Thursday, March 10, 2011

Ikan Kembong Goreng Sambal Tempoyak


Assalamualaikum....
Akhirnya sampai jugak giliran si ikan kembong ni beraksi kat blog mamawandiha... hehehe.... Kesian sungguh dia... dah berminggu2 tunggu giliran... baru nilah sampai giliran dia... apalah tuan rumah ni pilih kasih sungguh! hehe....

Haa.. Izah.. inilah dia versi yang akak masak tu.. hehe.. Memang best lauk ni... peminat tempoyak jangan lepaskan peluang mencuba resepi Mat Gebu ni.. pasti tak mengecewakan... 

Pada Mat Gebu.. terima kasih banyak berkongsi resepi ni dan akak mintak izin C&P ke blog akak pulak yer... Akak mintak maaf sebab derhaka sikit kat resepi.. sikit jer.... hehe..  Jangan marah ehh Mat!  Ramai juga kawan2 yang lain seperti Hasue, Mas, Izahdaut & sapa lagi eikk.. dorang dah mencuba resepi ni & dah siap tayang dah kat blog masing2...  Mas antara yang terawal try resepi ni.. semuanya kata sedap! 

Ok.. kat bawah ni resepinya yer..


Ikan Kembong Goreng Sambal Tempoyak
Resepi : Mat Gebu DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging) (MaDiHaA guna 2 ekor je.. ngam2 sambalnya tu...)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar (MaDiHaA letak sebatang je takmau sambal serabut & berserat sangat)
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor (MaDiHaA letak sekeping jer)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

   1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
   2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
   3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.  


Selamat mencuba!

14 comments:

Wanieyra said...

Nampaknya menyelerakan tapi ira tak pernah nak makan tempoyak....

Nur Ede said...

Waaa sedap nyer...Ikan Kembong Goreng Sambal Tempoyak nie... wat terliur jew.. perut tengah lapo lak tu...uiskk.. klu bab2 tempoyak nie akak mmg suke sesangat...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

WANIEYRA: memang sedap ni wani... rugi besorrr tak reti makan tempoyak tauu.. hehe.. cubalah sekali. akak tak suka gulai tempoyak especially gulai ikan patin.. tapi kalau buat sambal gini akak suka sangat2222... hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

NUR EDE: samalah ngan saya kak.. tempoyak kalau di masak sambal mcm ni mmg suka bebenor.. mujur sy dpt org Raub (siap ada kebun doyan lagi).. kalau idak sampai ni tak reti mkn tempoyak gamaknya.. hehe..

tun_telani said...

adehh.. nk kene selongkar peti tgk ada x stok tempoyak..

Ayu said...

madiha, cuba ajar sikit macam mana nak makan tempoyak ni..kita belum pernah try makan tempoyak..huhu..mesti nak kena try juga nantilah..

Umm Mymoonah said...

Oooh! Yummy, I'm just drooling over this dish

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TUN TELANI: hehe.. ok cepat2 selongkar.. kalau ada tempoyak cepat2 masak yer.. ikannya ada ker?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

AYU: nak ajar? alaa.. bukan susah pun ayu.. kalau dah jadi lauk mcm tu.. gaul je ngan nasi, masuk mulut (opss.. baca bismillah dulu tau!) kunyah2, telan.. hehehe.... serius ayu kena cuba tempoyak ni.. mulai dengan mencuba resepi yg pedas2 sikit kalau takut tekak takleh terima... hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

UMM MYMOONAH: one day you should try this dish! it's really yummy! haha...

Nur said...

terliur la plak.. tapi sy x makan tempoyak.. ermmm

Mamasya said...

Salam Ratna

Re; Alhamdullilah Ita dan suami dah beransur pulih.Suaminya dah keluar hospital semlm.Ita pula dah dipindahkan ke hospital Melaka di wad biasa.. Senang sikit famili dia nak jaga.Ita mungkin ambil masa untuk betul2 sembuh.

LinRosly said...

Assalamualaikum Ratna...

Bila masakan ada tempoyak ni yg membuatkan selera pun bertambah!

izahdaut said...

akakkkkkk..saya datang lambat neh...
sedap memang sedap.sapa tak buat lagi..gi cari tempoyak..hehehe... memang wangi n ishh best la kan...kak kan ...kan kan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...