Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, November 12, 2012

Ubi Kayu Goreng Berempah



Assalamualaikum & selamat pagi...

Dah bersarapan semua? Tentulah sudah kan.. apa agaknya sarapan kalian pagi ni?  Suri2 rumah sekarang ini tentu lebih sibuk berbanding sebelum ini sebabnya anak2 sudah pun mula bercuti sekolah.  Yang tinggal di asrama dah mula balik ke rumah.. Tentu ada yang bercadang nak bawak anak2 cuti2 Malaysia kan.. Apa pun yang sedang & akan dilakukan.. MaDiHaA doakan agar semuanya berjalan lancar & berhati2lah selalu sebab sekarang ni dah masuk musim hujan.  Jalan raya agak basah & pemandu2 harus lebih berhati2.  Bagi anda yang terlibat dengan kawasan2 yang sudah dilanda banjir, pantaulah selalu aktiviti anak2 agar tidak melakukan perkara2 yang boleh membahayakan anak2 anda.  Sesungguhnya malang tidak berbau..


Oklah berbalik dengan menu sarapan... musim2 hujan ni apakata kita goreng ubi kayu untuk anak2?  Berselera sungguh makan ubi kayu goreng berempah ni.  Memang sedap! Apa lagi bila dicicah pula dengan sambal kicap dan digandingkan pula dengan kopi 'O' memang mantaplah!  Selera orang dulu2lah katakan.. hehe.. Terima kasih Kak Noor berkongsi resepi ni.  Mudah je menyediakannya.. semudah ABC.. hehehe...

Ubi Kayu Goreng Berempah
by MaDiHaA

Bahan2


2 ketul ubikayu yang sederhana besar dibersihkan dan dipotong memanjang kecil
½  sudu besar ketumbar biji
½  sudu besar jintan putih biji
½  inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu tepung gandum (MaDiHaA lebihkan sikit)
sedikit telur putih (kebetulan ada lebihan buat kek utk meranggupkan gorengan)
tapi kalau takde telur pun ok gak rasa nya (MaDiHaA tak letak)
sedikit kunyit serbuk
garam dan gula (MaDiHaA tak letak gula)
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan
Perapkan ubikayu yang dihiris tadi dengan segala rempah ratus yg telah ditumbuk kasar selama 15 minit atau lebih, campur jugak segala bahan2 sampingan lain seperti serbuk  kunyit, garam, gula dan telur dan goreng lah sehingga kekuningan, angkat dan boleh dihidangkan dengan coffee or tea ikut fav masing2 lah.


Selamat mencuba!


13 comments:

JaSSNaNi said...

Waalaikumsalam kak.. :)
kak sihat? hmmmm bizi nak siapkan bekalan anak2 sblm datang keje la kan.. nani pun smlm masak kari daging extra punya.. bagi banyak sbb anak2 nanti dok umah nak makan.. bape kali ulang pun tak pe.. haikal still sekolah sampai 23hb ni.. jadinya tinggal 2 org je kat umah.. :)
>> nak bawa gi holiday ke? diorang sure tunggu je... cuti sekolah nak jalan2 kan.. :)
sedap ubi kayu goreng ni..

Lya Colours said...

saya suka gaul garam, goreng. sedap.

Norzie hany said...

Assalam Madiha.
Sis pun dah cuba resepi dari kak noor ni,mmg sedap.

Kak Izan said...

Dulu2... masa kat kampung .. aruah atuk rajin buat ubi rebus dan goreng... tapi sekarang... tak sempat laa nak goreng... sebab,, nak carik ubi susah kat tempat saya nie... :D

wati said...

salam kak ratna...

sedapnya,sy telan air liur je la dulu kak...nak buat entah bila2

suhaina aji said...

Assalamualaikkum,
This is my fav. I buy this here when there is the Kampoong fest. This looks yumm.

Mat Gebu said...

Cobaaaaannnnnnnnnnnnnnn....sabar jee lahh hujan2 macam ni...

hana said...

aduhaiii ujan2 gini klu dpt ubi goreng bestnyerrrrr.. mintak sket kakkk

tun_telani said...

assalamualaikum kak madihaa... adehh.. mmg terliur betul nengok ubi kayu.. kalau blk kg mama best gak dpt tarik pokok ubi kayu nih... duk sini kene tarik ubi kat pasar la nmpk gaya. hihi...

Fai CeritaCinta said...

biasa goreng ubi dgn tepung gandum jer.. blh la cuba resepi ni this weekend. hehe :)

Amie said...

Assalamualaikum Madiha,
tentu harum baunya ubi goreng berempah... sedapnyalah dapat makan waktu petang dengan kopi panas, sambil duduk sembang ramai-ramai dikala musim hujan gini!

Bicara Kak Noor said...

terimakasih kerana sudi mencuba resepi simple kak Noor tu, memang sedap dimakan time panas2 kan

sorry ya lambat respond sbb takde internet hampir seminggu mati kutu jadi nya ni...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sama2 kak noor.. it's okay.. sy pun kdg tu tak sempat juga nak bw semua blog kwn2.. kira random je.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...