Tuesday, June 4, 2013

Tempahan ~ Puding Sagu Mutiara, Apam Polkadot & Pertama Kali DiTIPU customer tak bertanggungjawab!

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Jom MaDiHaA kongsi beberapa tempahan baru2 ni.. takdelah banyak sangat.. sekadar buat tambah2 duit belanja dapur... alhamdulillah.. Tapi tulah.. ada juga insan berhati kurang mulia yang nak menipu MaDiHaA.. nanti baca cerita kat bawah tu ye...



Tempahan Puding Sagu Mutiara dari Puan Habsah, Taman Dato' Harun. Terima kasih banyak2 Puan..



Tempahan 100 biji apam polkadot dari ofismate Puan Asmah... TQ Asmah sudi order dengan akak. Dan lagi 50 biji yang warna pink (sebelah kanan) tu adalah Tempahan dari Puan Nora, Mentari Court.  Ohhh... rupanya Puan Nora tinggal sama apartment dengan MaDiHaA.. tak sangka dekat je rupanya...

Tapi.... ada kisahnya dengan tempahan Puan Nora ni.  Beliau menempah dengan cara menalifon sendiri MaDiHaA dari ofisnya di Bangunan Kurnia.. bersebelahan saja dengan Apartment Mentari Court ni.  Dalam hati.. owhh.. dekat sangatlah.. ofisnya dekat, rumah pun dekat.  Mula2 Puan Nora kata ada kawan yang berikan nombor telefon padanya untuk bertanya pasal tempahan kek.  Puan Nora bertanyakan kalau2 MaDiHaA boleh buatkan kek princess untuk majlis harijadi anak daranya barangkali.. Tapi MaDiHaA katakan yang MaDiHaA belum pernah buat.  Tambahan pula... beliau menelefon pada 30hb Mei (Khamis) sedangkan beliau mahukan keknya pada hari Sabtu.  Mana mungkin dapat MaDiHaA siapkan.  Jadi dia tanya lagi apa lagi yang MaDiHaA buat.  Lepas diberitahu itu ini.. maka katanya dia nak order 50 biji apam polkadot warna pink & katanya dia akan ambil pada petang esoknya 31hb (Jumaat) pulang dari kerja.  Kebetulan MaDiHaA pun ada order 100 biji apam polkadot untuk hari Jumaat tu.. jadi MaDiHaA pun kata insyaAllah akan cuba buatkan jika sempat.  Apa2 hal dia suruh MaDiHaA call dia kalau MaDiHaA boleh buat.  Tapi MaDiHaA kata nanti akak sms je ye sebab taknak ganggu dia telefon pagi2 buta utk beritahu kuih dah siap.  Jadi untuk malam tu.. MaDiHaA just tambahkan saja satu adunan lagi untuk apam yang diorder oleh Nora.  Dan untuk 150 biji apam polkadot siap lebih kurang pukul 1.35 am dan sebelum tidor lebih kurang 1.50 am MaDiHaA hantar sms padanya.  Ye.. hampir pukul 2 baru boleh lelapkan mata menyiapkan order.  Takperlah kan.. tiada jalan mudah untuk mencari rezeki.. Sms tak berbalas & MaDiHaA fahamlah.. pukul 1.50 pagi semua orang pun dah tidor.  MaDiHaA hantar sms sebab nak beritahu yang kuih tempahannya dah siap.  Sebab takut esoknya MaDiHaA terlupa dek kesibukan kerja di ofis.  

Esoknya di ofis.. MaDiHaA tunggu2 juga balasan sms dari Nora.. tapi hampa.  Dalam hati berkata2.. mungkin dia kehabisan prepaid & tak boleh membalas sms.  Lalu MaDiHaA semak WhatsApp & dapati Nora ada gunakan WhatsApp & memang sedang online.  Terus MaDiHaA WhatsApp Nora pada pukul 5.05 pm.  Malangnya tiada berjawap juga.. Padahal statusnya masih online & kali terakhir online ialah pada pukul 5.35 pm.  Apakah??  Lalu MaDiHaA SMS Nora sekali lagi pada pukul 5.18 pm.  Malangnya tiada juga balasan darinya.  Ok... MaDiHaA redho jika ditipu olehnya..

