Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, November 14, 2012

Betik Celur cicah Sambal Belacan Berbilis



Assalamualaikum & selamat petang...

Kesinambungan dari entry pagi tadi.. nak perhabiskan betik lebihan buat Kacau Goreng Betik Muda tu... MaDiHaA celurkan hingga agak lembut, kemudian dicicah pula dengan Sambal Belacan Berbilis yang kaw kaw pedasnya sebab guna cili padi jenis pedas tu..  Waduh2.... berebut2 betik celur tu dengan anak daraku... hehe.. Tapi sayang sekali en. suami tak reti pulak makan betik yang dicelur ni.. hehe... En. Suami memang agak pelik sikit bila betik dibuat sayur atau ulam macam tu.. tapi mujur lauk yang dimasak kacau goreng tu nak pulak dia makan.. cuma yang dicelur ni dia tak reti makan. Macam tu jugak kalau dimasak bening atau lemak dia memang tak reti nak layan... sabar jelah..


Sebenarnya MaDiHaA pun tak biasa juga masak sayur betik.  Tapi beberapa tahun dulu pernah nampak jiran kat kampong mak masak betik mengkal & ada juga yang celur buat ulam cicah sambal.  Sejak tu barulah pandai makan.  Masalahnya orang yang tak pandai makan tu bukan sebab benda tu tak sedap.. tapi sebab dia taknak cuba je. betul tak? hehehe.. Bagi MaDiHaA yang jenis suka mencuba ni... alhamdulillah.. orang kata tolak batu dengan kayu jer.. itupun ada jugak yang dimakan tau... jambu BATU & ubi KAYU kita makan juga... hahahaha...

Oklah.. kongsi resepi sambal pulak petang ni walau semua org pandai buat... hehe..

Sambal Belacan Berbilis
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 biji cili merah
15 - 20 biji cili padi (tengok jenis cili padi ~ boleh lebihkan atau kurangkan)
Sejemput ikan bilis ~ dibersihkan (belah buang tulang & perut serta kepalanya)
2 inci belacan
2 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
½ biji limau nipis atau secukupnya

1.      Ikan bilis direndam sekejap. Cili merah & cili padi dicuci bersih. Patah2kan cili merah.
2.      Tumbuk atau kisar (guna pengisar kering) bahan2 di atas (kecuali limau nipis) sehingga lumat.
3.      Masukkan dalam mangkuk kecil. Perahkan jus limau nipis & gaul sebati.
4.      Siap untuk dihidangkan dengan betik muda yang dicelur atau ulam kegemaran masing2. 

Selamat mencuba!

18 comments:

Irfa said...

tgk betik ni teringat zaman kecik2 dulu beli betik jeruk..tak pasti ada lagi tak jual betik jeruk ni/
selalunya kedai runcit kampung ada jual

saya pun suka mencuba..tak cuba tak tahu
tp ada orang,belum cuba lagi dah buat muka macam la makanan tu 'hina' sgt.

Masya said...

lame tak makan betik tau.. suke masak bening jer (bahasa jawa).. x pun tumis air.. emm sedappnya.. terliur...

hazila said...

Saya pun suka betik muda celur buat ulam. Terasa dah kat lidah ni...

Bicara Kak Noor said...

Masyaallah sedapnya ni Madihaa aduhhhhh tergoda akak ni tau, jab nk tengok betik muda kalau ada nak buat sambal bacan cicah huh mmg laris nasi petang ni....

caramello said...

baru je makan sabtu lepas kat teluk intan, pelik gak ape mende la tah bila makan pahit2 lemak, tak terpikir nk tau lebih2 cuma t'pk maybe makanan org belah sana ke kan..betik ghupenyer hehee...sedap wat masak lemak, ada sambal belacan dgn ikan/ikan kering goreng...slurp..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kat kampong2 ada lagi jeruk betik tu dik.. tapi saiz & ketebalan dah tak sama macam dulu2... skrg punya dah nipis rasanya setengah saiz dulu & harga pun sekeping 20 sen.. hehehe...

akak suka dgn pandangan Irfa pasal org yang tak suka mencuba makanan yg dia tak pernah jumpa/makan.. memang betul sgt tu... belum cuba dah buat muka pelik.. akak selalu paksa anak2 suruh cuba semua benda terutama bab sayur2 mcm rebung, jering (yg dimasak), peria dan sebagainya... bila dah cuba baru dorang tau sedap atau tak.. tp dalam byk2 sayur anak2 akak memang takleh makan sayur peria.. hehehe... yelah kdg org dewasa pun tak suka peria sbb pahit tu kan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun suka gak masak bening gitu.. tapi mesti ada sambal belacan barulah ngam.. tp kalau masak bening suami akak memang tak makan la jwpnya.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang sedap kan zila... hari tu setengah biji betik celur tu akak mkn dgn anak dara akak dua org je.. org lain tak reti nak mkn.. hehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hehe.. memang sedap kak noor... celur mcm ni lagi senang kan kak takyah nak susah2 cari lain2 bahan... gerenti licin punya.. (bagi yg sukalah.. hehe). Cepat gi kait betik tu ye kak.. nanti takleh tidor mlm plak..hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tak pasti juga tp yg pernah akak tgk.. org belah utara Kedah & Perak memang biasa masak betik jadikan sayur atau ulam.. pagi tadi pun nampak mat gebu masak bening betik.. maksudnya kat Johor pun orang pandai gak makan sayur betik ni kan.. tp kalau kat Terengganu betik mengkal femes dibuat rojak betik je.. akak tak pernah nampak org buat sayur lain.. hehe..

JaSSNaNi said...

hakkkkkkkkakkkk.. sedap plak nampak tu..
aduyaiii.. hari tu nani balik kg.. tanya mak betik muda.. sbb nak masak bening.. mak kata pokok dia baru naik paras lutut.. mane de buah.. hahahah..

Munnafendy said...

sy yg muda belia ni pun suka je mkn betik celur cicah smbal. asal kampung katakan...hahahahaha

Anonymous said...

alahai.. sukanya....

norlieharumaini said...

sedap...

Miss Lexus said...

TERLIURnye tgk nie akak walopon skg dh pukul 1 pg...hihi.... kt kg dlu sy suke sgt mkn ni...cicah sambal belacan.pehhh... esok nk try buat lah.. hihi :)

m.u.l.a.n said...

ni kira starter atau snek yg lazat ni..!!!

zila norazila said...

salam syg kak madihaa..
mmg btl klu rajin mncuba sgala mknan sedap ..zila dr kecik dh biasa mkn betik muda ..tp time tu mak hanya pandai buat masak lemak jew..kami x pernah celur dan cicah sambal mcmnie..nnt zila nk cuba jgk ..nk tau jgk camne rasanya mesti sedapp:)

Zaihashim said...

sedapnya... dah lama tak mkan betik celur mcm ni.., bila nmpak masakan yg guna betik ni teringat arwah bapa saya... dia suka sngat masakan yg berasaskan betik...terutamanya betik sayur tumis dgn ikan bilis dan betik celur cicah smbal blacan... ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...