Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, November 5, 2012

Makaroni Sos Cendawan

Assalamualaikum...

Ini menu permintaan anak2 walau ibu dah masak nasi & lauk untuk makan malam baru2 ni.. nakkkk juga ibu masakkan benda ni.  Disebabkan ibu dah berjanji menu2 macam ni hanya akan dimasak pada cuti hujung minggu.. terpaksa jugalah ikutkan kehendak anak2. Kalau ikut selera ibu.. ok aje menu macam ni.. dah tak perlu masak nasi lagi. Tapi disebabkan hujung minggu ni adalah minggu bekerja bagi en. suami.. jadi menu nasi tak boleh skip. Wajib juga masak nasi untuk bekalan dinner hubby.  Takperlah.. hari cuti, ibu ada banyak masa.. bolehlah ibu layan permintaan anak2 & juga kewajipan menyediakan juadah untuk suami yang nak bekerja.. hehe..

Masak menu ini pun ikut apa yang ada dalam peti sejuk je.  Ehh sedap juga ye dicampurkan timun dalam sos atau kuah tu.  Hmm.. kita orang Melayu ni suka makan menu orang puteh tapi bab sayur jarang2 nak tiru... umpamanya penggunaan timun, zucchini atau terung dalam sos pasta jarang2 kita nak ikut.. padahal kalau ikutkan dorang tu.. macam2 campuran sayur yang dorang guna... kita je yang nampak macam pelik nak tiru.  Kalau dah terpaksa sangat (sebab dah takde sayur lain dalam peti sejuk) barulah nak cuba2.. hehe... tapi serius.. sedap pulak ada timun dalam kuah tu...


Makaroni Sos Cendawan
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan
400 gm elbow makaroni (apa2 jenis pasta pun boleh!)
Sedikit minyak zaitun

Bahan untuk sos
200 gm daging kisar (MaDiHaA guna Ramlee ~ dicerai2kan/dihancurkan dari dalam bungkusan)
1 biji bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih ~ didadu
½ tin cendawan butang ~ dihiris
1 biji timun saiz kecil ~ didadu (bahagian bijinya dibuang)
1 biji tomato ~ didadu
1 botol (350 gm) sos pasta cendawan (MaDiHaA guna Adabi)
1 botol air (sukat guna botol sos pasta cendawan)
½ kiub lembu
2 helai daun bay kering
½ sudu kecil serbuk kasar oregano kering
garam secukup rasa
sedikit minyak masak
sedikit minyak zaitun



Cara menyediakan
1. Makaroni direbus hingga lembut (al dente). Toskan & masukkan sedikit minyak zaitun & gaul rata. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit minyak masak & minyak zaitun. Tumiskan (saute) bawang besar & putih hingga layu & wangi. Masukkan daun bay & daging kisar yang ditelah siap direlai2kan (sebab daging kisar dalam bungkusan tu dah mampat). Kacau2 & biar daging nampak masak. Masukkan cendawan butang & tomato & gaul sebati. 
3. Masukkan sos pasta cendawan beserta air, kiub lembu serta serbuk oregano & masak hingga tomato hancur & kuah agak pekat. Masukkan timun yang didadu & perasakan dengan garam secukup rasa. Bila timun nampak lembut matikan api & siap untuk dihidangkan bersama makaroni rebus atau apa juga pasta yang disukai.

Selamat menjamu mata!

12 comments:

JaSSNaNi said...

Betul tu kak.. kita ni kena ikut selera anak2 kan.. kalau anak2 nani suka benor spageti sos cendawan ke.. sos apa2.. janji spageti.. kalau macaroni ni diorang kata pelik plak.. ape2 lah budak2 tu.. kalau wat macaroni.. yg bakar.. baru diorang layan.. macaroni sup pun diorang tolak.. eeeii.. banyak songeh kan.. :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sebenarnya anak2 akak pun dok sebut mintak spagetti jugak.. tp akak saja tukar ke makaroni saja nak tukar2 selera. mula2 dorang mcm pelik juga bila nampak makaroni.. tp bila akak kata sama je rasa mcm spagetti tu.. barulah dorang makan & macam biasa memuji2 kesedapannya.. hehe.. puji bukan sebab ibu dia masak sedap.. tapi memang dorang suka sgt makan benda2 cenggini.. heeee...

hazila said...

Saya selalu simpan pasta dalam almari barang kering. Senang kalau mood malas menjelma atau tiba tiba ada tetamu datang mengejut.

Lya Colours said...

kalau makaroni masak begini saya kureng sket. saya suka makaroni bakar nyam2.

Qhaifa Nur said...

rajin masak makaroni pun sbb anak2...
mmg fev mereka.......

faa.rosli said...

sedapnya kak...lapar tengok...fevret ni..

Irfa said...

emm lama dah tak buat..sabtu ahad tu sikecik demam..kami makan ala kadar je sbb dia asik nak mengulit

GK Arusuvai said...

kuahnya nampak sedap...yummy!!

Cida de' Nuanza said...

nk jd anak ibu gak leh? ehhh...hahhahahha!

mama sara nur said...

assalam k.madiha
baiknye ibu ,untung kakak Dini dpt ibu pandai masak kan
kita tgk pun berselera ni, sedappp
kadang2 nak jg makan camni tukar selera kan...suker gak sy cuma anak2 tak nak cuba hu hu puas duk pujuk

yasira rusydinah izni yahya said...

sedap!
insyaallah..nk cuba nnti..thnks sbb sudi berkongsi resepi :)

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum kak Madiha..

Sedapnya kak.. Suka sgt naz tgk sbb ada cendawan butang tu.. Suka cendawan apa2 jenis pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com