Esoknya lebih kurang pukul 8.40 am Nora call tapi MaDiHaA tak sempat nak jawap.  MaDiHaA reply call dan dia bertanya samada apam polkadot masih ada atau tidak tanpa langsung meminta maaf atas peristiwa semalam di mana beliau mungkir janji untuk ambil apam & juga perbuatannya tidak membalas sms maupun WhatsApp.  Tiba2 saja tanyakan apamnya itu masih ada atau tidak? Apakah?? Dia ingat MaDiHaA jenis yang mudah mungkir janji? Selagi kuih yang ditempah tak sampai ke tangan customer tidak sekali2 MaDiHaA jual pada orang lain demi untuk mengelakkan rugi.  Tidak sekali2. Bila dia tau apam yang diordernya masih ada.. dia minta MaDiHaA hantarkan ke rumah maknya di Desa Mentari.  Padahal kalau ikutkan perjanjian dia berjanji akan ambil sendiri pulang dari kerja.  Sebab dia pergi kerja hanya berjalan kaki dari Mentari Court ke Bangunan Kurnia.  Sekarang bila dia dah lepas pergi ke rumah maknya.. dia minta MaDiHaA pula yang hantarkan.  Sudahlah untung buat apam tak seberapa.. minta di hantarkan.  Untung yang sedikit itu belum tentu dapat menampong kos minyak kereta MaDiHaA.  Kebetulan pula pagi tu MaDiHaA sibuk menyiapkan order kek dari customer.  Jadi tak pasti dapat keluar atau tidak.  Hajat di hati memang nak keluar.  Cuma belum pasti pukul berapa.  Oleh kerana kasihan MaDiHaA pun katakan padanya akan cuba hantar kuih tu sebab memang nak keluar.. cuma tak tau pukul berapa dapat keluar.  Tapi dalam pada itu MaDiHaA katakan juga padanya jika dapat datang ambil sendiri lebih baik sebab katanya 'tengoklah kalau husband nak lalu situ on the way nak pegi ambik kek'.  Dalam hati MaDiHaA berkata... takkanlah husbandnya sampai tak boleh nak pusing datang ke sini sekejap.. sambil2 nak ambil kek tu... takkan dorang takmau bertanggungjawap dan memandang remeh dengan tempahan yang dah dibuat'  Sedang MaDiHaA mendeko kek.. tiba2 ada pula tetamu yang datang ke rumah.. nampaknya memang MaDiHaA tak boleh nak keluar.  Cepat2 MaDiHaA sms Nora katakan yang MaDiHaA tak boleh keluar sebab ada tetamu.  MaDiHaA hantar sms lebih kurang pukul 11.47 am.  MaDiHaA tau majlisnya dibuat pada pukul 4 petang. Masih ada masa lagi kalau dia nak datang ambil.  Pertama kali Nora balas sms (yang sebelum2 ni sms & whatsapp tak pernah dibalas & yang selainnya hanya bercakap on phone)  smsnya berbunyi : 'Ok klau sye nak sampe akak trun sye tngu kat gade luar bleh" maksudnya  tu... 'Ok kalau saya nak sampai akak turun saya tunggu kat guard luar boleh' MaDiHaA pun reply : 'ok boleh... dh sampai sms ye' Dia reply : 'Ok' (sms terakhir dari MaDiHaA pada pukul 12.04pm.

Tunggu punya tunggu punya tunggu...  tiada langsung sms darinya.  panggilan pun tiada.  Tup2.. customer yang seorang lagi dari Sungai Buluh (jarak yg lebih jauh dari dia) yang sms nak datang ambil kek.. MaDiHaA pun turun ke bawah dan hantar kek beliau.  Tunggu lagi sms dari Nora sehingga pukul 4.. namun tiada juga.  Hampir pukul 6 ptg MaDiHaA hantar SMS terakhir padanya.. 'dah dkt pukul 6 ni nora.. kata majlis pukul 4..' Namun MaDiHaA tau dia takkan sekali2 membalas sms MaDiHaA.  MaDiHaA anggap ini adalah tempahan palsu darinya.  Dia tak bersungguh2 langsung untuk ambil order yang dibuatnya sendiri.  Sungguh tak bertanggungjawap! MaDiHaA kesal sekali dengan sikap Nora.  Tiada tanggungjawap & tiada perasaan untuk meminta maaf langsung dari MaDiHaA di atas perbuatannya.  Jika benar dia tak dapat datang untuk ambil sendiri.. apa salahnya telefon & meminta maaf.  Tapi dia hanya berdiam diri seolah2 MaDiHaA boleh jual balik apam tu.. Nope! MaDiHaA takkan berbuat demikian... adalah lebih baik MaDiHaA sedekahkan apam tu pada orang lain daripada dibuat fast sale... Tak mengapala.. MaDiHaA tak anggap ini satu kerugian tetapi ini adalah keuntungan yang berlipat kali ganda kerana dengan perbuatannya MaDiHaA boleh bersedekah.  Alhamdulillah.. semoga Nora tidak akan mengulangi lagi perbuatannya kepada orang lain pula.. mudah2an.  

