Terima kasih kepada yang sudi follow....

Wednesday, November 7, 2012

Homemade Chocolate & Thank you readers!

Assalamualaikum & selamat petang semua...

Pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang silent reader blog Dari Dapur MaDiHaA.  Wahh!  Tak sangka blog ku juga menarik perhatian pembaca bukan Melayu.. sehingga ada yang sudi menelefon.  Thank you Kim for calling me just now.. you are the first person (non Malay silent reader) that willing to call me & made my day!  I really appreciated that.  Maaf ya jika selama ni.. hanya ucapan salam yang diberikan yang bermakna ucapan hanya untuk muslim sahaja.  MaDiHaA akan cuba untuk mengingatkan diri sendiri untuk menambahkan ucapan selamat pagi atau petang juga buat kalian yang non muslim ye.. hehe...  


Selain kejutan panggilan dari Kim sebentar tadi.. minggu lepas daku juga terkejut bila terperasan blog ku telah di'link' dalam satu blog luar negara di SINI iaitu blog dari negara Spain atau Sepanyol mengikut dari gaya bahasanya tulah... (cewahh macam pernah belajar bahasa Sepanyol je kan.. hehe...) Mula2 terpandang & terperasan ialah semasa aku masuk ke nuffnang.  Bila tengok di 'referrers' ternampak pengunjung yang datangnya dari blog tersebut berada di tangga ke 3 teratas.  Bila aku cuba masuk blog tersebut, rupa2nya empunya blog tersebut telah 'link'kan blog Dari Dapur MaDiHaA semasa beliau membuat entry Apam Dot-Dot.  Patutlah entry Apam Ladybird ku itu tiba2 je masuk semula carta popular.. hehe.. Tapi yang kelakarnya.. nama pada link MaDiHaA yang dibuat bukan menggunakan nama Dari Dapur MaDiHaA tetapi nama yang agak asing sebutannya iaitu dalam bahasa Sepanyol/Spain iaitu estas mariquitas!  Selain blog ku.. blog Hana Memories juga di 'link'kan juga dengan nama estas monadas hehehe.. entah apalah maknanya tu ye...?  Apa2pun.. terasa bangga juga di situ bila blog picisan ku ini mendapat perhatian dari luar negara.  Thank you!



Oklah hari ni nak berkongsi satu resepi yang sangat mudah!  Rasanya tak perlu dikongsi pun dah ramai yang pandai membuatnya kan?  Yelah sapa yang tak pandai nak cairkan coklat yang hanya perlu dibeli dari kedai bakeri kemudian tuangkan aje dalam acuan2 comel tukan.. budak2 sekolah rendah pun boleh buat! hehehe.. Lainlah kalau resepi coklat yang diperbuat dari biji koko tu kan.. mesti ramai yang tak sabar2 nak tengok.. kekeke... Tapi apa2pun.. ku letakkan juga kat sini untuk kenang-kenangan di masa depan.  

Cuba cari yang mana satu tuan blog? hehe... 
Di hadapan kami tu adalah hasil coklat yang sempat diajar oleh Cikgu Latifah (berbaju & bertudung hijau)

Untuk pengetahuan semua.. MaDiHaA pernahlah juga mengikuti kelas coklat pada tahun lepas (2011) bersama Cikgu Latifah@ Nur Tidz Homemade yang diadakan di rumah seorang kawan di PJ yang dikendalikan oleh PERTIWI & Rukun Tetangga dengan yuran yang sangat minima.  Oklahkan.. hanya bayar RM30 sahaja sekali dengan makan/minum pagi.. macam2 pulak tu makanan yang disediakan oleh AJK Rukun Tetangga yang bertugas pagi tu semuanya sedap2 belaka!  Kalau kena bayar RM250 seperti kebanyakan kelas coklat yang lain tu memang tak mampu hakak nak pegi dik non!  


Oklah jom tengok hasil coklat yang pertama kali ku buat sendiri ni.  Kali ni hanya buat coklat yang paling mudah saja. Tak menggunakan soft filling tetapi hanya letak kekacang atau raisin sahaja.  Nak cepat sebenarnya masa ni.  Tak sempat nak mencari bahan2 lain.  Guna je apa yang ada kat rumah.  Sebenarnya coklat2 ni semua adalah untuk kakak Dini bawa ke sekolah agama & sekolah kebangsaannya untuk diberikan kepada rakan2 sekelas & juga guru2 & ustaz/ustazah yang mengajarnya. Maklumlah tahun ni adalah tahun terakhir baginya bersekolah di situ. Tahun depan dah naik menengah & mungkin dah susah nak bertemu dengan rakan2 & guru2nya lagi kerana dia akan bersekolah di Pahang pula (kalau ada rezeki).

