Hari ni MaDiHaA nak kongsi sarapan ala western yang kerap MaDiHaA buat sebab anak-anak & suami sangat menyukainya. Nak buat pun mudah je... bahan2 pun mudah dicari. Kadang2 kalau tak sempat nak bakar roti.. anak2 makan je dengan roti biasa. Kalau dapat cicah dengan garlic bread.. hmmm.. memang terbaiklah! Jom tengok resepinya..
CREAMY POTATOES & CARROT SOUP
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
4 biji kentang besar
1 biji carrot besar
1 pelepah celery ~ dipotong kecil
1 kiub pati ayam (kalau suka rasa yg kuat.. boleh tambah lg 1/2 kiub)
1 tin susu cair
Air secukupnya utk kuah (ikut kepekatan yg anda suka)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah (jika suka)
Cara Menyediakan
1. Kentang & carrot dikupas kulit & potong kasar kemudian rebus kedua2nya dengan celery hingga empuk. Tunggu suam2 sedikit kemudian kisar kentang & carrot bersama2 air rebusan hingga halus.
2. Tuangkan ke dalam periuk dan masukkan air lagi ke dalam jug blender dan blend lagi supaya kentang & carrot yg melekat pd jug blender akan larut. Tuang semuanya ke dalam periuk (jangan membazir ).
3. Tuangkan susu cair & air secukupnya dan diikuti dengan bahan2 yg lain ke dlm bahan yg diblend tadi (air ikut pekat yg anda suka) & masak hingga mendidih sambil dikacau2 sentiasa.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama garlic bread ataupun roti bakar yg disapu mentega terlebih dulu...
Selamat mencuba!
15 comments:
Nyum2x...
sedap!! pasti akan tun cuba.. tun mmg minta sup2 mcm nih.. smlm baru wat garlic bread cicah ngan creamy chicken sup ^^
menarik ni utk dicuba
Asalamualaikum Madiha... Maveles tgok sarapan ala western tu.... Tgok carrot soup tu cam memanggil2 untuk dicicah.... Hehehehe
waaa..dapnye...
em, sedapnya kak..sup panas pastu cicah dengan roti memang mantap rasanya..nyum2..
yummyyy...anak2 liza pun suka ni, tp biasa buat guna susu segar..kdg2 buat utk lunch...hihihi
aduhaii...syok betul jd akak ni...rajin masak dan rajin jgk mencuba resepi baru.
kalo sy..nk menyicah mcm ni..beli sup mushroom dlm tin tu aje..balik panaskan, hehe..teruk kan??
Ermm sedap nyer kak Madihaa nie kalau cicah garlic bread mmg best kan :D..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,bagi menyediakan menu masakan yang menggunakan saffron/zaafaran,saya ada menjual saffron stigma. Untuk tempahan ,sila pm di www.facebook.com/zouksaffron atau sms 014-6245445
seperti biasa mesti sedap...!!!!
kat rumah garlic bread mesti...
sapu atas roti..bakar cicah sup..sedapnya kak
mesti sedap sangat ni...time sarapan paling sesuai hidang kan kan..hehe
Aslmkum Ratna
sedap sup gini...panas2 cicah roti...
pergh sedapnyeee
Tak Mungkin Benar
Azim Aris
Post a Comment