Untuk mengglemerkan empunya diri yang bernama Nora ini... MaDiHaA sertakan nombor telefon beliau agar kawan2 yang menerima order supaya berhati2 dengan beliau.. Semoga kalian tidak menjadi mangsa seperti MaDiHaA ye... Dan untuk pengetahuan kawan2.. ini adalah KALI PERTAMA MaDiHaA DITIPU CUSTOMER... Paling best.. CUSTOMER INI TINGGAL SATU TAMAN/ SATU APARTMENT DENGAN MaDiHaA... sadiskan?  Untuk pengetahuan kawan2 juga.. MaDiHaA jarang ambil deposit untuk order2 yang sedikit.  Dan kadang2 order melebihi RM50 pun MaDiHaA tak minta deposit.  MaDiHaA meletakkan kepercayaan penuh kepada customer & MaDiHaA sentiasa menganggap setiap customer yang order pasti ia benar2 memerlukannya.  Pada anggapan MaDiHaA customer pun sama macam MaDiHaA jenis yang jujur & tak suka nak menipu.. ahh.. mungkin anggapan jujur bagi diri sendiri terlalu meninggi diri & riak.. tapi bukan itu tujuan & maksud MaDiHaA.. tujuan MaDiHaA beranggapan begitu adalah untuk menyamakan taraf seseorang customer dengan taraf seorang manusia yang bersikap jujur.  Itu saja.  Nampaknya sekarang.. MaDiHaA perlu lebih berhati2 untuk menerima tempahan.. Semoga ianya tidak berulang lagi.. aminn... Ini nombornya kalau2 ada yang nak berkenalan.. hehe.. Kosong Satu Tujuh ~ Dua Sembilan Tujuh Satu Kosong Sembilan Empat. Nak tengok rupa Puan Nora ni.. bolehlah add nombornya di WhatsApp anda... nanti bolehlah tengok rupa paras puan Nora yang cantik jelita & baik budi bahasa tu.. 
Maaflah jika ramai yang tidak setuju dengan cara MaDiHaA upkan cerita ini... Tujuan MaDiHaA hanyalah untuk kebaikan supaya tiada yang akan terkena macam MaDiHaA.. Jika ada yang terasa MaDiHaA mohon maaf.. Wallahualam.. 

AMARAN KERAS MaDiHaA : JANGAN GUNAKAN NOMBOR TERSEBUT UNTUK MENGHENTAM BELIAU KERANA MaDiHaA SENDIRI PUN TIDAK BERBUAT DEMIKIAN. MaDiHaA BERCERITA BUKAN UNTUK MEMBUKA AIB SESEORANG. TAPI SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN & SUPAYA RAKAN YANG SAMA2 MENGAMBIL TEMPAHAN SUPAYA BERHATI2 & TIDAK MENJADI MANGSA SPT MaDiHaA. DAN JUGA SUPAYA CUSTOMER YANG INGIN BUAT ORDER AKAN DATANG AKAN BERFIKIR DAHULU SEBELUM MELAKUKAN DUSTA. SEKIAN.

33 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Madiha,
Amie baca dua kali entri Madiha kali ini.... memang sungguh sadis! Perbuatan Puan Nora memang tidak patut! Amie meletakkan diri di tempat Madiha (sebab akhir-akhir ini banyak rakan & bukan rakan ingin tempah kek lapis tapi Amie masih enggan terima kerana selain harganya yang mahal, Amie tak biasa dengan karenah pelanggan dan paling tak suka melayan orang cerewet), dan Amie dapat rasakan perasaan yang berbaur dalam diri Madiha. pa pun Amie sangat kagum dengan kesabaran Madiha menghadapi karenah Puan Nora ini sehingga Madiha mengatakan akibat perbuatan Puan Nora akhirnya Madiha boleh menyedekahkan tempahannya dan mudah-mudahan selain dapat pahala sedekah, rezeki Madiha in shaa Allah akan terus berlipat ganda. Amin....

Nina said...

Adus....sabar eh....sedih kan bila kita kena mcm ni....kdg2 kita ni tak suka bersangka buruk ngan orang, kita anggap bab2 makan ni berurusan baik2 le kan..tp org pedajal kita balik....selalu sangat nina pun terkena....tp itu le....terpaksa ingat ini bukan rezeki dr Allah....kalu dak, mmg sedih sbb biz pun bukan gila2 nak untung...

Gee® said...

Cis...menci sama ko Pn Nora..!!

