Terima kasih kepada yang sudi follow....

Sunday, January 8, 2012

Daging Bumbu Bali

Assalamualaikum readers..
 
Salam hari minggu buat semua... Masak apa hari ni ye ibu2 semua? Mesti something special kan... yelah.. hari minggu hari semua kaum keluarga ada kat rumah.. jadi mestilah nak hidang istimewa untuk mereka semua betul tak? Kalau ibu2 belum ada idea nak masak apa hari ni... apa kata cuba resepi yang MaDiHaA kongsikan hari ni... Memang sedap! Resepi ni katanya dari Chef Wan.. Tapi MaDiHaA dah lupa ambil dari Mamahawa atau Ita.. hehe.. maklumla... dah agak lama masak lauk ni sebenarnya... daging tu pun daging korban masa raya haji tahun lepas... Kalau ikutkan nama rujukan yang last tu nama MamaHawa.. mungkin di salin dari mama... tapi sebenarnya.. kedua2 entry dari Ita & mama... dua2 pun MaDiHaA ada tengok.. hehe.. apa2pun... terima kasih kepada semua yang terlibat.. Lauk ni jugak pernah MaDiHaA masak dengan menggunakan ayam kat sini versi yang dah diubahsuai oleh Kak Nor Secubitgaram. Tapi kali ni guna daging ikut arahan resepi yang sebenar.. Kalau perhatikan dari segi warna setiap masakan yang MaDiHaA & kawan2 yang lain ada sedikit kelainan antara satu sama lain.. ada yg agak merah.. ada yg kehitaman.. mungkin ini faktor penggunaan kicap & cili yang menjadikan warna masakan berubah... Yang penting rasanya tetap sedap! Jom tengok resepi..



Daging Bumbu Bali
Resepi : Chef Wan
Sumber : Cindai Biru@Myresepi/ Azlita Masam Manis / Mama Hawa

Bahan:
500 gm daging (potong nipis, cuci bersih)
250 ml santan tin - ita guna santan kotak - mama pun (MaDiHaA ganti susu cair)
3 helai daun limau purut ~ (MaDiHaA tak letak) 

2 sdb kicap pekat - ni mama letak lebih sedikit
8 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
5 biji buah keras *
1 in halia *  ~  (*diblend)

1 sudu teh serbuk kunyit *
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong 4 (MaDiHaA guna tomato hijau)
garam & kicap manis secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Kisar bahan yang bertanda*. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
2. Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut. Kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat.  Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa. gaul sebati.
3. Masukkan tomato dan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.


Selamat mencuba!

11 comments:

amie said...

wah! dah siap hidangan tengahari ye. Amie belum lagi... sebab tulang atas dapur tu tak pandai empuk! makan dululah di sini ye Madiha, sebab kalau dah namanya bumbu bali memang sedap!

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Rasa dia guane kak, macam rendang, kari or masak merah?

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam madihaa...selamat tahun baru 2012!
Bau daging bumbu bali ni dh sampai umah atie...mesti best nih!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam madiha..nampak sedap le...dah jadi lapar la pulak.

JaSSNaNi said...

assalamualaikum... kak .. selamat tengahhari.. eh eh.. petang lah.. hehe.. kak sedapnya daging ni, tadi gi umah kak rose, nampak ayam masak bali.. wahhhh ni minggu bali ke.. nani makan laksa je.. tu pun totally asben yang wat.. nani cuma sempat tolong sikit je.. tup tup keje dah siap.. eheheh.. :) suke suke.. bukan suke sangat kalau tak masuk dapur ni, kadang2 rasa kekok.. tapi suka makan makanan dari air tangan suami, kekadang kan biar bertukar2 air tangan.. baru lah sama2 dapat manfaat dan kebaikan.. :) betul tak? ngeh ngeh ngeh

Anna Qawina said...

wah...sedap nampak lauk ni, dah ramai yg try tp kita je lom..hee

khatijah said...

salam...blh letak kentang potong dadu...

izahdaut said...

akak kalau buat lauk memang mengancam kalbu. dan dan ni jugak rasa nak makan nasi. hehe..

LinRosly said...

Assalamualaikum Ratna
Selamat Tahun Baru 2012

*Wah! resepi Chef Wan...tentu sedap ni! Tgk pun dah menyelerakan belum makan lagi ni...

cik cek said...

Sedapnya lauk ni Ratna...kalau anak bujang akak ni confirm bertambah nasi dalam pinggan...:)

adarnadzmie said...

sedapnya menu ni madiha... tentu mkn bertambah ni...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...