guna sotong biasa]
3 ~ 4 sudu besar tepong jagung

3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
5 ulas bawang merah ~ dihiris / dicincang
8 biji cili padi ~ hiris halus [MaDiHaA tak letak sebab anak kecik nak makan]
2 sudu besar udang kering ~ rendam, tos & cincang halus
1 sudu besar rempah kari ikan [MaDiHaA guna rempah kari ayam/daging je]
3 pelepah daun kari ~ lurutkan daunnya sahaja
3 ~ 4 sudu besar kicap cair
½ cawan air
Garam & perasa secukup rasa




Cara2 Menyediakannya:
1. Anak sotong dibersihkan seperti membersih sotong yang besar terutama buang kotoran dlm perutnya terutama dakwatnya.  Buang juga tulang lembut & kalau rajin buang juga kulit ari yang warna purple2 tu.
2. Basuh sotong & tos hingga kering.  Masak sebentar sotong dengan api sederhana sehingga airnya terbit & sotong berubah warna.  Tutupkan api.  Tos kering.  Keringkan dengan tuala dapur yang bersih sehingga benar2 kering.  Gaulkan sotong dengan tepong jagung sehingga rata.
3. Panaskan sedikit minyak anggaran 6 ~ 7  sudu besar & goreng sotong dalam kuantiti yang sedikit setiap kali menggoreng (masukkan sotong satu persatu & jangan goreng sotong sekali gus! 1 kg sotong = goreng 4 kali!) Goreng sehingga sotong berubah warna & TAK PERLU garing.  Agak2 tepongnya masak dah memadai. Toskan sotong yg digoreng.  Ulangi menggoreng beberapa kali sehingga habis kesemuanya. (waktu menggoreng berhati2 kerana sotong kadang kala meletop! sediakan perisai seperti penutup periuk/penutup pengukus semasa menggoreng.. hehe..
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali yang lain dengan api yang sederhana.  Tumiskan bawang putih, bawang merah, daun kari & cili padi sehingga wangi. Masukkan udang kering cincang & biarkan sekejap.  Masukkan rempah kari & kacau rata.  Sebelum rempah hangus segera masukkan air & kicap cair. Kacau rata.
5. Masukkan sotong kecil yang digoreng tadi & perisakan dengan garam & serbuk perasa secukup rasa. [garam tak perlu banyak sebab kicap cair dah masin!]  Gaul rata & terpulang anda jika suka kering atau berkuah sedikit bolehlah tambah air lagi.  Bila dah secukup rasa bolehlah padamkan api & dihidang segera semasa panas2 dengan nasi putih.  SEDAP!


cuba tengok saiz sotong tu.. ada yang sama besar dengan daun kari! hehe

Selamat mencuba!





Friday, March 11, 2011

Pitaya Panna Cotta



Salam & selamat petang...
Lambat sikit masuk entry hari ni sebab lunch time tadi keluar lunch kat luar dengan sepupu2 ku.  Jarang sangat aku lunch kat luar kecuali kalau ada teman ataupun hubby... Maklum sajalah.. kat ofis ni majoritinya Chinese belaka & mereka lebih suka makan di restoren Cina.  Jadi aku bawak haluan sendirilah... biasanya aku tapau & makan kat ofis sendiri2... sambil makan boleh juga update blog.. hehe...

Hari ni cuma nak update pencuci mulut yang sangat simple  & sedap ni... Dah lama tengok kawan2 yang lain membuatnya.. tapi hati ni tak tergerak lagi nak buat..  Baru-baru ni.. hubby ada beli buah pitaya ataupun dragon fruits sebanyak 3 biji.   Kebetulan pulak  masa keluar makan bersama family & adik-beradik yang datang dari kampong baru-baru ni hubby order jus pitaya... sempat jugak aku rasa sikit.  Sedap pulak!!  Lepas tu.. tiba2 je aku teringat kat buah pitaya yang masih ada dalam peti ais kat rumah  & terfikir lah nak buat panna cotta ni...  Hasilnya.. ternyata memang sedap..! Makan sejuk2 keluar dari petiais.. nyaman je tekak.. anak2 pun suka termasuk yang kecik pun makan jugak walaupun sebelum ni suap buah pitaya yg asli dia takmau.. (kalau buah2 lain dia tak memilih semua suka..)