JaSSNaNi said...

masyaALLAH kak.... sadis betul.. macam2 perangai manusia.. dah orang berhempas pulas... bersusah payah bersengkang mata... semata2 nak mencari rezeki.. deme pulak buat endah tak endah bila dah buat order.. mmg tak patut betul perangai nora tu... geram pun ada bila dengar cerita akak ni... wallahualam... org camni mmg susah nak insaf.. sbb dia tak mengalami kerugian itu.. ape pun kak.. tabah kan hati...

aDisH.sHidA said...

geram betul kan dengan orang yang mcm NORA tu...dah order tu dtang la ambik...sakit je hati bila sms n call x de respon..

PH said...

MaDiHaA, I feel so sorry for you. PH pun tak faham mengapa ada orang yang sanggup berbuat demikian. Langsung tak bertimbangrasa. Imagine, MaDiHaA buat apam sampai lewat 1:35am, penat, itu pun belum lagi kira belanja ramuan apam. PH baca pun panas hati. Mudah-mudahan perkara macam ni tak terjadi lagi.

Nalisa said...

I m sorry but i dont agree on this. There is always two sides to a story.
The sory is too detail. This is not for kebaikan bersama.
Tak perlu dedahkan full hp no, probably sekadar 0xx-xxx1094
Let it b if she behaves like that, kita ni yg jgn ikut cara dia.
Learn from mistakes n pembaca jadikan ia iktibar.
Kalau kita tutup aib org lain, Allah akan tutup aib kita.

Qhaifa Nur said...

dahlah duduk satu kawasan, main tipu-tipu pulak...memang geram dahlah menunggu sekian, belum kira kita berjaga hingga pagi untuk membuat tempahannya...

lepas ni kena berhati-hati...

wati said...

salam kak ratna,

moga rezeki akak bertambah murah lps ni,cabaran org meniaga kak...sabar eh

umi's cup cake said...

Salam kak Madiha,
Kesiannya akak...sampai hati Pn Nora buat akak macam ni.. Sabar ye kak, Biar Allah yang membalasnya..

Munn Jaafar said...

adoii tak suka betul la dgn org yg main tarik2 tali mcm ni :(

puding sagu tu mesti sedap kalau makan sejuk2 kan,.

ana said...

Salam ratna.
Simpati kat awk. Sya faham perasaan ratna. Wat apam dot2 ni
Leceh dn renyah. Telebih kukus merekah senyum apam tu. Telebih kuat api pun senyum gak apam tu. Untung tk byk mana tp penatnye Allah je yg tau. So bila ada org camtu mmg sakit rasanye. Sabar ye ratna. Biar Allah je yg mbalasnye.

Unknown said...

susah berurusan ngan orang macam ni..ape dia dapat ngan menipu tu??haishhh

sabar ye kak..dia yang rugi sebenarnya..

Fazleyatul Aini said...

kesian akak. penat2 buat orang balas macam ni plak. Nak order, betul2 la. Saya rasa lain kali akak amik deposit la. Sebab takde deposit la dia buat suka2 kepala dia je

Sweet red cherry said...

salam kak..

sabar la ya kak..orang yang menipu macam tu ada juga balasannya nanti..harap tiada lagi customer yang menipu macam tu..kesian bagi kita yg bisnes ni kan..

zila norazila said...

mmg custmr nie bermacam ragam,lps nie moga berlipat ganda oder yg akn akk terima,sabar tau..rezeki dr Allah sentiasa ada..

zila norazila said...

mmg custmr nie bermacam ragam,lps nie moga berlipat ganda oder yg akn akk terima,sabar tau..rezeki dr Allah sentiasa ada..

rahel said...

Aduh!...macam ni pun ada gak....sedihnya...apa2 pun kena sabar ye kak....

Mamasya said...

Aslmkum Ratna
sabar ya Ratna. next time kena minta deposit...dah modal dan tenaga dikeluarkan tp sia-sia.kita mmg anggap org sentiasa jujur tp sebaliknya...itu yg buat rasa marah dan terkilan.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kesiannya ratna.. semoga ada hikmah disebalikkejadian itu ...

Awin said...

kak....siannya....xpe la...buat peringatan utk semua. teringin saya dengan puding mutiara.

cikmanggis said...

ya allah sabar lah Madiha.Semoga ada rahmat di sebalik kejadian ni Lain kali kena lebih berhati hati...macam macam orang dalam dunia ni...

Cheq Sue said...

itu la pasal kak...kita cari makan rezeki halal tapi orang lain ada yang tak macam kita. nak buat macam mana ya, sabar ya kak... insyaAllah dapat rezeki berlebih2 lagi nanti

Nadz Nazharzan said...

