Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua.....
Pagi ni sejukk betul! Sejak malam tadi hujan turun tak berhenti di PJ ni.... dan dengar khabar di KL sampai banjir! Pagi ni nak turun pegi kerja & hantar anak2 ke sekolah... masing2 kena bawak payung sorang satu sebab hujan masih lagi turun renyai2 sebelum pukul 7 tadi... tak pastilah hujan tu turun sejak mlm tadi tak henti2 atau awal2 paginya, sebab sedar2 aku bangun tidor memang dah hujan... now... dalam ofis penuh ngan payung tersadai sebab nak keringkan.. hehe... nasiblah department aku ni tempatnya luas & banyak ruang...
Oklah.. sementara ada masa sikit ni kan.. tambah2 pulak PC dah laju berdesuppp peginya ni... jadi bolehlah mencelah sekejap untuk masukkan entry.. hehe... lepas ni nak sambung kerja la pulakkk.. mentang2 PC baru takkan nak abaikan kerja pulak.. paling2 bila dah boring atau ngantuk nnt... barulah kita buat kerja 2 in 1.. janji kerja ofis beres... kan kan kan.. Oklah.. resepi hari ni sebenarnya sarapan kami pagi semalam. Nama jer sarapan.. tapi kuih ni aku buat minum petang kat ofis ni.. pastu sarapannya dengan roti jer.. hihi.. Biasalah.. pagi2 tak lalu sangat nak makan benda2 manis gini.. mesti nak pekena yg pedas2 atau paling tidak roti pun jadi.. alahaiii.. tekakk..
Terima kasih pada Yatie untuk resepi yang diadaptasi dari resepi Chef Asma ni yer.. Chef Asma gunakan skoteng untuk resepi ni. Oleh sebab payah nak jumpa skoteng.. lalu Yatie dapat idea untuk gantikan skoteng dengan tepong chacha tu... hmmm.. good idea! Tepong chacha kering tu senang nak jumpa.. kat mana2 pun ada.. tapi skoteng tu dengarnya.. hanya boleh jumpa di Melaka aje ye? Wallahualam... Mintak izin ye Yatie akak letak resepi kat sini.. sedap kuih talam ni.. Cuma yang ku buat tu mcm lembik sikit bahagian bawah tu.. mungkin penggunaan tepong beras cap teratai tu yg buat kuih jadi lembik. Biasanya kalau guna tepong beras cap 3 gajah kuih elok jer.. tapi hari tu tak jumpa plak tepong beras cap 3 gajah.. hanya ada cap teratai.. lenkali kalau nak buat lagi & gunakan tepong beras lain selain 3 gajah.. mesti kena tambah sikit lagi tepong beras.. mungkin dlm anggaran 2 sudu besar gitu.. just ingatan utk diri sendiri atau kawan2 yang ingin mencuba...
huduh sikit potong kuih tu... almaklum tergesa2 pepagi buta memotong sebelum bersiap ke tempat kerja... hehe...
TALAM CHACHA
Olahan dari resepi Talam Skoteng Chef Asma
Sumber : Yatiememories
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
BAHAN2 LAPISAN BAWAH
Guna Loyang 10x10x2 @3
50g tepong chacha kering (rebus & toskan) (resepi Talam Skoteng yg asal guna skoteng)
150g tepung beras* (kalau guna tepong beras cap teratai... sila tambah 2 sudu besar lagi tepong beras)
250ml santan pekat*
450ml air*
1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)*
150g gula castor*
1tsp garam*
Cara penyediakan
1. Sediakan loyang, gris dgn minyak dan lapikkan dgn plastik. Panaskan kukusan.
2. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api. Masukkan cha cha (yg telah direbus tadi) dan kacau rata kemudian tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit.
BAHAN2 LAPISAN ATAS
150g tepung gandum
300g gula halus (MaDiHaA guna 250 gm)
5/3/2 biji telur (saya guna 3biji telur, MaDiHaA guna 4 biji telur gred A)
250ml santan pekat
500ml air
1/2 tsp garam
1 ½ tsp perisa rose (MaDiHaA guna esen vanila)
pewarna pink
Cara penyediaan
1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
2. Tuangkan ke atas lapisan bawah & kukus selama 30 minit.
3. Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
Selamat mencuba!















