Wednesday, March 16, 2011

Kerabu Ikan Tongkol


Salam & selamat pagi....

Menu yang membangkitkan selera... sedapp!! Actually.. dah lama dah buat menu ni... hari ni baru tiba giliran dia enterprem kat sini.. hehe.. Terima kasih Watierman MyR sudi berkongsi resepi... izinkan saya copy & paste resepi ni ke blog saya pula yer... resepi ni saya ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam.... tima kasih jugak pada Kak Nor... Terima kasih jugak pada Yani yang pertama kali mencuba & berkongsi di blog..

Ini resepinya kalau ada yang nak mencuba...


Kerabu Ikan Tongkol by Watierman myresipi
sumber : Yani
sumber: Kak Nor

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol (ikan kayu/ ikan aye) sederhana besar [MaDiHaA guna 1 ekor]
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis
sedikit gula (ditambah)
1 kuntum bunga kantan [MaDiHaA tambah] ~ dihiris nipis

Cara-cara
1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua.  Lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi.
2. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah, cili api & bunga kantan.
3. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa.
4. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi.  Gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam & gula secukup rasa dan perahkan limau kasturi .... dah siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!

14 comments:

izahdaut said...

akakkkk..
hari tu tengok kak nor buat sedap je..pastu akak tayang ni dan dan je rasa kelaur air liur kepingin nengokkan ikan ni..hahhaa.brapa kali dah nak buat ni.ish ish

LinRosly said...

Assalamualaikum Ratna...

Kerabu Ikan Tongkol...sedapppnya boleh cuba ni....terliur!

Nieza said...

sedapnya!...saya suka mkn kerabu..:)

K.Nor said...

aduss.. sedapnyer ratna.. akak suka nih.. wat ratah aje pun sedap :)

Umm Mymoonah said...

You are very good in presenting the food, looks very inviting and delicious.

Sheila Shafea said...

Salam alamak ada tayang kerabu ikan tongkol lee sdp ni boleh cuba..buat meratah pun mmg sdp..terliur dah mak buyung negok

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Madihaa...
Mama nak tanya sikit. Kerabu ikan tongkol nih mkn ngan nasi ke? Kalau buat sandwich sedap tak? hehehe apalah mama nih...jakun

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

IZAHDAUT: kalau dah keluar air liur tu.. memang nak kena buatlah tu.. hehe.. mmg sedap pun Izah.. buat ler..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

LINROSLY: kena cuba Kak Leen.. memang sedap kak.. belum mkn nasi saya dah ratah dulu.. hihiiii...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

NIEZA: akak pun sama.. mmg 'hantu' kerabu... hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KAK NOR: betul tu kak.. saya pun belum mkn nasi dah ratah dulu.. mmg best!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

UMM MYMOONAH : TQ Umm for your kind words!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

SHEILA SHAFEA: alamakk! mak buyung ke? kalau dah terliur tu mmg nak kena buatlah tu Sheila.. kang meleleh lak baby lam peyuttt tu.. hehe... sorry ye dik.. nak anto dah abis dah.. huhu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

MAMAHAWA: Salam mama.. a'ah mama saya makan dgn nasi.. tp dah cengkelat sikit sbb saya dah ratah sikit sebelum mkn ngan nasi.. hehe.. tak pasti pulak boleh tak buat inti sandwich.. tp nak cuba tak salah mama.. jgn lupa paipkan mayonis sikit kasi up sikit dia punya rasa.. hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...