Oklah tak mau celoteh panjang2 lagi... (erkkk dh panjang dah pun.. hehe).  Kalau ada yg belum cuba.. bolehlah cuba yer.  Kalau rasa2 tak suka buah pitaya/dragon fruit ni.. boleh je ganti ngan buah2 lain seperti resepi asal yang menggunakan mangga.  Buah2 pilihan lain seperti strawberry, kiwi & nenas pun rasanya sesuai.  Resepi ni ku adaptasi dari resepi Mango Panna Cotta yang di ambil dari blog Gert.  Thanks Gert for this recipe... I'm so sorry because I made a slightly changes in this recipe using different fruits instead of mango.. hope you don't mind! I saved this recipe here for my future references.. thanks!


Pitaya Panna Cotta by Gert

Diadaptasi & terjemahan : MaDiHaA a.k.a Ratna

Ingredient:

7 grm gelatin (yg halal) + 3 tbsp air panas
2 ½ cawan susu penuh krim
¼ cawan gula
1 tsp esen vanilla
½  biji buah pitaya
1 sudu kecil gula


1. Campurkan gelatin dengan air panas & biarkan gelatin larut.
2. Campurkan susu & gula ke dalam periuk & masak dengan api perlahan sehingga terbit buih2 di tepi-tepi periuk tersebut.  Kacau sehingga gula larut. Padamkan api.
3. Masukkan esen vanila & gelatin lalu kacau rata sehingga gelatin larut bersama susu.
4. Tuangkan kedalam gelas atau ramekins yang sesuai.  (MaDiHaA dapat 5 gelas) Biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam petiais beberapa jam sehingga ia mengeras.  Jika suka boleh jugak masukkan potongan buah ke dalam susu sebelum disejukkan.  Tetapi kemungkinan warna buah pitaya akan meresap sedikit ke dalam larutan susu. (MaDiHaA tak letak pun).  Kisar buah pitaya dengan 1 sudu kecil gula.  Bila larutan susu dah mengeras.. tuangkan kisaran pitaya & sedia dihidangkan!


Selamat mencuba!

Thursday, March 10, 2011

Ikan Kembong Goreng Sambal Tempoyak


Assalamualaikum....
Akhirnya sampai jugak giliran si ikan kembong ni beraksi kat blog mamawandiha... hehehe.... Kesian sungguh dia... dah berminggu2 tunggu giliran... baru nilah sampai giliran dia... apalah tuan rumah ni pilih kasih sungguh! hehe....

Haa.. Izah.. inilah dia versi yang akak masak tu.. hehe.. Memang best lauk ni... peminat tempoyak jangan lepaskan peluang mencuba resepi Mat Gebu ni.. pasti tak mengecewakan... 

Pada Mat Gebu.. terima kasih banyak berkongsi resepi ni dan akak mintak izin C&P ke blog akak pulak yer... Akak mintak maaf sebab derhaka sikit kat resepi.. sikit jer.... hehe..  Jangan marah ehh Mat!  Ramai juga kawan2 yang lain seperti Hasue, Mas, Izahdaut & sapa lagi eikk.. dorang dah mencuba resepi ni & dah siap tayang dah kat blog masing2...  Mas antara yang terawal try resepi ni.. semuanya kata sedap! 

Ok.. kat bawah ni resepinya yer..


Ikan Kembong Goreng Sambal Tempoyak
Resepi : Mat Gebu DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging) (MaDiHaA guna 2 ekor je.. ngam2 sambalnya tu...)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar (MaDiHaA letak sebatang je takmau sambal serabut & berserat sangat)
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor (MaDiHaA letak sekeping jer)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

   1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
   2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
   3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.  


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...