Aduhhh... kecewanyaaaa... itulah perasaan Nadz kalau jadi akk... kadang2 bakers kecil2an mcm kita ni, mmg ada je ujian mcm ni. Sabar ye kak. Nadz pun ada sorang cust dulu, buat tempahan dah la last minute, pas tu masa tu public holiday..kedai2 kek mmg x buka. Harap nasib je barang2 kek mmg ada lg stok kt rumah. Tup2 bila kek dah siap bakar, cuma x deco lg dia wsapp kate x jadilah kek tu sbb ada kwn dia nk sponsor kek utk majlis yg dia nk buat. Bengang jugak la. Masa nk tempah boleh fon n merayu. Bila x nak sukati dia jer buat cam tu. X de perasaan ke x de akal fikiran org cam ni eh?? Entahlahhh...

Uda said...

sabar ye.....lain x hati hati!!!!

Salmi Khairil said...

salam kak madihaa..sama jugaklah saya selalu buat COD, dan saya percayakan pelanggan 100%..memang harap sangat pelanggan jujur..apa pun sabar yer kak..ada hikmah di sebalik kejadian..

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak..walaupon lewat,nak juga komen,sbb sy yg close order utk apam nih slh 1 sbb tuh pernah terkena juga..sy xkenal mamat nih,dia siap knal sy n hb,dia kta pernh setempat kja ngan kmi,cma kmi jerk xpasan ngan dia..dia order apam dot 50bji,nk ambk weekend,sy klo weekend mmg xambk order,tapi wat jugalah dah dia beria2 nk n kta nk mkn2 sendri,janji nak amk,haram btng idung pon xnmpk,leh dia kta esk lah amk sbb xsmpt nk g sbrang,esk pon lngsung wat xtau,.last2 apam tu bgi ank2 mkn,diorang pon mnalah larat nk mkn smp 50 bji tu,last2 tu mmg knyang kat cik tong lah.dah la apm nih renyah n amk masa lma nk siap,untung sgtlah ciput...ni la 1st time kna tipu...pastu dah xnk ambk order apam lagi,duk sibuk ulit apam yg untung ciput ank2 pon terbiar wat pe,huhu..Insyallah kak klo kita berniaga ngan jujur n sdp sure lagi rmai pelanggan..hlng sorang xluak pon..soriii kak pnjng lak komen sbb senasib,hehhehe.

mrs said...

As'salam..sabar ye Kak Madiha, kadang-kadang dalam dunia ni macam-macam ragam orang yang kita akan berjumpa..tapi bagi MS apa salahnya si nora tu call cakap elok2 kalau tak dapat datang collect before 4pm tu..kalau dah janji kena lah datang, lepas majlis pun boleh datang, walaupun apam tu tak dapat nak hidangkan time birthday party tu..tapi masih boleh dimakan waktu lain..janji mesti ditepati, kalau kena kat diri sendiri baru dia tahu kan macam mana. Tak baik buat orang macam tu

hana said...

hohoo... br terpasan n3 akak yg neh... mmg kejam la itu kastemer... cer akak teropong dr umah akak tuh.. pehtu tembak terus! kekekekeke...

Lydia Miza said...

Assalamualaikum kak.
Harga tak smpi 20 ringgit dia ingat tak bermakna buat kita smpi sanggup mungkir janji tanpa rasa bersalah. Tai ke dia berapa la perlu kita kukus apam tu dan buat dot2 dgn penuh hati2 ? Geramnya saya dgr ada org yg tak bertanggungjawab mcm tu.

Tak kaya kita dgn hilang rm20 tu tp adalah wajar dia menipu dgn cara sebegitu tanpa sepatah kata maaf

Lepas ni baik akak ambik deposit separuh bg tiap tempahan agar hati tak risau ditipu lagi. Bkn harga yg kita pertikaikan tp sifat seseorang tu kan kak? Huhu

Qasey Honey said...

aduhaiii mcm2 perangai org ni kan kak..geram pula QH bca n3 ni...hrp dia bca la n3 akak ni..bru dia tau mcm mne prasaan kita tu bile dia buat cmtu..mnggu bagai bulan jatuh ke riba..tp yg dtgu2 nth dmana..stakat rm20 tu kita xhadap n xkaya mane pon..tp tlg la bile dh bjanji tu tunaikan..

Cendana Kasih said...

amboi,,marah Nelisa tu.. apapun, thankz coz bagi no tipon detail..kena masuk dlm block list customer saya..org macm ni elok kena maki je

NoRLiN said...

As salam Madihaa..nak tanye klu nak tempah apam utk amik mlm ni sempat x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...