Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, January 19, 2012

Sausage Roll Bun (BASIC BREAD RECIPE - Roshayati Johari) the best!

Assalamualaikum............ apa khabar semua? Semoga sihat2 semuanya ye...



Waktu-waktu macam ni masing2 semua tengah kekenyangan ni kan? Maklumlaa.. masing2 baru lepas lunch... silap2 ada yang tengah tersengguk2 kat depan komputer.. hehehe.. Biasalah kan.. bila perut dah kenyang.. mulalah mata dok kuyu aje... Kalau suri rumah tu mungkin masa ni ada yang baru balik dari hantar anak2 ke sekolah kebangsaan. Mungkin ada juga yang baru je nak keluar rumah hantar anak2 ke sekolah agama sesi petang... lepas tu..barulah boleh rehat2 depan tv sambil2 lipat kain.. haa.. itulah dia kelebihan orang perempuan ni.. sambil rehat pun tangan masih boleh buat kerja.. hihi.. kalau orang lelaki kalau dah dinamakan rehat... mesti nak bertemankan bantal ataupun surat khabar.. betul tak? Hmm.. bagi kaum wanita yang ada kat opis tu.. kalau rasa mengantuk & belum solat lagi.. bolehlah pegi ambik wuduk & bersolat Zuhur.. sekurang2nya.. bolehlah terangkan sikit mata yang dah kuyu tu.. Kalau dah solat tapi masih mengantuk.. bawak2 ler bancuh kopi atau nescafe.. biar terang sikit mata... so macamana? dah terang sikit mata? Kalau dah... jomlah layankan resepi utk hari ni pulak.... hahahaha...


Oklah.. sudah2lah merapu2...



Resepi roti basic ni adalah yang terbaik bagi MaDiHaA. Ia sesuai diolah untuk dijadikan sebarang jenis roti. Samada nak buat roti sosej roll macam dalam gambar tu atau nak buat bun berinti, roti mini pizza, roti bun kosong atau apa2 je roti semuanya sesuai & sedap!  Resepi ni MaDiHaA dah simpan sejak lebih 5 tahun yang lalu & memang a keeper! Resepi ni dulunya di ambil dari Fotopages MamaFaMi.  Berbaloi bila gunakan resepi roti basic ni sebab bahan2nya mudah & yang penting ianya sangat lembut! Tak perlu susah2 nak buat water roux atau campur lain2 bahan. Terima kasih kepada empunya resepi iaitu Roshayati Johari & juga pada MamaFaMi yang berkongsi resepi ni. Mintak izin ye kita letak resepi kat sini..

Jom kita tengok resepinya!



BASIC BREAD RECIPE
Resepi : Roshayati Johari
Sumber : Fotopages MamaFaMi
Sumber : Fotopages MaDiHaA

Ingredients :

(A)
500g bread flour/high protein flour
100g sugar
1 teaspoon salt
30g milk powder
1 teaspoon bread improver (optional)
1 teaspoon bread softener (optional)
4 teaspoons instant dry yeast

(B)
250ml water
1 egg (lightly beaten)

(C)
40g butter
40g shortening

Method :
1. Mix well all ingredients in (A)
2. Add (B) into (A) and knead till smooth.
3. Add (C) and continue kneading till smooth and shiny and dough does not stick to your hand.
4. Leave to prove for 30 - 40 minutes.
5. Punch down the dough to let the air out.
6. Divide the dough according to the weight you wish. Make into balls and leave to rest for 10 minutes.
7. Shape accordingly.
8. Leave to prove for 40 minutes - 1 hour.
9. Bake till golden brown.


Nota MaDiHaA: MaDiHaA uli gunakan BM. Jadi MaDiHaA ikut saja arahan BM & tekan setting utk doh. 

Membuat Sausage Roll Bun cara MaDiHaA: Untuk membuat Sausage Roll Bun ini MaDiHaA bahagikan doh menjadi bebola seberat 55gm setiap satu. Gentel setiap bebola menjadi bentuk silinder yang halus (bentuk silinder tu beerti bentuk macam keropok lekor tu) menjadi sepanjang 3 kali ganda panjang sosej. Lilitkan doh tadi di sekeliling sosej yang sudah direbus tadi sehingga habis. Aturkan di atas dulang membakar yang telah disapu butter/marjerin. Biarkan doh naik sekali ganda. Bakar sehingga masak & keperangan. Sesudah dikeluarkan dari oven.. segera beruskan permukaan roti dengan butter. Kemudian bolehlah dihidang atau simpan keesokan hari sebagai sarapan anak2. Untuk menyimpan roti.. simpan dalam bekas bertutup supaya permukaan roti tidak kering.


Selamat mencuba!

12 comments:

Sheila Shafeareen said...

as'salam amboi cantik nya roti pjag2 dan semua besaluti dgn roti....dpt 3 ketut pun jadi lah...

tun_telani said...

mmg sgt2 terbaik!! tun pun baru lepas kuarkan roti dr oven.. xtgk dh resepi lain.. olah resepi dr resepi ni je..

AbbotCottage said...

Hamboihhh, kemain panjang lagi ghoti. Time kita pedih perut ni ler tenampak ghoti best, ada lebih Kak Madiha?

MULAN said...

cosway (empress) bread maker tu ok tak?

Liza said...

salam madihaa....nmpk pun mmg dah tau gebu n lembut jer roti ni...

noor said...

Salam Madiha....lama kita tak masuk sini. Betul cakap madiha resepi roti kak Rosya nie mmg best .Walaupun beliau tak aktif dlm fotopages dah lama tapi nama beliau sentiasa di ingati.

JaSSNaNi said...

assalamualaikum kak... sedap la bila nampak bun orang buat, tapi nani tak tau buat.. camne tu? pernah wat tapi tak naik plak bun tu.. adoiiiii sian betul.. jeles pulak tu bila nampak org lain wat menjadi.. ehehehe..

Zaliedana said...

Assalam kak,sy pon da wat roti sosej n kentang 2 ari lpas gna resepi nih,xletak n3 g,mmg betui2 best,lembut jer..Mmg esok lusa nak wat lagi,mmg best..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Ini kalau letak atas meja..tak sampai beberapa minit pasti lesap//

Amie said...

Madiha,
comelnya SRBBB dia.... elok je tersusun tunggu dicekup! Seronok betul kalau apa yang kita buat tu menjadi + sedap.....:)

cik cek said...

Emmmm...roti sausage....lama dah BM kat rumah akak ni bercuti...elok gak bagi dia keje balik kan..leh makan roti lak pas ni....:)

blackcardomompods said...

madiha,mintak izin copy resipi ya.ari tu try resipi ada water roux,fail.mcm lembut bantat je.yg ni lembut ringan ke?xtau nape asyik fail je buat roti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com