Sukatan resepi kat bawah tu ikut gerak hati aku sendiri je ye..  tak ikut resepi yang Cikgu Latifah berikan tu.. hehe.. ampunkan murid ye cikguuu! Anak murid derhaka sikit.. hehe..


Homemade Chocolate
by MaDiHaA

Bahan2
150 gm milk chocolate compound (MaDiHaA guna jenama Beryl's)
150 gm dark chocolate compoud (MaDiHaA guna jenama Beryl's)
Secukupnya coklat perisa strawberry atau perisa yang disukai
Secukupnya filling yang disukai (kekacang yg telah dipanggang/raisins/biskut oreo yang dikisar kasar)

Bekas logam yang sesuai untuk double boil coklat masakan
Bekas tahan panas untuk meletak air didih


Cara menyediakan
1. Coklat compound diracik atau dipotong kecil.  Coklat berperisa juga diracik tetapi di letak dalam bekas berasingan.
2. Masukkan coklat berperisa yang diracik ke dalam bekas logam yang sesuai untuk proses mencairkan coklat secara double boil. Sila rujuk blog Ita Masam Manis di SINI sebagai rujukan ye kerana di sana ada details tentang pantang larang & cara2 double boil yang betul dari Ita.. (terima kasih Ita!)
3. Masukkan coklat cair berperisa tadi ke dalam piping beg atau boleh juga menggunakan sudu. Picitkan sedikit ke dalam dasar acuan. Buat sehingga siap. Ketuk2 sedikit atau hentak2 sedikit acuan untuk membuang gelembong udara. Masukkan sebentar ke dalam peti sejuk.

4. Sementara itu cairkan pula 2 jenis coklat compound dalam satu bekas yang lain sehingga benar2 cair secara double boil. Masukkan ke dalam piping beg. Keluarkan kembali acuan tadi dari peti sejuk apabila coklat beku. Masukkan filling kesukaan anda seperti kacang badam, serbuk kasar biskut oreo atau raisins ke dalam setiap acuan selepas coklat berperisa tadi dah mengeras. Guntingkan sedikit muncung piping bag & paipkan coklat cair tadi sehingga penuh. Buat sehingga habis. Ketuk2 kan sedikit acuan untuk mengeluarkan gelembong udara sekiranya ada. 

5. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga coklat betul2 mengeras. Keluarkan dari acuan & bolehlah dipekkan.  Mudahkan?


Beginilah rupa coklat setelah dikeluarkan dari acuannya. Comel kan?



Siap dimasukkan ke dalam papercup & plastic container untuk diagih2kan kepada kawan2 kakak Dini & guru2 yang mengajar di ke dua2 sekolahnya. Kerja2 ni semua kakak Dini yang buat sendiri... ibu cuma tolong siapkan coklat je..


Selamat mencuba.

15 comments:

Lya Colours said...

tuan blog kat belakang tu. 3 dari kiri hehe

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
TAHNIAH.. sbb ada org luar negara interested ngan blog akak tu.. :) bukan senang nak dpt perhatian tu.. 100/1 je.. kan.. :P
isyyy apam ladybird nanti akan jadi seFoFular pavlova plak.. or macarons ka.. kan kan.. mana tau.. :)
senyum sampai tinga.. :P
>> kemas2 belaka coklat ni.. geram tengok.. :) mmg elok jadi door gift kenduri kawin ni.. musim kawin dah tiba skrg ni..

JaSSNaNi said...

psstt.. nampak akak.. belakang skali.. no 3 dari kiri.. :P

ieda said...

rajin nyeee akak nie ..
wahh seronok nyeee dpt jumpe ramai2 nie kak ;)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

comeeyyy betul coklat2 ni... nanti nak cuba buatlah :P

p/s nampak sudah puan blog ni no 3 dari kiri betul ke... kalau betul hadiah coklat ni ye :P

Qhaifa Nur said...

bisnes coklat pun untung ni...
sedapnya coklat......

hazila said...

Ada juga orang obersi nak cuba resepi org kita kan....

Kella said...

cantik... kemas je.. =)

ady said...

as-salam
cantiklah Homemade Chocolate tu MaDiHaA a.k.a Ratna ..rasa mcm nak buat...

Bicara Kak Noor said...

cantiknya coklat tu teringin lah nak buat tapi tak pandai lah pulak..

zila norazila said...

akk tuan blog kat barisan belakang..btl x?..h ehhee dapat hadiah coklat x kak..tahniah link ke spain lg..wahh nama spain sedap tu kak..he hhee dh g blajer erk..kita tringin jk nk msk klas tp x sempat2 kak:)

Kak Izan said...

Semakin hebat laa akak... boleh jadi contoh untuk saya.. :D

Zurina said...

cantik dan menarik coklat tu...mti sedap...;)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

lawanya coklat akak.adik x berani lg cuba buat coklat kak.huhu.takut sgt nk cuba

Amerien said...

wah menariknya..!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com